Bismillahirrahmanirrahim

Qawanin Hikamul Isyraq Dengan Sharh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (23 Rejab 1446 H)

"Bukanlah melakukan amal taubat itu yang membahagiakan. Bukan pula meninggalkannya membuat derita. Hanyasanya amalan taubat itu dijadikan sebagai alat yang menjaga dirimu." (Hikam 9, Qanun Taubat).

.................

□ Penjelasan

• Tidaklah diilhamkan bagimu taubat melainkan sebenarnya Dia berkeinginan untuk menyelamatkanmu. Bahkan itulah tanda Dia ingin menerima taubatmu.

• Hal ini kerana bukanlah amalan taubat itu sendiri yang dapat menyelamatkan pelakunya. Demikian juga bukan pula taubat itu dengan dirinya sendiri dapat membuat orang yang meninggalkannya menderita.

• Sesungguhnya taubat itu adalah sebab yang diciptakan sebagai ubat dan pelindung yang akan menjagamu.

• Taubat itu hakikatnya adalah diciptakan Allah dan amalan taubat yang engkau kerjakan itulah sebahagian daripada usaha yang telah Allah ilhamkan untukmu.

• Allah swt berfirman: "Kemudian Dia (menganugerahi mereka taufiq) menerima taubat mereka agar mereka kekal bertaubat." (At Taubah: 118)

Moga Allah swt anugerahi kita dengan kefahaman yang benar tentang hakikat bahagia melalui taubat yang Dia anugerahkan. Amin.

..................

■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.