Bismillahirrahmanirrahim

Mandi Wajib

Sumber : akuislam.com - Muhamad Naim (website)

Maksud

  1. Bahasa: Mengalirkan air kepada seluruh badan.

  2. Syarak: Mengalirkan air ke seluruh tubuh dengan niat tertentu.

** Mandi wajib bermaksud mengangkat (menghilangkan) hadas besar, seperti mandi junub, mandi kerana selesai haid atau nifas dan sebaliknya.

NIAT MANDI WAJIB

Niat Mengangkat Hadas Besar (Umum)

نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ الأَكْبَرِ لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala

PANDUAN MANDI WAJIB

  1. Sunat menghadap kiblat

  2. Niat "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala"

  3. Membaca "BIsmillah"

  4. Mencuci tangan sebanyak 3 kali

  5. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

  6. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun

  7. Berwuduk

  8. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air

  9. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh

  10. Meratakan air ke seluruh tubuh badan

  11. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu

PANDUAN HAID

Pengenalan

  • Maksud Haid

    1. BAHASA : Haid ialah perkataan dasar yang berasal daripada kata kerja hada (حَاضَ), yang bermaksud mengalir.

    2. SYARAK : Haid ialah darah kotor yang keluar daripada seorang perempuan yang sihat, bukan kerana melahirkan anak.

  • Darah haid adalah darah yang keluar daripada rahim perempuan yang sihat, yang tidak ada sesuatu sebab.

  • Tempoh keluar darah haid berlaku minimum sehari semalam dan maksimum 15 hari 15 malam.

  • Pada kebiasaannya (tempoh normal) ialah tujuh hari tujuh malam.

  • Apabila sudah lebih daripada 15 hari 15 malam, maka itu bukanlah darah haid lagi, tetapi dikenali sebagai darah istihadah (darah penyakit).

  • Sekurang-kurangnya tempoh suci antara dua haid adalah 15 hari dan tiada tempoh berapa lama waktu suci.

  • Jika seorang perempuan berhenti haidnya, maka wajiblah dia mandi wajib.

Perkara Yang Diharamkan Semasa Haid

  • Semasa seseorang wanita itu sedang haid, terdapat beberapa perkara yang diharamkan terhadapnya. Antaranya adalah :

    1. Bersuci Untuk Mengangkat Hadas

    2. Wuduk Untuk Solat

    3. Berpuasa

    4. Bersetubuh (Berjimak)

    5. Menceraikan Isteri Yang Haid

PANDUAN ISTIHADAH

pengenalan

  • Maksud Istihadah

    1. BAHASA : Istihadah berasal daripada perkataan haid (حَاضَ)

    2. SYARAK : Istihadah ialah darah yang mengalir daripada faraj wanita di luar waktu haid atau nifas.

"Ia adalah darah penyakit atau darah kotor yang keluar daripada saluran darah di bahagian bawah rahim."

  • Persamaan Larangan Dengan Haid Dan Nifas

    1. Fuqaha keempat-empat mazhab sepakat menyatakan bahawa perempuan yang istihadah adalah hadas yang berterusan sama seperti orang tidak lawas kencing, air mazi, tahi, atau angin, dalam keadaan mereka yang menghadapi penyakit ini tidak dapat mengawalnya.

    2. Sementara Hanafiah dan Hanabilah menyamakannya dengan orang yang berdarah hidung dan orang yang lukanya tidak berhenti keluar darah.

    3. Oleh itu, sebagaimana hukumnya dalam masalah hadas yang berterusan seperti ini, perempuan yang didatangi darah istihadah dikecualikan melakukan perkara-perkara yang diharamkan ke atas perempuan haid atau nifas.

  • Cara Mengenal Pasti Darah Istihadah

    1. Darah yang keluar daripada wanita yang belum baligh

    2. Darah yang keluar daripada wanita hamil mengikut mazhab Hanafi dan Hanbali

    3. Darah yang keluar dalam tempoh yang kurang daripada tempoh paling singkat haid seorang wanita sehari semalam (24 jam)

    4. Darah yang keluar melebihi tempoh haid paling lama seorang wanita (15 hari)

    5. Darah yang keluar melebihi tempoh paling lama darah nifas (60 hari)

PANDUAN NIFAS

pengenalan

  • Maksud Nifas

    1. BAHASA : Nifas bermaksud wanita yang melahirkan anak apabila dia hamil.

    2. SYARAK : Majoriti fuqaha berpendapat nifas ialah darah yang keluar selepas melahirkan anak.

Darah Yang Keluar

Sebelum Anak Dilahirkan

Darah Yang Keluar Bersama

Anak Yang Dilahirkan

Ialah darah yang keluar satu, dua atau tiga hari sebelum melahirkan anak.

Para fuqaha juga berselisih pendapat dalam masalah ini.

Darah itu merupakan tanda-tanda hampir melahirkan anak.

Mengikut mazhab Maliki dan Hambali, darah tersebut ialah darah nifas.

Mengikut mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’e darah tersebut bukan darah nifas, darah itu adalah darah fasad (penyakit).

Manakala mazhab Hanafi dan Syafie berpendapat darah itu bukan darah nifas. Mereka menganggap darah itu darah fasad (penyakit).

Manakala, mazhab Hambali berpendapat darah itu ialah darah nifas.

  • Tempoh Darah Nifas

    1. Tempoh Minimum

      • Sekurang-kurangnya adalah sekelip mata (satu lahzah) atau darah yang keluar sekali gus dengan bayi.

      • Majoriti ulama fiqh berpendapat bahawa tidak ada had bagi sekurang-kurang nifas

      • Oleh itu, seorang wanita yang melahirkan anak dan keluar darah sekali gus bersama anaknya kemudian tiada lagi darah yang keluar selepas itu, maka wanita tersebut tidak dianggap bernifas lagi dan dia hendaklah mandi wajib (mandi wiladah), menunaikan ibadah sebagaimana orang yang suci.

    2. TEMPOH MAKSIMUM

      • Menurut mazhab Syafi’e, sebanyak-banyak tempoh haid (tempoh maksimum) ialah 60 hari 60 malam.

      • Sekurang-kurang (tempoh) nifas adalah sekejap. Sebanyak-banyak (tempoh) nifas ialah 60 hari Kebiasaannya, nifas adalah 40 hari

  • Hukum Darah Yang Keluar Melebihi Tempoh Maksimum Nifas

    1. Menurut Mazhab Syafie, darah yang keluar melebihi tempoh 60 hari dianggap darah fasad (istihadah).

    2. Hukum wanita yang melahirkan anak secara pembedahan sama dengan wanita yang melahirkan anak secara normal.

  • Terhenti Darah Nifas Dalam Tempoh Masa Nifas

    • Persoalan : Wanita yang bernifas mendapati darah keluar selepas melahirkan anak beberapa hari, kemudian darah terputus beberapa hari, selepas itu darah keluar kembali.

    • Mazhab Syafi’e berpendapat :

      1. Tempoh darah terhenti dalam masa nifas selama 15 hari atau lebih dikira bersih.

      2. Sekiranya darah terhenti kurang daripada 15 hari, tempoh itu dikira nifas.

      3. Jika terhenti 15 hari, kemudian darah keluar pula maka darah yang keluar selepas 15 hari itu dikira sebagai darah haid.

    • Sekiranya darah keluar satu hari kemudian, bersih satu hari dan keadaan itu berterusan hingga ke tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari, hendaklah dihimpunkan hari-hari yang keluar darah sehingga cukup 60 hari (maksimum nifas).

    • Manakala hari-hari yang suci diantara sela (celah-celah) masa hari-hari keluar darah itu dikira sebagai tempoh suci.

    • Oleh itu, wanita tersebut wajib menunaikan semua ibadah yang dilakukan oleh wanita yang suci kecuali persetubuhan.

  • Bilakah Nifas Bermula Bagi Wanita Yang Melahirkan Anak Kembar?

    • Kembar ialah dua orang anak atau lebih dalam satu kandungan, dengan syarat tempoh kelahiran diantara satu kembar dengan kembar yang lain tidak melebihi enam bulan.

    • Sekiranya melebihi jarak enam bulan kelahiran anak-anak itu, dikira dua kandungan dan dua nifas.

    • Persoalan : Para fuqaha berselisih pendapat mengenai kembar yang dilahirkan sekali gus atau kurang daripada enam bulan Apakah nifas bermula dari kelahiran kembar pertama atau kedua?

    • Mazhab Syafi’e berpendapat :

      1. Apabila seorang wanita melahirkan anak kembar, maka nifasnya bemula selepas melahirkan kembar kedua.

      2. Darah yang keluar selepas melahirkan anak yang pertama tidak dikira darah nifas, malah dianggap sebagai darah haid, sekiranya ia bertepatan dengan kebiasaan haid, ia dianggap sebagai darah fasad (penyakit).

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.