Seluruh Ramadan itu padanya keberkahan dan kebaikan. Maka janganlah disibukkan selain dengan taubat kepada Allah swt.

Jadikanlah taubatmu kepada Allah pada setiap detik di dalam Ramadan mahupun di luar Ramadan, menjadi sebab lenturnya hati, tunduknya al hawa dan segala keakuan yang menjadi penghalang antaramu dan Kekasih swt.

Taubat itu adalah kembalinya dirimu secara berterusan kepada Allah swt tanda ikrar akan ketulusan cintaMu kepadaNya.

Lazimilah taubat kerana demikianlah yg Allah swt serukan ke atas kita. Sepertimana firmanNya swt:

وتوبوا الى الله جميعا أيها المؤمنون لعلكم تفلحون

Maksud: Dan bertaubatlah kalian kepada Allah wahai orang2 yg beriman, mudah-mudahan (dengan sebab bertaubat) kalian mendapatkan keberuntungan.

Lihatlah kehalusan Rabbani dalam firmanNya ini ketika Dia menyebutkan kalimah لعلكم itu membawa maksud "dengan sebab bertaubat, mudah-mudahan, kalian mendapatkan keuntungan".

Ia adalah sebuah isyarat yang jelas untuk kita berusaha mengambil asbab taubat dan hanya kepada Allah swt kembalinya segala kurnia dan kepemurahan.

Ketika engkau diizinkan solat, puasa, qiyamullail dan segala ibadah yg lain, maka syukurilah Allah yang telah mempermudahkannya untukmu menunaikan hakNya, bukan menganggap ianya adalah kerana kemuliaan atau kelebihan dirimu semata-mata.

Katakanlah: "Segala puji bagiMu ya Allah yang telah menganugerahiku taufiq untuk beribadah dan mentaatiMu." Kembalilah kepada Allah dengan taubat atas segala kelalaian yg telah dikerjakan.

Allah swt juga berfirman:

إن الله يحب التوابين ويحب المتطهرين

Maksud: Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yg bertaubat dan Dia mencintai orang2 yang menyucikan dirinya.

Ketika Rasulullah saw beristighfar sekurang-kurangnya 70x sehari, maka apakah hakikat istighfar yang sebenarnya? Adakah sekadar istighfar kerana dosa yang berlaku?

Istighfar itu sendiri hakikatnya adalah sebahagian daripada zikrullah, tanda kita mengingat kepada Allah. Ketika beristighfar, engkau menyebut nama Allah pada lisanmu, menyebut nama Kekasihmu dengan lisanmu. Maka pada saat engkau beristighfar, itu tandanya engkau sedang mengingati Sang Kekasihmu swt melalui istighfar.

Justeru, taubat merupakan jalan untuk kembali dengan sebenar-benar kejujuran kepada Allah swt. Ia diawali dengan bermuhasabah akan diri. Jika kau temukan dirimu pada jalan ketaatan, maka syukurilah Allah. Jika kau dapati dirimu banyak bermaksiat, maka celalah dirimu sendiri atas perbuatanmu itu. Beristighfarlah untuk memohon keampunan Allah swt dan bertaubatlah kepadaNya.

Datanglah kepadaNya dengan hati dengan hati yang duka, merasa hancur dan hina kerana engkau telah lalai dari Kekasihmu swt. Inilah justeru yang akan memperbaiki kembali hubunganmu kepadaNya swt.

Natijahnya, engkau akan melihat Allah swt pada setiap kegembiraanmu, menemukan kemuliaan dalam diri yang merasa hina, mendapati cahaya dalam kegelapan, dan disingkaplah hijab yang selama ini menutupi diri. Ketika itu engkau akan menemukan yang selama ini tak terlihat dan tak pernah terlintas dalam benak fikiran mana-mana manusia.

......................

■ Dikhidmati terjemahannya: Banaat Yusufi (AR01).

Rujuk video asal di sini sehingga minit 6.40.

https://www.facebook.com/share/v/1WojNpsyLt/

Lampiran Nota

1 fail
Nota Imej
653698409_1524484739679001_7923320590768358903_n
653698409_1524484739679001_7923320590768358903_n.jpg

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.