Bismillahirrahmanirrahim
Pentingnya Niat Dalam Ibadah
Kuliah Dhuha
12 Januari 2023 (15 Jamadil Akhir 1444H)
Oleh : Ustaz Pahrol Mohd Juoi
PENTINGNYA NIAT DALAM IBADAH
Syurga Allah SWT bina dan hias nikmat-nikmat dalam syurga yang tak dapat kita bayangkan.“Syurga lebih indah daripada apa yang kita bayangkan”.
Allah SWT bertanya kepada malaikat mengenai syurga, malaikat menjawab, “semua makhluk-Mu akan menginginkan untuk berada di Syurga-Mu”.
Jadi, Allah membuat nikmat Syurga itu dipagar dengan kesusahan. Maka, malaikat menjawab, maka akan ada sedikit sahaja umat yang dapat masuk ke dalam syurga.
Akhir zaman penuh dengan ujian.
Contoh :
Kadang-kadang kita keluar je daripada rumah, ada je godaan.
Pagi hari buka phone, ada juga godaan untuk kita terjebak dengan dosa.
Jadi, kita perlu betul-betul tekad dan teguhkan hati kita. Perlu sangka baik dengan Allah.
(Surah Al-Ankabut : Ayat 69)
وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُوا۟ فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ(٦٩)
Maksudnya : Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.
Orang yang baik ni kadang-kadang ada tragedi atau musibah yang datang menguji kepada orang yang digerakkan untuk menjadi baik.
Tragedi orang yang nak jadi baik :
Mereka yang pulang sebelum berangkat.
Kenapa ? – Bila tengok jalan-jalan menuju kebaikan itu payah.
Contoh : Awal-awal pagi kita kena bangun untuk solat subuh, kalua sebelum tu kita tahajjud, kita qiam, kena tahan lidah daripada mengumpata, tahan tangan kita dari menulis sesuatu yang tak baik, tahan mata, tahan telinga dan sebagainya.
Maksudnya : tak mampu nak hadap macamni. Jadi terus GIVE UP!!. Awal-awal dah give up walaupun belum mula lagi (fikir macam-macam).
Dah buat separuh jalan, tapi U-Turn balik
Apabila kita tempuh jalan kebaikan, ada susah.
Mula-mula kita sungguh-sungguh dan semangat, tetapi bila JEMU dating, kita terus kalah dalam mujahadah.
Sebab susah dan payah.
Bila sering bangun, jatuh.. bangun, jatuh balik, akhirnya kita mengalah, putus asa dan kecewa.
Rasa diri dah baik apabila dah berada dalam jalan kebaikan.
Walaupun dah tempuh jalan kebaikan, kita tidak boleh rasa diri kita dah baik.
Kita perlu sentiasa rasa kita sedang perbaiki diri.
Perlu berusaha dan mujahadah menjdai baik.
(Perlu) Kalah berkali-kali, tapi bangun juga harus berkali-kali.
Tak putus asa
Contoh : Kita taubat pastu buat dosa balik (ulang)
Tetaplah jangan putus asa untuk bertaubat.
Bila kita cuba-cuba, Allah SWT akan beri hidayah & dipermudahkan usaha kita
“Ketuklah pintu Allah berkali-kali, jangan jemu” – pasti mendapat hidayah & taufiq.
”Hidup ini adalah satu drama yang tak habis-habis”
**Pentingnya, adalah kita jangan sesekali putus asa dengan diri kita!!
“KEEP HOPE ALIVE”
“BAGI HARAPAN” – kerana harapan itu yang bagi kita kekuatan.
Jangan putus asa dengan Allah
Orang yang putus asa dengan rahmat Allah adalah orang kafir.
Jangan putus asa dengan diri sendiri
Jangan ada sikap self-sabotage habit
Contoh : “Aku ahli neraka”, “banyak kali buat pun tak ubah-ubah”, “perangai macam tu juga”
YANG PENTING NIAT!!
Niat itu mukadimah
Results atau natijah akan bergantung pada niat pada awal
Kena betul dan pasakkan niat yang tepat.
Walaupun kadang kita melencong, namun kita perlu kembali ingat niat asal
**Sesat di hujung jalan Maka kembali ke pangkal jalan
Bina masjid kerana Allah. Akad Nikah.
Rumah tangga diuji macam-macam. Ekonomi orang ketiga dan lain-lain. Balik pada asal, dimana niat berkahwin itu kerana Allah.
Kalau pangkal awal tak betul akan menjadi susah. Manakah Allah, Nabi, Quran dan Sunnah dalam rumah tangga kita. Kena ada tempat untuk rujuk. Niat asal
Contoh :
Kebiasaan sesuatu bangsa/etnik itu adalah adat. Adat manusia perlu makan dan sebagainya.
**Bukan adat seperti ini, tapi adat kehidupan. Adatlah yang boleh menyebabkan ia jadi Ibadat sekiranya diserta Niat.
Jadi, bila makan, itu adat
Ada orang yang makan tadi Cuma dapat kenyang je.
Tapi ada orang yang makan, dapat kenyang dan pahala.
Setiap butir nasi, setiap cubit roti, semua berpahala.
Tapi semua bergantung pada niat individu itu.
Jangan pandang niat itu ringan, walaupun ianya soal hati.
“Ada Niat, InsyaAllah baru jadi Ibadat”
Siapa yang berniat tidur kerana Allah
Niat tidur untuk dapat rehat, jadi esok dapat bangun untuk solat subuh.
Niat tidur supaya dapat tenaga balik, supaya dapat jalankan tugas sebagai isteri, suami, anak yang merupakan Amanah daripada Allah.
Jadi, kita tidur berjam-jam, semua itu akan dapat pahala.
Bila ada niat, semua amal dengan niat, ada perkara yang kita nampak macam akhirat menjadi dunia.
Ada perkara yang macam dunia menjadi akhirat.
Contoh :
Dua orang berjiran di pagi hari
Seorang basuh kereta, seorang lagi solat dhuha.
Kalau kita Selayang pandang, secara permukaan :
Yang solat Dhuha ni amalan akhirat
Yang basuh kereta ni amalan dunia
Tetapi, kalau dalam hati orang yang basuh kereta tu, dia niat/kata kereta mesti nak bersih sebab Rasulullah SAW dan orang beriman suka pada kebersihan.
- “Jadikanlah aku orang yang bersih”
- Bersih itu maksudnya hati & juga luaran.
Niat
Qasad, maksud..tujuan
Niat kerana Allah > Lillah akan datangnya Billah (Allah bersama)
Bila bersama Allah, Kita kuat kita kaya dan pelbagai lagi.
La tahzan inallaha maána
Nabi ucap pada Saidina Abu Bakar di dalam gua.
Bila ada ujian dalam mendidik anak...dalam berniaga..dalam bekerja
Kita dibantu atas niat kita. Jangan ada niat campur campur. Kena putih bersih.
Kisah sahabat :
Dia nak keredhaan Allah tapi nak juga penghargaan manusia. Contoh daripada suami sahabat dan orang lain.
Rasulullah SAW
Dihujung surah Al Kahfi – ada jawapan
“ Siapa yangg mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah, hendaklah dia beramal soleh tanpa menyekutukan dengan apapun “.
Amalan itu akan tertolak. Kalau ada niat bercampur
BETULKAN KIBLAT HATI KITA!!
Amal besar boleh jadi kecil kerana Niat.
Nabi SAW - Allah lihat hati dan amal mu.
Salahkan harap penghargaan suami, anak dan sahabat.
Aku jaga dan didik anak dengan baik , Khidmat baik dengan suami/isteri, berniaga untuk keluarga dan ummah untuk mendapat redha Allah.
Memburu Allah tidak bererti kita pinggir makhluk-Nya.
Bila ada ujian datang kita baru akan sedar.
Burulah IKHLAS.
Hanya kerana Allah.
Kalau kita dapat penghargaan makhluk, ucap Alhamdulillah.
Kalau tak dapat takda masalah.
Tetap teruskan usaha baik dgn niat baik.
Buru cinta Allah. InsyaAllah aka nada perkara lain akan dating.
Allah akan menyeru orang yang mencintai Allah
Jangan takut jika tidak dicintai oleh orang.
Hati yg mencintai yang SATU (Allah) akan bersatu.
Jangan takut.
Dari Imam Syafie :
Jangan harapkan cinta orang yang tidak mencintai Allah.
Sebab, kalau Allah dia boleh tinggalkan apatah lagi manusia.
Jangan berharap pada cinta manusia.
Doakan orang yang kita cintai, mencitai Allah. (doa yang baik-baik)
Musuh kepada IKHLAS :
RIAK
Meninggalkan amalan kerana manusia
Seseorang yang buat/tinggal amalan kerana manusia.
Depan = Rajin
Belakang = Malas
SUM’AAH
Buat kerana Allah, tapi ada complaint.
Perbuatan yang lebih kepada audio/suara/percakapan
Suka dengar pujian = dia tambah amal
Kalau dikeji rasa down = dia buang amal
UJUB
Suara hati (self-talk)
Rasa diri dah baik (bahaya)
Dia rasa semua amal adalah dari kekuatan dia
Tapi, sebenarnya semua tu hidayah dari Allah
Jangan bergantung kepada amal, tapi bergantung pada Allah.
**Tanda? Apabila kita beramal kita jadi seronok. Bila buat dosa, jadi putus asa.
Kita kena rasa sangat takut amalan kita tak terima.
Syurga itu Mahal!! Susah Dapat!!
*Kena Hidupkan Mata Hati* *Aktifkan Hati* Muhasbah Diri
Ikhlas itu paling berharga kerana :
Ibu kepada sifat Mahmudah
Kita perlu tahu & amal 10 sifat-sifat Mahmudah (fardhu ain).
Contoh : berani, pemaaf, sabar, pemurah dan lain-lain.
Belajar 10 sifat mazmumah dan jauhkan dari kehiduapan kita.
Contoh : marah, takbur, hasad dan sebagainya.
Harta - dua persoalan di padang mahsyar.
Input dan output kerana Allah. Amanah dari Allah. Bukan milik kita.
Kudrat, fikiran dan usaha dapat harta semua dari Allah.
Zakat adalah hak orang miskin. Bila bayar banyak tak payah bangga apapun.
Bersyukur ada orang miskin kerana zakat itu bersihkan harta
Zakat menurunkan jurang perasaan antara si kaya dan miskin. Contoh perasan iri atau dengki.
Orang IKHLAS adalah PEMAAF :
Ada dosa yang boleh gugur disebabkan kita maafkan orang.
Contoh lain, jika kita bersalaman, akan gugur dosa-dosa.
Sebab itu, Rasulullah SAW bila bersala, baginda adalah orang yang paling lewat lepaskan tangan.
Jadi, kita perlu fahamkan besarnya keampunan Allah yang boleh membuat kita memaafkan orang lain.
Ikhlas tu memerdekakan kita.
Jangan mudah koyak hati, tipu & merajuk sini sana!
Bila Allah tiada atau kurang di hati, yang kecil jadi besar.
Perisai kepada tipu daya syaitan
Syarat kepada Bahagia dan ketenangan
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.