Bismillahirrahmanirrahim
Rahmah Dan Mahabbah
"Jauhar yang membentuk diri Baginda Nabi saw sendiri adalah rahmah dan mahabbah"
Demikianlah yang pernah disampaikan kepada kami oleh Guru mulia, Fadhilatu Sheikh Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani.
Dua nama Allah swt iaitu al Rahman dan al Rahim diambil dari sumber kalimah yang sama iaitu rahmah.
Al Rahman, rahmat kepemurahanNya umum meliputi sekalian makhluk sementara al Rahim, rahmah yang khusus dianugerahkan Allah kepada orang-orang yang beriman.
Allah swt menyifati Baginda saw dengan sifat yang sama.
وما أرسلنك إلا رحمة للعالمين
"Dan tidaklah Kami mengutusmu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat ke sekalian alam."
Nabi saw juga ada bersabda maksudnya:
إنما انا رحمة مهداة
"Hanyasanya aku ialah rahmat yang dihadiahkan."
■■■■■■■■■■■
Alhamdulillah, terima kasih untuk semua ahbab yang memberi jawapan pada soalan semalam. Semoga kita dapat menumpang walau secebis rahmah Baginda saw, hingga mengalir rahmatnya dalam keperibadian dan kehidupan, menyelamatkan sekalian ummat Muhammad saw.
Mari kita meriahkan komentar di posting ini dengan lafaz selawat
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.