Bismillahirrahmanirrahim
Universiti Hati: Rahsia Ruh Yang Terhijab (Baahgian 2)
Tajuk: Universiti Hati: Rahsia Ruh yang Terhijab
Oleh: Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani
Tarikh: 08.02.2026 (Baahgian 2)
Rujukan: Daurah Kitab Tasawwuf
Tempat: Pondok Raudhah, Jempol
Sumber : facebook
Hakikat bagi dirimu sebenarnya wahai insan adalah nilai cinta yang Dia anugerahi untukmu. Jika Allah tidak mencintaimu, mana mungkin Dia menzahirkan ruhNya pada dirimu? Hal ini kerana apa yang ada di dalam dadamu, yang membuat engkau mampu bernafas, adalah ruh yang Dia anugerahi; sedangkan luaranmu tidak lebih dan tidak kurang hanyalah sebatas material.
Ketika engkau hidup, adakah hidupmu kerana jasadmu atau kerana ruhmu? Kalau engkau mengatakan hidupmu kerana ruhmu, maka tunjukkan kepadaku di manakah ruhmu? Apakah yang dimaksudkan dengan ruhmu? Bukankah ia merupakan sebuah kejahilan ketika kita mendakwa sesuatu yang tidak kita ketahui hakikatnya?
Bayangkan engkau mendakwa memiliki ruh dalam dirimu namun engkau tidak mengetahui tentangnya, adakah ini kejahilan atau gambaran ilmu pengetahuan? Sedangkan yang membuat engkau bernilai sebagai insan adalah ruhmu, bukan jasadmu.
Bayangkan bagaimana engkau mampu berdiri di hadapan cermin berjam-jam lamanya untuk memperindah wajah dan jasadmu, namun tidak pula engkau berdiri walau beberapa detik untuk meneliti indah atau buruknya ruhmu. Demi Allah, adakah engkau si buta atau engkau benar-benar memiliki dua mata yang mampu melihat?
Sekiranya engkau mampu berdiri berjam-jam di hadapan cermin kerana sibuk memperindahkan fizikmu namun tidak pula meneliti keadaan ruhmu, maka bolehkah dikatakan engkau memiliki mata pancaindera atau mata hati?
..............................
■ Terjemahan : Banaat Yusufi (AR01)
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.