Bismillahirrahmanirrahim

Tiadalah Yang Dinamakan Cinta Tanpa Mengenal Kepada Yang Dicintai.

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani pernah menyebutkan:

لا محبة دون معرفة لمن تحب

"Tiadalah yang dinamakan cinta tanpa mengenal kepada yang dicintai."

Para sahabat mencintai Rasulullah saw dengan sebenar-benar kecintaan ketika mengenal kepada keperibadian Baginda Muhammad saw. Bahkan rasa cinta ini dapat kita lihat diterjemahkan dalam kesungguhan mereka meneliti apa sahaja yang berkaitan Rasulullah saw sehinggalah lahirnya Syamail Muhammadiah yang menyifatkan secara terperinci sama ada pada penciptaan fizikal dan sifat peribadi serta akhlak Baginda Rasulullah saw.

Sehingga jika kita ingin mencari asbab untuk mencintai, seperti ketertarikan pada fizikal, maka puncak keindahan fizikal itu terhimpun sempurna pada Rasulullah saw.

Jika asbab cinta adalah kerana keperibadian dan akhlak, maka jelas hadirnya Rasulullah saw untuk menyempurnakan kemuliaan-kemuliaan akhlak, isyarat bahawa yang paling sempurna akhlaknya ialah Rasulullah saw.

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

Untuk melihat sejauh mana perkenalan kita kepada Rasulullah saw, mari sama-sama kita meriahkan ruang komen di sini dengan nama penuh Rasulullah saw setakat yang tersimpan kemas dalam ingatan kita.

Mulakan dengan Muhammad bin Abdullah bin....

Semoga ia menjadi langkah mula untuk kita melihat sejauh manakah usaha yang telah kita kerahkan untuk mengenal kepada yang selayaknya dicintai. In sha Allah.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.