Bismillahirrahmanirrahim

Solat Sunat

Sumber : akumuslim.asia - Maryam Azra (website)

SOLAT SUNAT DHUHA - Untuk amalan kehidupan seharian

  1. WAKTU SOLAT

    • sekitar 20-30 minit selepas terbit matahari

    • 8.30-12.30

    • tempoh tamat adalah sehingga hampir tergelincir matahari, iaitu sebelum masuk waktu zohor

  2. NIAT

    أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَىٰ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

    Sahaja aku solat sunat Dhuha kerana Allah Ta'ala

  3. RAKAAT

    • solat sunat dhuha boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam @ lapan rakaat

    • 2 RAKAAT dilakukan dengan setiap 2 rakaat 1 salam

  4. BACAAN SURAH

    • tidak ditetapkan sebarang surah dalam solat ini

    • AD-DHUHA, surah Ad-Dhuha biasanya dibacakan dalam solat sunat ini

  5. KELEBIHAN MELAKUKAN SOLAT SUNAT DHUHA

    1. Mendapat pengampunan dosa daripada Allah SWT

    2. Dijanjikan balasan yang baik di akhirat nanti

    3. Mendapat pahala yang menyamai pahala sedekah

SOLAT SUNAT HAJAT - untuk memohon kebaikan & menolak keburukan

  1. WAKTU SOLAT

    boleh dilakukan pada waktu siang/malam (kecuali selepas subuh & asar) dan boleh dilakukan secara bersendirian @ berjemaah

  2. NIAT

    أُصَلِّي سُنَّةَ الْحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

    Sahaja aku solat sunat Hajat kerana Allah Ta'ala

  3. RAKAAT

    2 rakaat hingga 12 rakaat, setiap 2 rakaat disudahi dengan 1 salam

  4. CARA POHON HAJAT

    • Pohon hajat ketika dalam sujud terakhir

    • Sesudah salam, bacalah doa tentang hajat yang diingini

  5. DOA SOLAT SUNAT HAJAT

    لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ، سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ،
    اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ،
    اللَّهُمَّ لَا تَدَعْ لِي ذَنْبًا إِلَّا غَفَرْتَهُ، وَلَا هَمًّا إِلَّا فَرَّجْتَهُ، وَلَا حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلَّا قَضَيْتَهَا لِي

    Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu, supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia, serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan ia untuk diriku.Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan

  6. KELEBIHAN MELAKUKAN SOLAT SUNAT HAJAT

    1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT

    2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah

    3. Berasa yakin dengan apa yang akan berlaku

    4. Permohonan dimakbulkan Allah SWT

SOLAT SUNAT TAUBAT - untuk memohon ampun atas segala dosa yang pernah dilakukan

  1. WAKTU SOLAT

    BILA-BILA MASA - boleh dilakukan pada bila- bila masa sahaja apabila seseorang itu sedar akan dosa yang dilakukan dan bertaubat kepada Allah SWT

  2. NIAT

    أُصَلِّي سُنَّةَ التَّوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

    Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT

  3. RAKAAT

    2/4/6 rakaat

  4. WAKTU AFDHAL

    WAKTU TENGAH MALAM - kerana keadaanya lebih sunyi dan tenang serta menjadi khusyuk untuk melakukan solat sunat taubat

  5. SYARAT TAUBAT BERHUBUNGKAIT DENGAN ALLAH SWT

    • Menyesal akan perbuatan dosa yang dilakukan

    • Menjauhi segala dosa yang dilakukan

    • Berazam untuk tidak mengulangi lagi dosa yang dilakukan

  6. SYARAT TAUBAT BERHUBUNGKAIT DENGAN MANUSIA

    • Meninggalkan dosa yang dilakukan dan menyesali akan dosa yang telah dilakukan

    • Bertekad untuk tidak mengulangi lagi dosa yang pernah dilakukan

    • Berazam untuk tidak mengulangi lagi dosa yang dilakukan

    • Meminta dibebaskan daripada hak yang dizalimi

  7. KELEBIHAN MELAKUKAN SOLAT SUNAT TAUBAT

    1. Berpeluang diampunkan dosanya oleh Allah

    2. Kehidupan akan menjadi lebih baik

    3. Allah akan menggantikan dengan kebaikan

    4. Memperolehi nikmat yang baik

  8. DOA SOLAT SUNAT TAUBAT

    اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ،
    وَلَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ،
    وَلَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ خَالِقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ،
    أَنْتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ،
    اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ،
    فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ،
    أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

    Ya Allah, hanya milik-Mu segala puji, Engkau cahaya langit dan bumi serta siapa saja yang ada di sana. Hanya milikMu segala puji, Engkau yang mengatur langit dan bumi serta siapa saja yang ada di sana. Hanya milikMu segala puji, Engkau pencipta langit dan bumi serta siapa saja yang ada di sana. Engkau Maha benar, janji-Mu benar, firman-Mu benar, pertemuan dengan-Mu benar. syurga itu benar, neraka itu benar, dan kiamat itu benar. Ya Allah, hanya kepada-Mu aku pasrah diri, hanya kepada-Mu aku beriman, hanya kepada-Mu aku bertawakal, hanya kepada-Mu aku bertaubat, hanya dengan petunjuk-Mu aku berdebat, hanya kepada-Mu aku memohon keputusan, Kerana itu, ampunilah aku atas dosaku yang telah lalu dan yang akan datang, yang kulakukan sembunyi-sembunyi mahupun yang kulakukan terang-terangan. Engkau yang paling awal dan yang paling akhir. Engkau Tuhanku. Tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau.

    (HR. Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad)

SOLAT SUNAT TAHAJJUD - untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT

  1. WAKTU SOLAT

    setelah bangun daripada tidur ada waktu selepas solat ‘isyak sehingga terbit fajar.

  2. NIAT

    أُصَلِّي سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

    Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

  3. RAKAAT

    11 rakaat / 13 rakaat (termasuk witir)

  4. WAKTU AFDHAL

    Waktu tengah malam - kerana keadaanya lebih sunyi dan tenang serta menjadi khusyuk untuk melakukan solat sunat taubat

  5. KELEBIHAN MELAKUKAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

    1. Diangkat darjatnya

    2. Dibimbing Allah

    3. Diberi solusi atau jalan penyelesaian yang terbaik

    4. Ditolong Allah dalam setiap persoalan

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH - Untuk memohon kebaikan, petunjuk dan jawapan

  1. WAKTU SOLAT

    paling afdhal: 1/3 malam yang terakhir

  2. NIAT

    أُصَلِّي سُنَّةَ الِاسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

    Sahaja aku sembahyang sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

  3. RAKAAT

    2 Rakaat

  4. INFO

    lakukan 3-7 HARI BERTURUT-TURUT sekiranya masih lagi ragu-ragu dengan keputusan yang bakal anda ambil

  5. DOA SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

    اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ،
    فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ،
    اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ (سَمِّ حَاجَتَكَ) خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي،
    فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ،
    وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي،
    فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ، وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ، ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ

    Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya.

SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID

  1. DOA MASUK MASJID

    اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ

    Ya Allah, bukalah untukku pintu-pintu rahmat-Mu

  2. NIAT

    أُصَلِّي سُنَّةَ تَحِيَّةِ الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

    Sahaja aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Ta’ala

  3. WAKTU SOLAT

    dilakukan sebaik sahaja kita memasuki masjid, iaitu sebelum kita duduk

  4. RAKAAT

    2 Rakaat

  5. KELEBIHAN MELAKUKAN SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID

    1. Memperoleh pahala yang berlipat ganda kerana melakukan perintah Allah dan sunnah Nabi Muhammad dengan baik

    2. Melatih diri dan masyarakat untuk lebih berdisiplin dalam melakukan ibadah sekaligus meningkatkan lagi ketakwaaan kepada Allah SWT

    3. Mendidik diri dan masyarakat untuk menghormati dan mencintai masjid

SOLAT SUNAT TASBIH

  1. WAKTU SIANG

    4 Rakaat 1 Salam

  2. WAKTU MALAM

    4 Rakaat 2 Salam

  3. NIAT

    أُصَلِّي سُنَّةَ التَّسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى

    Sahaja aku sembahyang sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala

    أُصَلِّي سُنَّةَ التَّسْبِيحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

    Sahaja aku sembahyang sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala

  4. BACAAN TASBIH

    سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

    Maksudnya : Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

  5. CARA MENUNAIKANNYA

    • Cara melakukan solat sunat tasbih masih seperti solat sunat biasa namun, ada tambahan bacaan tasbih disetiap pergerakan yang tertentu.

    • Bilangan tasbih pada setiap rakaat ialah 75 tasbih ;

      1. Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih

      2. Rukuk – 10 kali tasbih

      3. Iktidal – 10 kali tasbih

      4. Sujud pertama – 10 kali tasbih

      5. Duduk antara dua sujud – 10 kali tasbih

      6. Sujud kedua – 10 kali tasbih

      7. Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk antara dua sujud – 10 kali tasbih

    • Sekiranya terkeliru atau terlupa dengan jumlah bacaan tasbih dalam setiap pergerakan, tidak menjadi masalah kerana boleh gantikan bacaan tasbih pada tempat seterusnya dan pastikan jumlah tasbih yang sudah dibaca setelah selesai solat ialah 300 kali.

  6. DOA SOLAT SUNAT TASBIH

    اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ تَوْفِيقَ أَهْلِ الْهُدَى، وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِينِ، وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ، وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ، وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ، وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّغْبَةِ، وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ، وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى أَخَافَكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَشْيَةً تَحْجُزُنِي عَنْ مَعَاصِيكَ، حَتَّى أَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلًا أَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ، وَحَتَّى أُنِيْبَ إِلَيْكَ فِي التَّوْبَةِ خَوْفًا مِنْكَ، وَحَتَّى أُخْلِصَ لَكَ فِي النَّصِيحَةِ، وَحَتَّى أَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَحُسْنَ الظَّنِّ بِكَ، سُبْحَانَكَ خَالِقَ النُّورِ، رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا، وَاغْفِرْ لَنَا، إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

    Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon taufiq daripadaMu sepertimana orang-orang yang telah engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti amalan ahli yakin. Dan jadikan kami ini golongan orang-orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami sepertimana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang-orang yang suka kepada ibadat orang-orang yang waras. Dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang-orang yang takut kepada engkau. Ya Allah, kami memohon kepadaMu, jadikanlah kami golongan yang takut, yang menghalang kami beramal dengan taat kepadaMu sebagaimana amalan yang kami merasa perlu mendapat keredaanmu. Dan juga kami memohon sehingga kami betul-betul ikhlas dan bertawakkal kepadamu dalam setiap perkara dan kami memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadapmu. Maha suci Engkau sebagai Pencipta cahaya (petunjuk).

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.