Bismillahirrahmanirrahim

Tulusnya Cinta Yang Dipersembahkan Tanda Ingatan

Alhamdulillah. Salam cinta dan kasih buatmu Rasulullah saw. Semoga setiap gema selawat yang dilafazkan menjadi saksi tulusnya cinta yang dipersembahkan tanda ingatan. Moga engkau menyaksikan bahawa kami termasuk dari ummat yang berusaha untuk mengingatimu dan menghafaz nama agungmu.

Seringkali diingatkan oleh Guru kami, Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhout al Hasani bahawa

"Tanda mahabbah adalah banyaknya menyebut nama yang dicintai"

Terima kasih buat semua ahbab yang bersama-sama menurunkan komen dalam posting soalan semalam.

https://www.facebook.com/share/17DoAPrigq/

Moga ia jadi sebahagian usaha untuk kita ingat dan pasak dalam hati kita nama kekasih yang selayaknya dicintai, Rasulullah saw.

In sha Allah, jumpa jam 3 petang ini untuk soalan seterusnya bagi "30 Hari Bersama Rasulullah saw"

Mari kita meriahkan ruang komen dengan

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.