Bismillahirrahmanirrahim
Nota Haji 2025
(Cnp from FB)
Haji mabrur bukan sekadar di Tanah Suci, tapi sepanjang hayat
Ramai yang datang ke sini dengan satu harapan:
“Moga hajiku mabrur.”
Kita sangka kemabruran itu hanya bergantung kepada betapa sempurnanya kita lalui manasik,
betapa khusyuknya doa kita di Arafah,
betapa kuatnya kaki kita melangkah sepanjang ibadah.
Tapi hakikatnya…
haji mabrur bukan hanya tentang apa yang kita buat di sini. Ia tentang bagaimana kita hidup selepas ini.
Kerana haji bukan destinasi, tapi permulaan.
Permulaan untuk menjadi hamba yang lebih sabar.
Lebih jujur.
Lebih amanah.
Lebih lembut hatinya, lebih ringan tangannya memberi, dan lebih cepat sujudnya kepada Tuhan.
Hari ini, ramai jemaah yang telah melakukan nafar awal.
Mereka telah selesai semua rukun dan wajib haji. Yang buat nafar thani, esok akan selesai haji mereka.
Satu persatu disempurnakan dengan izin Allah.
Tapi haji belum selesai hanya dengan selesai amalan zahir.
Kerana ujian sebenar bermula bila kembali ke tanah air.
Adakah kita masih akan bangun malam seperti di Makkah?
Adakah lidah kita akan terus menjaga zikir seperti ketika di tahah haram dan arafah?
Adakah sabar kita masih panjang ketika berdepan kesesakan… tanpa uniform haji dan uncang batu?
Istiqamah selepas haji, itulah nilai sebenar kemabruran.
Kerana mabrur bukan satu perasaan, tapi satu cara hidup — yang kita bawa sampai ke akhir hayat.
Dan hari ini saya berdoa:
“Ya Allah… jangan hanya terima hajiku,
tapi terimalah seluruh hidupku selepas ini,
sebagai bukti aku benar-benar ingin kembali kepada-Mu.”
Nota Seterusnya
Tiada nota seterusnya.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.