WUDHU'
maksud
bahasa: sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.
syarak: membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat- syarat dan rukun-rukun yang tertentu.
hukum
wajib / fardhu: untuk solat fardhu atau sunat, melakukan tawaf, menyentuh al-quran
sunat: ketika ingin membaca al-quran, ketika hendak tidur atau ketika mandi wajib. Malah disunatkan untuk sentiasa berwudhu’ pada setiap masa.
INFO WUDHU'
SYARAT SAH WUDHU'
Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwudhu)
Mumayyiz / tamyiz (dapat membezakan yang mana baik dan buruk iaitu yang telah berusia antara tujuh hingga sembilan tahun)
Tidak berhadas besar (haid, nifas, dan junub)
Berwudhu dengan air yang suci dan menyucikan
Tidak ada penghalang air sampai ke kulit, rambut dan kuku seperti cat, lilin, getah, tatu, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow, dan sebagainya
Mengetahui mana yang wajib dan mana yang sunnah
PERKARA MEMBATALKAN WUDHU'
Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur samada berhadas kecil atau besar seperti air mazi atau air wadi(air mani mewajibakan untuk mandi) dan sebagainya.
Bersentuhan kulit tanpa berlapik antara lelaki dan perempuan.Batal wudhu’ bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram(ajnabiyyah) iaitu yang halal untu dikahwini.
Hilang akal kerana mabuk atau gila.Kerana pada ketika itu seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya secara sedar .
Menyentuh kemaluan tanpa berlapik samada bahagian qubul atau dubur.
Tidur yang tidak tetap punggung kecuali papan punggungnya berada dalam keadaan rapat di tempat duduk.
Murtad iaitu keluar dari Islam.
RUKUN WUDHU'
Niat
نَوَيْتُ الْوُضُوءَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ الأَصْغَرِ لِلَّهِ تَعَالَى
atau
نَوَيْتُ الْوُضُوءَ لِلَّهِ تَعَالَى
"Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala"
Lafaz niat dalam bahasa arab yang diucapkan secara lisan hukumnya sunat.
Niat yang wajib ialah lintasan dalam hati yang dihadirkan ketika mula membasuh sebahagian muka.
Sebaik-baiknya, dilafazkan niat sebelum mula mengambil wuduk untuk memudahkan berniat dalam hati.
Membasuh muka (3 kali)
Membasuh kedua tangan hingga ke siku (3 kali)
Dimulai dari hujung jari hingga siku. Mulakan dari tangan kanan dahulu dan diikuti tangan kiri
Membasuh Kepala
Meratakan dan menyapu ubun kepala. Adalah baik menyapu seluruh kepala sebanyak 3 kali.
Membasuh kaki hingga ke buku lali (3 laki)
Mengalir dan meratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki, tumit hingga buku lali atau mata kaki. Mulakan dari sebelah kanan ke kiri
tertib
DOA SELEPAS WUDHU'
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَوَاجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya : Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagiNya, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruhNya. Ya Allah, jadikan daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, dan jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh.
SOLAT
Solat Itu Tiang Agama
maksud
bahasa: solat adalah doa.
syarak: Solat ialah amalan yang mengandungi perkatan & perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram & disudahi dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
hukum
fardhu ain: Ertinya, ia wajib ditunaikan oleh semua orang Islam, yang berakal, baligh, berada dalam keadaan suci (bukan haid)
dalil wajib
Firman Allah SWT
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk
13 rukun solat
niat
berdiri tegak dan menghadap kiblat
takbiratul ihram - اللَّهُ أَكْبَرُ
membaca surah Al-Fatihah
rukuk - سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
iktidal dan berdiri - سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
sujud - سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
duduk antara dua sujud - رَبِّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
duduk tahiyat akhir
membaca bacaan tahiyat akhir
membaca selawat ke atas Nabi SAW
memberi salam pertama - السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
tertib
SOLAT SUNAT RAWATIB
waktu solat | Qobliyah (sebelum) | Ba'diyah (selepas) |
|---|---|---|
subuh | 2 rakaat (sunat yang sangat ditekankan) | |
zohor | 2 rakaat (sunat yang sangat ditekankan) | 2 rakaat (sunat yang sangat ditekankan) |
asar | 4 rakaat (sunat) | |
maghrib | 2 rakaat (sunat) | 2 rakaat (sunat yang sangat ditekankan) |
isya' | 2 rakaat (sunat) | 2 rakaat (sunat yang sangat ditekankan) |
NIAT SOLAT SUNAT RAWATIB
SOLAT SUNAT QOBLIYAH
نَوَيْتُ صَلَاةَ سُنَّةِ (الصُّبْحِ / الظُّهْرِ / الْعَصْرِ / الْمَغْرِبِ / الْعِشَاءِ) رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat (subuh / zohor / asar / maghrib / isyak) dua rakaat sebelum kerana Allah taala
SOLAT SUNAT BA'DIYAH
نَوَيْتُ صَلَاةَ سُنَّةِ (الصُّبْحِ / الظُّهْرِ / الْعَصْرِ / الْمَغْرِبِ / الْعِشَاءِ) رَكْعَتَيْنِ بَعْدِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat (subuh / zohor / asar / maghrib / isyak) dua rakaat selepas kerana Allah taala
KELEBIHAN SOLAT RAWATIB
Menampung solat fardhu yang tidak sempurna
Dibina rumah di syurga
Diharamkan azab api neraka
NIAT SOLAT FARDHU
Solat Subuh
نَوَيْتُ صَلَاةَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Solat Zohor
نَوَيْتُ صَلَاةَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat kerana Allah Ta’ala
Solat Asar
نَوَيْتُ صَلَاةَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat kerana Allah Ta’ala
Solat Maghrib
نَوَيْتُ صَلَاةَ الْمَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat kerana Allah Ta’ala
Solat Isyak
نَوَيْتُ صَلَاةَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku sembahyang fardhu ‘isyak empat rakaat kerana Allah Ta’ala
LAFAZ AZAN & CARA JAWAB
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ (2×) |
|---|
Allah Maha Besar |
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ (2×) |
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah |
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ (2×) |
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah |
حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ (2×) |
Marilah menunaikan solat |
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ |
Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah. |
حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ (2×) |
Marilah menunaikan solat |
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ |
Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah. |
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ (1×) |
Allah Maha Besar |
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ (1×) |
Tiada Tuhan selain Allah |
Tambahan Lafaz Azan (untuk solat subuh)
Selepas lafaz azan : |
حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ (2×) |
Perlu ditambah dengan lafaz azan : |
|---|
الصَّلَاةُ خَيْرٌ مِنَ النَّوْمِ (2×) |
Solat itu lebih baik dari tidur |
صَدَقْتَ وَبَرَرْتَ |
Benar dan Engkau mendapat kebaikan |
DOA SELEPAS AZAN
اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
LAFAZ IQOMAH
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ |
Allah Maha Besar |
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ |
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah |
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ |
Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah |
حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ |
Marilah menunaikan solat |
حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ |
Marilah menuju kejayaan |
قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ |
Berdiri untuk sembahyang |
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ |
Allah Maha Besar |
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ |
Tiada Tuhan selain Allah |
BACAAN DALAM SOLAT
Takbir
الله أكب - Allah Maha Besar
Doa Iftitah
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْنِي مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ
Allah Maha Besar dengan sebesar-besarnya, segala puji hanya bagi Allah dengan pujian yang sangat banyak. Maha Suci Allah di waktu pagi dan petang. Sungguh aku hadapkan wajahku kepada Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dengan segenap kepatuhan atau tunduk, dan aku tidak termasuk dari golongan orang-orang yang menyekutukan-Nya. Sungguh solatku, ibadahku, hidupku matiku hanyalah untuk Allah Tuhan alam Semesta, yang tidak punya sekutu bagi-Nya. Dengan demikian itulah aku diperintahkan. Dan aku adalah termasuk orang- orang muslim (Orang-orang yang berserah diri)
Membaca Surah Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٢ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣ مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمَِ وِبحْمِدِه (3×)
Maha suci Tuhanku yang Mah Agung dan segala puji bagi-Nya
I'tidal
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Allah mendengar (dan menjawab) orang yang memujinya)
Apabila telah berdiri tegak :
اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، مِلْءَ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءَ الْأَرْضِ، وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ
Ya Allah! Wahai Tuhan Kami, untukMulah pujian kami, (pujian) yang mengisi sekalian langit dan bumi serta mengisi apa yang Engkau kehendaki dari sesuatu selepasnya
Sujud
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ (3×)
Duduk Diantara Dua Sujud
رَبِّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاجْبُرْنِي، وَارْفَعْنِي، وَارْزُقْنِي، وَاهْدِنِي َواْعُفَ عنىِّ
Ya Allah ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah keadaanku, tinggikanlah derajatku, berilah rezeki dan petunjuk untukku
Tahiyat Awal
التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
Tahiyat Akhir
التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ، السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Salam
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ
Semoga keselamatan dan rahmat Allah dilimpahkan kepadamu
Doa Qunut (Solat Subuh)
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan. Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan. Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan. Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum. Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi. Hanya untuk-Mu segala pujian di atas yang Engkau tentukan.Ku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada Engkau (Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya
WIRID RINGKAS SELEPAS SOLAT
BERISTIGHFAR SEBANYAK 3 KALI :
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.
MEMBACA DOA TERSEBUT 1 KALI :
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ، وَمِنْكَ السَّلَامُ، وَإِلَيْكَ يَعُودُ السَّلَامُ، فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلَامِ، وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَ السَّلَامِ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالإِكْرَامِ
Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
MEMBACA DOA TERSEBUT SEBANYAK 3 KALI :
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.
KEMUDIAN, DISAMBUNG DENGAN TASBIH, TAHMID DAN TAKBIR SEBANYAK 33 KALI SETIAP SATU:
سُبْحَانَ اللَّهِ - Maha suci Allah
الْحَمْدُ لِلَّه - Segala puji bagi Allah
وَاللَّهُ أَكْبَرُ - Allah Maha Besar
DAN AKHIR SEKALI, TUTUP DENGAN DOA BERIKUT:
اللَّهُ أَكْبَرُ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا، لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ، أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.
DOA SELEPAS SOLAT
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ صَلَاةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ، وَتَقْضِي لَنَا بِهَا جَمِيعَ الْحَاجَاتِ، وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ، وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ، وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِي الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ، إِنَّكَ سَمِيعٌ قَرِيبٌ مُجِيبُ الدَّعَوَاتِ، يَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ السَّلَامَةَ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَالْعَافِيَةَ فِي الْجَسَدِ وَالصِّحَّةَ فِي الْبَدَنِ، وَزِيَادَةَ الْعِلْمِ، وَبَرَكَةَ الرِّزْقِ، وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ، وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ، وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ
اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِي سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ، وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِوَالِدِينَا وَلِأَسَاتِذَتِنَا وَلِمَشَايِخِنَا وَلِمَنْ لَهُ حَقٌّ عَلَيْنَا وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Pujian yang setanding dengan nikmat-nikmat-Nya dan menjamin tambahannya.
Wahai tuhan kami, bagi-Mu-lah segala puji, dan bagi-Mu-lah segala syukur, sebagaimana layak bagi keluhuran zat-Mu dan keagungan kekuasaan-Mu’
Wahai Allah! Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami, Nabi Muhammad, dan keluarganya. Yaitu rahmat yang dapat menyelamatkan kami dari segala ketakutan dan penyakit, yang dapat memenuhi segala keperluan kami, yang dapat men- sucikan diri kami dari segala keburukan, yang dapat mengangkat kami ke derajat tertinggi di sisi-Mu, dan yang dapat menyampaikan kami kepada tujuan maksimal dari segala kebaikan, baik semasa hidup maupun sesudah mati. Sesungguhnya dia (Allah) Maha Mendengar, Maha Dekat, lagi Maha memperkenankan segala doa dan pemohonan, wahai)zat yang maha memenuhi segala keperluan (hamba-Nya
Wahai Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kesejahteraan dalam agama, dunia dan akhirat, keafiatan jasad, kesihatan badan, tambahan ilmu, keberkatan rezeki, taubat sebelum datang maut, rahmat pada masa datang maut, dan ampunan setelah datang maut. Wahai Allah! Sediakan pencapaian kami dalam menghadapi sakratul maut, (berilah kami) keselamatan dari api neraka, dan keampunan pada saat dilaksanakan hisab
Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Mu dari kegelisahan dan kesedihan, dan kami berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, dan kami berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil, dan kami berlindung kepadaMu dari hutang dan paksaaan orang. Wahai Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu ‘, dari jiwa yang tidak kenal puas, dan dari doa yang tak terkabul
Wahai Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa orang tua kami, para sesepuh kami, para guru kami, orang-orang yang mempunyai hak atas kami, orang-orang yang. cinta dan berbuat baik kepada kami, dan seluruh umat Islam
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah (permohonan) dari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang
Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, dan jagalah kami dari siksa api neraka. Semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan kepada penghulu kami, Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya dan segala puji bagi
Allah, Tuhan Semesta Alam
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.