Bismillahirrahmanirrahim
Ringkasan Ilmu Fiqh (Kitab Ringkasan Ilmu Fiqh - Mengikut Mazhab Imam Shafie
Diskusi Dhuha
Masjid Negeri
Tajuk : Ringkasan Ilmu Fiqh (Kitab Ringkasan Ilmu Fiqh - Mengikut Mazhab Imam Shafie Oleh : Ustaz
Syed Abdul Kadir AlJoofre
Tarikh : 7 November 2022 (Isnin)/12 Rabiulakhir 1444H
Perihal Bersuci Dari Hadas dan Perkara Perkara Yang Berkaitan Dengannya
(MS 29)
Hadas terbahagi kepada 2 :
1. Hadas Kecil
2. Hadas Besar
Orang yg berhadas kecil ialah orang yang tiada berwudhu. Menyucikan diri dari hadis kecil dilakukan dengan berwudhu.
Orang yang berhadas besar ialah orang yang berjunub (bersetubuh atau keluar mani) atau wanita yang melahirkan anak atau dtg haid atau nifas. Menyucikan diri dari hadas besar dilakukan dengan mandi. Wanita yang datang haid atau nifas mandi selepas berhenti haid atau nifasnya.
(MS 38)
Perkara-Perkara Yang Disyaratkan Mempunyai Wudhu' Bila Hendak Melakukanya :
Sembahyang
Sujud Tilawah, Sujud Syukur, Khutbah Jumaat(Khatib yg baca) Sujud Sajadah (Solat Hormat Waktu takperlu kalau tak mampu wudhu - solat kena qada')
Surah Al Maidah (ayat 6)
- Ini adalah ayat tentang Hukum Wuduk
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًۭا فَٱطَّهَّرُوا۟ ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌۭ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَـٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءًۭ فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًۭا طَيِّبًۭا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍۢ وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
Tawaf mengelilingi Kaabah
Diriwayatkan oleh At- Tirmidzi bahawa Rasulullah bersabda:
Tawaf mengelilingi rumah Allah (Kaabah) seperti sembahyang, hanya kamu boleh bercakap ketika tawaf. Sekiranya kamu ingin bercakap ketika tawaf maka janganlah bercakap melainkan perkara yang baik.
Menyentuh Al Quran
Surah Al-Waqiah (ayat 79)
لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلْمُطَهَّرُونَ (٧٩)
Maksudnya : Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci @ Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.
Sabda Rasulullah SAW,
Tidak boleh menyentuh Al Quran melainkan orang yang suci.
Sentuh dan angkat Mushaf Al Quran (whole or satu juzuk) tak boleh tanpa wudhu'.
Kalau ada terjemahan tafsir - Tengok content mana lebih banyak. Huruf Al Quran atau yg lain lebih . Kalau Al Quran lebih, maka kena berwudhu'
Al Quran Apps dalam Handphone - Bekas Mufti Mesir bermahzab Imam Shafie kata boleh tanpa wudhu.
Ada khilaf ada yang kata tak boleh.
Kalau nak keluarkan dari khilaf pilihlah apps yang ada tafsir dan terjemahan (cth dalam kenderaan) atau Ambil Wudhu'
Handphone tutup - takde masalah.
Kanak kanak boleh sentuh dan angkat Al Quran tanpa wudhu'. (Belum baligh)
Soalan :
Boleh ke pegang dengan lapik kain? - Boleh.
Tapi bila angkat Quran berlapik tapi dengan tujuan mengangkat Quran , tidak boleh.
Kalau tujuan angkat sekali Quran & buku dan barang lain - boleh
Kalau ada darurat - banjir ke atau atas lantai, takde masalah kalau tiada wudhu'. Boleh angkat dan alihkan.
Kulit Al Quran dikira sebagai Al Quran.
Buku Iqra yang banyak ayat Al Quran, dikira Mushaf. Begitu juga buku ada surah-surah pilihan sebab banyak Ayat Al Quran dari tulisan lain.
Kalau frame yg ada ayat Al Quran, dikira Mushaf(ayat dibaca).
Sentuh berlapik boleh
Angkat berlapik tak boleh.
Mushaf Al Quran dalam beg yg ada bermacam barang. Masuk Tandas?
Makruh kalau dibawa dalam keadaan terbuka.
Kalau tertutup tiada masalah. Tapi kalau niat menghina, haram.
Baca Quran boleh tanpa wudhu'.
Afdal dan Sunat ada wudhu'
(MS 39)
Gambaran Lengkap Wudhu Rasulullah serta fadhilat sembahyang selepasnya (Mengikut Hadis Sayyidina Uthnan Bin Affan r.a.)
Ertinya -
Imam Al Bukhari telah meriwayatkan dalam kitab sahitya dari Uthman Bin Affan r.a. sesungguhnya beliau telah meminta air untuk berwudhu' lalu beliau menuangkan air dari benjananya ke atas kedua dua tangan dan mencucinya sebanyak tiga kali, kemudian beliau berkumur-kumur dan beristinsyaq dan beristintbar (memasukkan air ke dalam hidung kemudian kemudian menghembuskannya) kemudian beliau mencuci mukanya tiga kali, kemudian beliau mencuci tangan kanannya tiga kali, kemudian beliau mencuci tangan kirinya tiga kali, kemudian beliau menyapu kepalanya, kemudian mencuci kaki kanannya tiga kali, kemudian mencuci kaki kirinya tiga kali, kemudian beliau berkata: "Aku telah ligat Nabi S.A.W. berwudhu'ku seperti wudhu' ku ini kemudian ia sembahyang dua rakaat (sunnatul wudhu') dan tidak berkata kata jiwanya - tentang dunia - dalam dua rakaat itu (penuh khusyuk), maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu"
Solat Sunat Wudhu' boleh digandingkan dgn solat sunat lain termasuk qabliyah. 3 in one pun boleh!!!
Sunat wudhu', tahiyatul masjid, qabliyah, hajat, taubat , dhuha.
Ada khilaf - kena niat tahiyatul masjid tak dapat pahala tanpa niat spesifik. Jadi niat kan tahiyatul masjid bila solat sunat qabliyah ke apa.
Apakah tempoh antara wudhu' dan solat sunat wudhu' ?
Ada beberapa pandangan.
Terpisah waktu yg panjang dari biasa iaitu tempoh sepanjang dua rakaat (pandangan ketat)
Tempoh tamat apabila niat kita dah bertukar tak nak buat solat sunat wudhu'.
Selagi mana tak batal wudhu' (pandangan luas)
Digalakkan ambil wudhu' :
Ketika hendak pergi ke tempat tidur. Walaupun terjaga tengah malam
Baca Al Quran
Hadir majlis zikir dan ilmu, majlis baik
Ziarah Kubur
Selepas Mengumpat (dosa). Untuk mohon keampunan dan taubat.
Ketika marah
Secara umum - kita sunat sentiasa dalam wudhu'. Bilal batal je, ambik wudhu'.
Beza Surau/Bilik Musolah dan Masjid
Hukum.
Hukum Masjid adalah untuk masjid. Kalau Wakaf utk jadi masjid walaupun dinamakan officially surau, tetap ada hukum sebagai masjid (tak boleh berhadas besar)
Bilik seminar masjid - bukan masjid.
Mesti ada bilik pengajian. Hukum tak sama dgn masjid.
Cth Masjid Al Azhar - bilik, pejabat, asrama, library, tandas dll
Mahzab Shafie - koridor dan balkoni pun dikira masjid.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.