Bismillahirrahmanirrahim

40 Hadith Tentang Kebahagian Insan

Kuliah Dhuha Isnin

Masjid Negeri

14.11.2022 (Isnin, 19 Rabiulakhir 1444H)

Kitab : 40 Hadith Tentang Kebahagian Insan

Oleh : Ustaz Nik Bakri Nik Mat

  • 40 Hadis Nabi SAW Tentang Kebahagiaan Insan


< MS3 >

Tujuan ciptaan manusia antaranya untuk mendapatkan kebahagian.

Makna Kehidupan Insan

Insan hadir dalam kehidupan, membawa makna yang tinggi, dan tujuan yang murni. Dia sempurna dari sudut ciptaan dan dari sudut tujuan diciptakan.

  • ini sangat penting

  • hidup takda makna sebenar sangat rugi

  • adakah kita masih terumbang ambing mencari makna kehidupan

  • bukan sekadar makan minum sembang jalan

  • Hidup sebuah anugerah. Kalau kita tak hidup jangan cerita pasal syurga dan neraka

  • Hidup adalah satu anugerah terbesar

Allah cipta kita dan tetapkan 2 perkara :

  1. Makna

  2. Tujuan

Dari banyak-banyak ciptaan Allah, manusia adalah makhluk yg paling sempurna di kalangan makhluk-makhluk ciptaan Allah yg lain. Dari sudut tujuan dicipta, tujuan paling hebat ada pada ihsan.

Bahagia kita menjadi makhluk Allah yg paling sempurna.

Surah At-Tin Ayat 4;

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍۢ (٤)

Maksudnya : Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Allah berbicara dengan kita dengan sungguh-sungguh. Perkataan talkin penegasan. telah

Diri insan yg diciptakan sebagai sebaik-baik kejadian bukan semata mata dari sudut rupa zahir, tetapi malah lebih utama, dari sudut dalamannya. Ia sesuai dengan sambungan ayat-ayat setelah itu :

Surah At-Tin Ayat 5;

ثُمَّ رَدَدْنَـٰهُ أَسْفَلَ سَـٰفِلِينَ(٥)

Maksudnya : Kemudian (jika dia tidak menunaikan makna kehidupannya), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.

Surah At-Tin Ayat 6;

إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۢ(٦)

Maksudnya : kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya.

Jangan tengok zahir sahaja. Contohnya, tak cantik,tak kurus & lain-lain. Tengok cermin cari apa yg tak kena. Kurang bersyukur.

Wajah putih cantik tapi jiwa resah gelisah.

Di masjid, kita dekat dengan Allah seperti di majlis Ilmu.

Serendah-rendah tahap dalam insan ini ada 2 penjelasan. Sebahagian ulama’ mentafsirkan serendah-rendah tahap ini ialah ketuaan, nyanyuk & sebagainya. Pendapat kedua pula ialah, kerendahan tersebut bukan dari sisi kejadian zahir dan rupa, kerana pengecualian dalam ayat tersebut ialah tentang orang-orang beriman. Maka, serendah-rendah tahap yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah neraka. Sesuai sebagaimana dihubungkan dengan ayat sebelum ini (ayat 4), maka kerendahan insan ialah pada yang tidak beriman dan tidak beramal soleh, sebagaimana dikecualikan daripada kerendahan. Ini sebahagian daripada makna penafsiran.

Makna diri insan yang agung dan mulia dijelaskan oleh Allah SWT pada firman-Nya :

Surah Az-Zariyat Ayat 56;

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)

Maksudnya : Dan (ingatlah), Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

Iman

  1. Diikrar dgn lisan

  2. Dibenarkan dgn hati

Amal Soleh

Tuntutan2 bagi orang yg beriman (Kalau tak solat puasa), dia masih beriman tapi dalam kemaksiatan. Ahli maksiat. Sekiranya bertaubat sebelum mati, Allah boleh ampunkan dosa. Jangan kita mudah hukum orang lain.

Makna kehidupan adalah bantu-membantu untuk sama-sama masuk syurga. Jangan pernah humban orang dalam neraka, bila kita belum tentu masuk syurga. Mukmin yang sempurna iman adalah apabila iman dan amal solehnya selari.

Manusia menjadi sempurna di saat dia beriman pada Allah dan beramal soleh. Amal Soleh kita perlu banyak sebanyaknya.

Kehidupan kita ini -

Melalui masa dan perubahan (pada diri) dipanggil UMUR/USIA. Siapa pun kita, semua pun menuju ke penghujung kehidupan.

Allah sayang kita, Allah tunjukkan perubahan untuk kita sedar bahawa kita menuju ke pengakhiran.

Wanita nak sangat kekal cantik muda. Sebenarnya hakikat hidup makin lama makin tua dan makin nyanyuk.

Antara amalan fadhilat untuk hindar nyanyuk.

Manusia kadang mencari kebahagiaan.

< MS 5 >

Makna Kebahagiaan insan dan nilai dirinya adalah pada keimanan dan kehambaan. Tanpa kedua-duanya, kehidupan insan akan menjadi sempit dan menghimpit jiwanya, sehingga merasa kekosongan, malah kehilangan Allah SWT berfirman tentang kehidupan yang baik, dan jiwa yang bahagia :

Surah An-Nahl Ayat 97 ;

مَنْ عَمِلَ صَـٰلِحًۭا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌۭ فَلَنُحْيِيَنَّهُۥ حَيَوٰةًۭ طَيِّبَةًۭ ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ (٩٧)

Maksudnya : Sesiapa yang beramal soleh, daripada lelaki/perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan.

Inilah sebab kehidupan yang baik, iaitu iman dan amal soleh (kehambaan). Iaitu, kepercayaan yang murni dalam jiwa insan, yang menghubungkan alam zahir dengan perkara-perkara ghaib di sebaliknya, lalu meluaskan pandangannya terhadap kehidupan, dan tindakannya yang menghubungkan keduniaan dengan manfaat akhirat yang abadi.

< MS 6 >

Iman dan amal soleh melepaskan manusia daripada keterbatasan kebendaan dan keduniaan, sehingga berhubung kepada apa yang di sebalik fizikal, dan apa yang di sebalik kematian.

Tanpanya, tiada kehidupan yang baik, dan tiadalah kebahagiaan bagi insan.

Surah Taha Ayat 124 ;

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةًۭ ضَنكًۭا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ أَعْمَىٰ (١٢٤)

Maksudnya : Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.

Ayat ini menegaskan bahawa, sesiapa yang berpaling ingkar terhadap ingatan kepada Allah SWT, iaitu keimanan dan ketaatan tadi, maka dia akan memperolehi kehidupan yang sempit di dunia dan kebinasaan di akhirat. Sebahagian ulama’ mentafsirkan makna kehidupan yang sempit tersebut ialah kecelakaan dan kesengsaraan di dunia dan sebahagian yang lain mentafsirkan maknanya sebagai kesempitan di dalam kubur.

< MS 7 >

Buta di akhirat dalam ayat ini merujuk kepada sama ada memang orang itu buta zahir dan batin (hati) di akhirat, ataupun kesengsaraan yang sedang menuju ke neraka. Kecelakaan dan derita yang sebenar bermula dengan kekosongan dalaman, yang tidak dapat dipenuhi oleh seluruh kebendaan luaran. Kebahagiaan pula ialah terpenuhnya kekosongan tersebut.

Kekosongan dalam jiwa insan hanya dapat disi dengan makna yang tinggi, iaitu hubungan dengan Allah SWT. Oleh itu, kebahagiaan ialah nama lain bagi kemakmuran hubungan dengan Allah SWT.

Rasulullah SAW menyampaikan siri penerangan tentang jalan kebahagiaaan insan ini, dalam hadith-hadith yang mulia, sama ada dalam bentuk perkataan mahupun perbuatan. Tanya sebuah percontohan kebahagiaan yang hidup dan praktikal, yang boleh diikuti untuk akhirnya seseorang itu dapat mencapai makna bahagia yang hakiki lagi abadi, dengannya.

Di Sebalik Buku Ini :

Risalah in merupakan himpunan 40 hadith Nabawi yang mulia, yang berkaitan dengan kebahagiaan insan, dan penjelasan-penjelasan yang ringkas mengenai hadith-hadith tersebut, dalam skop tema kebahagian insan ini.

< MS 9 >

Fitrah dan Kebahagian

Daripada Saidina Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW ;

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Maksudnya: "Setiap orang yang dilahirkan, dia dilahirkan atas fitrah. Maka, kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada sebagai Yahudi, Nasrani, atau sebagai Majusi.

[Hadith riwayat al-Imam al-Bukhäri dan al-Imam Muslim RHA]

Manusia mula hidup dengan tangisan, itu adalah fitrah. Bila kita susah hati, resah, marah & sebagainya, kita akan selalunya menangis. Orang yang banyak ketawa akan akhirnya banyak menangis. Kita perlu banyak menangis. Nabi, sahabat & para auliya semua banyak menangis.

Menangis itu kebahagiaan.

Allah uji kita sampai kita menangis.

Nabi SAW banyak gelaran, semua gelaran nabi lain pun gelaran untuk Nabi Muhammad

SAW.

Menangis pada gambaran kita adalah sedih, derita, dan sengsara, Namun...

Sahabat nabi, malam menangis merintih kerana bermunajat. Dan bila pagi, mereka jadi kuat, gagah dan bahagia walaupun tak cukup makan dihina dan sebagainya. Kita, semua ada. Kenapa kadang tak bahagia? Kita langgar fitrah diri manusia. Kita cari derita.

< MS 10 >

Apabila seorang insan dilahirkan ke dunia, maka dia dilahirkan dalam keadaan fitrah, sebagaimana disebutkan dalam hadith ini.

Fitrah insan antaranya ialah inginkan kebahagiaan. Maka, tidak salah jika ingin bahagia di dunia ini dan mencarinya, kerana ianya adalah fitrah manusiawi. Namun, bukan semua manusia tahu apakah kebahagiaan yang sebenar, dan dari mana dapat diperolehinya? Mesti cari kebahagiaan di dunia bukan cari sengsara. Di sebalik menangis tu bahagia.

Lelaki cari hiburan ditempat maksiat.

Lelaki kalau kawan telefon, nak lepak borak makan, sanggup! Tapi kalau isteri ajak berbicara, terus nak mengantuk! Apabila pasangan minta sesuatu, tunaikan. Jangan nak lepaskan diri sahaja.

Kebahagiaan Insan

Sebenarnya adalah kemakmuran hubungan kepada Maha Penciptanya, iaitu Allah SWT. Ini kerana, Allah SWT adalah asal wujud dirinya (manusia), dan hakikat segala hakikat kewujudan(alam). Tanpa diciptakan oleh Allah, maka tiada kewujudan makhluk, termasuk diri insan.

Maka, fitrah insan sebenarnya ialah keinginan untuk hubungan kepada Allah SWT, kerana itulah kemuncak ketenangan jiwa dan keseronokannya, sedang manusia hidup dengan jiwanya, sebelum dengan jasadnya.

Sekafir kafir manusia dia inginkan tuhan. Cuma dia salah pilih. Dia syirik.

Orang kafir tak suka dipanggil kafir. Tapi bukan kita yg cakap. Ada tertulis dalam Surah Al Kafirun. Allah yg cakap.

Fitrah asal semua manusia, hidup bertuhan. Kebahagiaan sumbernya hanya TUHAN.

Orang yg bahagia adalah yg menyucikan Allah. Orang bahagia yang sentiasa memuji Allah pada tiap saat dan ketika.

Kita bahagia pada asal kita. contoh ibu ayah. Apalagi bahagia bila berhubung baik dgn yg mencipta kita.

Jangan cari bahagia pada seorang suami isteri dan anak. Cari bahagia dgn Allah.

Berapa ramai isteri derita ditangan suami..ada suami derita ditangan isteri.

Ada orang kecewa dgn suami isteri anak, dan kekasih?

Cari bahagia dengan Allah kita pula tinggalkan pasangan. Isteri/anak adalah amanah.

Bila Allah bagi ketenangan kita perlu curahkan pada pasangan anak.

Jangan pernah ckp kita dah tua dgn anak.

Doa pada Allah sentiasa untuk jadi kita pasangan keluarga anak beradab dan berakhlak

baik.

Kita melalui sebuah kehidupan dengan jiwa. Jiwa sedih, wajah sedih. Orang cari zahir dan tinggalkan yg batin.

Ikhlas dan Taqwa pada hati. Tawakkal dan berserah.

Hidup dalam jiwa dalaman (berinteraksi dgn pencipta).

Suami Isteri bukan punca derita. Yg punca derita adalah diri kita sendiri bukan dari orang lain. Masalahnya bila kita lupa Allah. Manusia dtg pada kita sebagai ujian(amanah)

Siapa manusia paling bahagia? Nabi Muhammad SAW. Keluarga, rumah dan harta tak seberapa.

Bahagia dari dalam bukan zahir.

Fitrah manusia nak bahagia. Bahagia ada pada hubungan dgn Allah.

ISLAM itu cara hidup syariat berinteraksi dengan Allah SWT.

< MS 11 >

Maka, perkara yang menerangkan tentang hubungan kepada Allah adalah agama Islam. Oleh yang demikian, ramai ulama menjelaskan makna fitrah dalam hadith ini ialah Islam iaitu, setiap anak Adam itu, lahir dalam keadaan ingin beragama dgn agama Islam, kerana Islamlah yang menjelaskan jalan sebenar menuju hubungan kepada Allah yg mana ianya merupakan hakikat kebahagiaan insan yang hakiki lagi abadi.

Cari bahagia?

  • Bangun malam

  • Baca Al Quran banyak

  • Banyak Zikir


Isteri perlu setia dgn suami. Suami kena bertanggungjawab. Jangan minta setia dgn suami tapi minta dia bertanggungjawab sampai masuk syurga. Suami setia dgn ibunya. Suami boleh minta setia dan pastikan isteri boleh masuk syurga (lagi cantik dari bidadari).

Apabila wanita dunia masuk syurga Allah jadikan dia lebih cantik dari bidadari.

Bahagia yg sebenar-benarnya adalah bahagia yg tiada penghujung. Iaitu selama-lamanya. Dimana? Hanya di Syurga yg dicipta Allah. Bahagia hanya pada Allah.

Jangan cari bahagia dgn selain Allah dan jangan cari bahagia dgn cara selain dengan Islam.

Cuma kita diganggu oleh gangguan dalaman yg mengelirukan kita, dan persekitaran luaran yang mengajak kita mencari bahagia yg palsu.

Maka, bermulalah pencarian insan tentang makna bahagia yg palsu, di tempat yang bukan tempatnya. Lalu, dia pun kecewa, derita dan akhirnya sengsara.

Dari sini, kita faham kenapa manusia kecewa dalam kehidupan dunia. Dia rasakan bahawa dia sedang dilahirkan dalam Syurga yang memang tempat bersenang-lenang, dan hanya untuk mengikut syahwat semata-mata.

Wajib dicintai Allah dan Rasul dgn cinta itu yg tulus ikhlas, akan cinta makhluk ciptaan Allah. Allah tak perlu apa apa dari kita. Amal Soleh semuanya adalah untuk kita bukan untuk Allah. Cinta nabi pada umatnya adalah cinta hakiki kerana Allah.

Lelaki paling pengecut didunia ialah suami yg memukul isteri.

Ilmu tasawuf adalah ilmu yg membawa hati kita kepada Allah.

< MS 11 >

Kecewa ialah buah kekeliruan. Kita sekarang sedang berada di dunia, bukan di Syurga.

Dunia ialah tempat untuk kita berbekal dengan bekalan yang kekal, dalam perjalanan menuju Syurga.

Kita tidak diciptakan dalam kehidupan di dunia untuk selama-lamanya, maka senang pun takkan berkekalan, dan susah juga begitu. Sedari hakikat ini wahai teman! Untuk kita melangkah melalui jalan bahagia.

Dunia tempat untuk berbekal ke akhirat dan syurga yg kekal abadi. Senang dan susah tak kekal. Pasti akan ada pengakhiran.

Hamba yang benar-benar bertaqwa, dia merindui kematian iaitu perjumpaan dengan pencipta.

Tapi kita ni rasa sedikit takut kematian, kerana kita ada kekosongan.

Bahagia disebabkan kurniaan Allah, temasuk suami & anak yg membahagiakan. Bukan

kita menafi bahagia dgn suami, isteri & anak. Tapi semuanya kena cari bahagia dgn

Allah terlebih dahulu.

Sumber bahagia manusia ada pada Allah.


Kahwin semata-mata kahwin belum tentu bahagia. Ramai lepas kahwin derita. Kahwin bukan nak bahagia, tapi awalnya nak ketenangan, makan tak kenyang, tidur tak lena.

Tenang menerbitkan bahagia. Macam mana?Disaat suami isteri sentiasa jaga Allah.

Patuh semua Syariat Islam. Bangun malam.

Contohnya, bila tak tutup aurat - dosa. Tak akan tenang. Bila dalam maksiat atau dosa kita tak akan tak tenang dan bahagia.

< MS 12 >

Hakikat Insan

Allah SWT berfirman:

Surah Az-Zariyat Ayat 56 ;

وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ(٥٦)

Maksudnya : Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.

Ayat ini menekankan tiga perkara tentang hakikat kewujudan insan:

  • Pertama: Allah SWT, Maha Pencipta yang menciptakan kita, dengan segala sifat kesempurnaan-Nya.

  • Kedua: Diri kita yang diciptakan dalam kehidupan dunia ini dengan tujuan yang agung, iaitu untuk menyembah Allah SWT dan beribadah kepada-Nya.

  • Ketiga: Manhaj dan kaedah beribadah kepada Allah SWT iaitu syariat Allah SWT yang Allah SWT utuskan Nabi Muhammad SAW & untuk menyampaikannya kepada kita.

Kebahagiaan hakiki insan tersimpan dalam penzahiran makna dan hakikat insan ini. Sesiapa yang mencari bahagia pada tempatnya pasti menemuinya.

Llmu Am

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.