Bismillahirrahmanirrahim

Perkongsian Doa Oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani.

اللّهمَّ إنَّا نَعوذُ بِكَ مِن شَرّ مَا صَنَعْنَا ، وَنَبُوءُ لَكَ بِنِعمَتِكَ عَلَينَا ، وَنَبُوءُ بِذُنُوبِنَا فَاغفِر لنَا ، فإنّه لا يَغفِر الذّنوبَ إلّا أنتَ ، يَا حَنَّانُ يَا مَنَّانُ يَا ذَا الجَلالِ والإكِرَام .

اللّهمَّ عامِلنَا بِفَضلِك وجُودِك وَكَرَمِك ، ورَضِّنَا وَارْضَ عَنّا ، وَإلى غَيرِكَ لا تَكِلْنَا ، وأعطِنا ولا تَحرِمَنا ، وَهَبْنا جميعاً لِسَعَة عَفوِكَ يَا كَرِيم .

اللَّهُمَّ إنا نَعُوذُ بِكَ من زَوال نِعمَتك ، وتَحَوُّلِ عافِيَتك ، ونَعُوذُ بِكَ من فُجاءَة نِقمتِك ، ومن جميعِ سَخَطك .

اللَّهُمَّ أدِم علينا سِترَك ، ولا تكشِف عنَّا غطاءَك ، واحفظنا من الفتن ما ظَهَر منها وما بَطَن ، بِرَحمَتِكَ يَا أَرحَمَ الرَّاحِمِينَ .

۞إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا۞

اللّهمَّ صَلِّ عَلى سَيِّدنا وَنبيِّنا وحَبيبِنا مُحَمَّد وَعلَى آلِهِ وصحبه وَسلِّم تَسلِيماً كَثيراً .

○ Terjemahan

Ya Allah sesungguhnya kami pohonkan perlindungan kepadaMu daripada keburukan atas apa yang telah kami kerjakan, kami perakui nikmatMu ke atas kami, dan kami perakui juga segala dosa kami, maka sudilah kiranya Engkau mengampuni kami kerana sesungguhnya tiadalah yang dapat mengampuni dosa-dosa ini selainMu. Ya Allah Yang Maha Penuh Kasih Sayang lagi Maha Pemberi Limpah KurniaNya, Wahai Allah Yang Maha Memiliki Segala Keagungan dan Kemuliaan.

Ya Allah perlakukanlah kami dengan keagungan kebaikanMu, kepemurahanMu, dan kemuliaanMu. Redhakanlah kami (atas apa jua ketetapanMu) dan redhailah kami ya Allah (terimalah & perakuilah kami sebagai hambaMu). Janganlah kau biarkan kami bersandar selain kepadaMu. Berilah kurniaanMu kepada kami, jangan Kau halangi kami daripada kurniaanMu. Anugerahilah kami dengan pemberianMu dengan berkah luasnya keampunanMu wahai Allah Yang Maha Pemurah.

Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu daripada kehilangan nikmatMu, hilangnya afiah daripadaMu, dan kami pohonkan jua perlindungan daripada dikejutkan dengan bala daripadaMu serta dari segala (yang boleh mengundang) murkaMu.

Ya Allah, jadikanlah kami sentiasa dalam tabir (perlindunganMu) dan jangan Engkau singkapi tabirMu (yang melindungi) daripada kami. Peliharalah kami dari segala fitnah (ujian) yang nyata kahupun tersembunyi, dengan rahmatMu duhai Yang Maha Penyayang di antara sekalian yang menyayangi.

Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi , wahai orang-orang beriman berselawatlah dan ucapkanlah salam sejahtera ke atas Baginda dengan sebenar-benar kesejahteraan.

Ya Allah, berselawatlah ke atas Junjungan kami, Nabi kami, dan Kekasih kami, Muhammad saw berseeta ahli keluarga Baginda dan para sahabat dengan selawat dan salam yang sebanyak-banyaknya.

.................

■ Dikhidmati terjemahannya: Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.