Bismillahirrahmanirrahim

Taharah @ Bersuci

Sumber : Nor Aisah - (anyflip.com)

MAKSUD

  1. Bahasa: suci dan bersih

  2. Istilah: suci dan bersih daripada hadas dan najis

HUKUM = Wajib

KENAPA DISYARATKAN BERSUCI

  • Memudahkan melaksanakan ibadah seperti solat dan tawaf yang disyaratkan suci daripada hadas dan bersih daripada sebarang najis pada badan, pakaian dan tempat ibadah.

  • Membolehkan memegang, membawa atau menyentuh Al-Quran.

TAHARAH @ BERSUCI TERBAHAGI KEPADA DUA

  1. Menyucikan Najis

    • Mukhafafah

    • Mutawasitah

    • Mugholazah

  2. Mengangkat Hadas

    • Besar (Mandi Wajib, Tayamum)

    • Kecil (Wuduk, Tayamum)

ALATAN BERSUCI

  1. Air

    • Air hujan

    • Air mata air

    • Air sungai

    • Air laut

    • Air perigi

    • Air salji

    • Air embun

  2. Tanah

    • Debu tanah yang suci daripada najis digunakan untuk bertayamum.

    • Sebagai ganyi kepada wudhuk dan mandi wajib (jika ketiadaan sumber air).

  3. Batu atau Benda Kesat

    • Batu yang suci boleh digunakan untuk beristinjak disamping penggunaan air.

    • Alat lain yang boleh digunakan untuk beristinjak ialah beda- benda kesat seperti :

      1. tisu

      2. kertas

      3. daun

      4. batu

JENIS-JENIS AIR

  1. Air mutlak

    • maksud: Air suci dan boleh digunakan untuk bersuci.

    • sifat:

      1. Air bersih yang belum digunakan untuk mengangkat hadas atau bersuci.

      2. Air yang tidak berubah sama ada bau, warna atau rasanya dengan sebab benda asing yang dimasukkan kedalamnya.

    • kegunaan: Mandi wajib, berwudhuk dan membasuh sesuatu yang terkena najis

  2. Air mustakmal

    • maksud: Air yang suci tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci.

    • sifat: Air mutlak yang telah digunakan untuk bersuci.

    • kegunaan: Boleh diminum & digunakan untuk perkara yang tidak berkaitan dengan mengangkat hadas @ bersuci.

  3. Air musyammas

    • maksud: Air yang disimpan di dalam bekas logam yang terdedah kepada cahaya matahari kecuali bekas emas/perak.

    • sifat: Air yang terdedah kepada cahaya matahari di negeri yang iklimnya terlalu panas.

    • kegunaan: Makruh apabila digunakan ketika masih panas.

  4. Air mutanajis

    • maksud: Air yang dimasuki atau terkena najis,

    • sifat:

      1. Air yang dimasuki najis dan jumlahnya tidak sampai dua kolah walaupun tidak mengubah warna, bau & rasa.

      2. Air tidak mengalir yang berubah warna, bau atau rasanya apabila dimasuki najis walaupun melebihi 2 kolah.

    • kegunaan: Tidak sah bersuci dengannya dan tidak boleh diminum.

PERBEZAAN ANTARA SUCI & BERSIH

Bersih

Suci

Pakaian yang terkena najis dan dibasuh dengan sabun tetapi tidak

Kotoran bukan najis dan boleh dibersihkan dengan hanya menggunakan sapu tangan atau tisu sahaja.

Bersih tetapi tidak suci.

Tidak bersih tetapi suci.

Tidak boleh digunakan untuk solat.

Boleh digunakan untuk solat.

KEPENTINGAN BERSUCI TERHADAP DIRI & PERSEKITARAN

  • Sentiasa bersiap sedia untuk beribadah.

  • Memelihara kesihatan dan menghindari penyakit.

  • Mewujudkan persekitaran yang ceria dan kondusif.

  • Menjadikan suasana tempat ibadah sentiasa selesa.

  • Meningkatkan maruah diri dan lambang ketamadunan umat.

  • Mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah SWT.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.