Bismillahirrahmanirrahim
Rukun Yang Perlu Kita Ketahui
Sumber : akuislam.com - Muhamad Naim (website)
Apa itu Rukun Islam?
Rukun Islam adalah lima perkara dasar dalam Islam, yang dianggap sebagai asas yang wajib bagi orang-orang beriman.
5 Perkara Rukun Islam :
Mengucap 2 Kalimah Syahadah
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Islam menetapkan syahadah sebagai teras atau tunjang keislaman yang perlu diucapkan, diimani, dihayati dan diamalkan selama mana seseorang itu melayari bahtera hidup di bumi Allah ini.
Apabila seseorang telah melafazkan kalimah syahadah maka dia hendaklah mengerjakan segala apa yang telah diakui dengan lidah itu. Dia hendaklah mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah.
Mendirikan solat lima waktu
Solat ialah wahyu yang disampaikan secara terus oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW. melalui peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada bulan Ramadan.
Solat wajib dilakukan 5 kali sehari walaupun sedang sakit (mengikut kemampuan).
Berpuasa di bulan Ramadhan
Puasa bermaksud menahan anggota badan dari perkara yang menbatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Semua orang Islam yang tiada keuzuran diwajibkan untuk berpuasa.
Menunaikan zakat
Zakat merupakan kewajipan yang dikeluarkan pada harta orang yang memiliki kelebihan.
Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
Apabila zakat harta digunakan untuk menyucikan harta, maka zakat fitrah digunakan untuk menyucikan hati dan jiwa.
Melaksanakan haji
Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji.
Orang Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.