Petikan dari Kitab Qawanin Hikamul Isyraq Sharh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (15 Rejab 1446 H).

.............................

♡ Syarat-Syarat Taubat

1. Taubat mestilah diawali dengan penyesalan kerana tidak mungkin seseorang dapat bertaubat tanpa kesedaran dan penyesalan atas kesalahan yang telah dilakukan.

2. Setelah terbitnya penyesalan dari hati, maka terzahirlah melalui tingkah laku yang akan bersegera meninggalkan apa jua hal yang bersalahan dengan ketetapan Allah swt.

3. Selanjutnya akan ada keazaman, iaitu suatu pegangan yang kukuh tersemat dalam hati untuk tidak kembali mengulangi dosa atau kesilapan yang pernah dilakukan.

Inilah syarat taubat dalam berhubungan kepada Allah. Sementara dalam mencari kejernihan hubungan sesama insan, maka hendaklah kemaafan diraih dengan:

1. Mengembalikan hak kepada pemiliknya sama ada hak yang berbentuk fizikal (harta, wang ringgit)

2. Meminta dilepaskan hak yang berbentuk maknawi yang mencalar kehormatan orang lain (umpatan, mengadu domba, hasad, dendam).

Moga taubat kita adalah taubat yang sebenar-benarnya kepada Allah swt. Amin.

...........................

■ Terjemahan Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.