Bismillahirrahmanirrahim
Nasihat Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani, 19 Ramadan 1447 H (Taubat & Amanah)
Anakku, setiap dari kita sama ada lelaki atau wanita, tiada yg maksum. Setiap daripada kita pernah melakukan kesalahan. Barangsiapa yg mendakwa dirinya maksum tak pernah bersalah , maka dia telah pun jatuh dalam kesalahan.
Maksum bagi para anbiya' itu adalah dalam risalahnya. Sementara mereka adalah manusia seperti kita.
Disebabkan itulah mafhum hadis Baginda saw:
"Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kalian. Apa sahaja yang aku sampaikan kepada kalian daripada Allah, maka itu adalah kebenaran. Tetapi apa yang aku katakan daripada pendapat diriku sendiri, maka sesungguhnya aku hanyalah manusia, aku boleh benar dan juga boleh tersalah."
Ketahuilah jalan menuju Allah itu sukar, tetapi kesabaran itu dituntut, dan keampunan di sisi Allah swt al Tawwab Yang Maha Menerima Taubat. Janganlah membiarkan segala kelelahanmu dalam perjalanan ini menjadi sia-sia.
Jika kesibukanmu pada manusia yg mencela atau mengeji, maka ia tidak akan pernah berkesudahan. Para Nabi Allah itu sendiri tidak terlepas dari lidah manusia yg mencela. Maka yang dicari bukanlah redha manusia atas perlakuan kita. Sebaliknya yang menjadi kewajipan ke atas kita adalah beramal dengan apa jua yang mendatangkan keredhaan Ilahi . Kemudian terserahlah siapa pun yang ingin suka atau marah kepada kita. Adapun kita punyai tujuan yang jelas iaitu Allah, bukan pujian atau celaan manusia.
Yang terakhir, laksanakanlah apa jua amanah yg diberikan sehinggalah selamat pulang bertemu Allah. Jika ada kesilapan yg berlaku, itu adalah kerana kita tidak maksum, tetapi ambillah kesalahan yg berlaku untuk diperbaiki, bukan untuk lari daripada tanggungjawab.
Semoga Allah swt menganugerahiku dan kelian keteguhan di atas kalimah yg teguh (kalimah tauhid) pada hari-hari yg diberkahi ini.
■ Terjemahan: Banaat Yusufi (AR01)
20 Ramadan 1447 H
10 Mac 2026
Nota Sebelumnya
Tiada nota sebelumnya.
Nota Seterusnya
Tiada nota seterusnya.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.