Salam akhawat yg dikasihi. In sha Allah, kita berada pada malam 10 Muharram, malam Hari Asyura. Biiznillah sangatlah digalakkan untuk kita memperbanyak amalan kebaikan dan zikrullah.

Bacalah zikir Hasbunallah wa Nikmal Wakil sambil mengingati bagaimana pada hari 10 Muharram inilah terselamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kezaliman Firaun berkat sandaran dan pergantungan mereka kepada Allah.

Perbanyakkanlah istighfar dengan mengingat bagaimana pada 10 Muharram juga menjadi saksi diterimanya taubat Adam as.

Hidupkanlah malam ini dengan bacaan al Quran, untuk merenung kalamullah satu persatu. Boleh ambil satu surah untuk tadabbur misalnya Surah al Anbiya' yang sedang kita bacakan dalam kuliah tafsir untuk kita merenung perjuangan para anbiya' dalam membawa kalimah tauhid kerana 10 Muharram ini merupakan hari yang banyak sekali turunnya madad dan pertolongan dari Allah buat para NabiNya.

Banyakkan selawat ke atas Rasulullah saw, lakukanlah segala yg dicintai Baginda seperti sedekah untuk penyucian harta dan jiwa, mengusap kepala anak yatim agar menyuburkan rahmat dan belas dalam diri kita .

Ringkasnya lakukanlah segala amal kebaikan yang semampunya untuk kita lakukan mudah-mudahan diganjari dengan kebaikan pada jiwa kita pada kehidupan kita dunia dan akhirat i. Allah. Jangan lupa untuk saling mendoakan sesama kita.

Biiznillah. Selamat berpuasa esok dan Salam Hari Asyura

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.