Bismillahirrahmanirrahim

Mutiara Faedah Daripada Qasidah Imam Busiri, Sharh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani- Kuliah Di Pondok Raudhah, 13 Februari 2026.

Ahbab bertanya: "Jika kita merasa sakit apabila berjauhan dengan Rasulullah SAW, wajarkah jika menangis atau rasa rindu mendalam itu?"

Sheikhuna menjawab:

Seorang pencinta tersenyum ketika melihat kekasihnya dan menangis ketika merasa kehilangan sang kekasih. Bagaimana mungkin akan mengingkari rasa cinta di saat telah melihat sang kekasih?

Ketika melihat kekasihnya sedih, maka jiwa yang mencintai turut bersedih. Jika tidak, jangan namakan rasamu itu cinta.

Sekiranya kita menanam satu biji benih, bukankah air yang disiram menjadi sebab tanaman tumbuh? Ia tumbuh subur disebabkan air.

"Maka cinta subur dengan air mata yang mengalir dari sisi pencinta. Jika tiada air mata, maka tiadalah yang namanya cinta."

Rasulullah SAW menangis ketika berpisah daripada para sahabat, demikian pula para sahabat juga menangis ketika berpisah dengan Nabi SAW.

Bukankah selayaknya ketika terpisahnya kita daripada Rasulullah membuat rasa pedih di hati dan membuat jiwa menangis?

Bagaimana mendakwa mahabbah Rasul tapi hatimu lalai daripada Rasul dan tak pernah pula matamu menangisi kejauhan daripada Baginda SAW?

Adakah engkau pernah melihat seorang pencinta itu yang terpisah daripada kekasihnya tidak menangis? Bukan sekadar tangisan, bahkan bagaikan rasa ingin mati menanggung kesakitan.

Ia tidak diterjemah sebatas dalam tangisan, tetapi turut mengubah wajah yang ceria menjadi pucat kekuningan.

..........................

■ Khidmah Terjemahan: Banaat Yusufi (AR01)

#MahabbahRasul

#rindunabi

#qasidahburdah

Lampiran Nota

1 fail
Nota Imej
653706755_1527365416057600_694834199035646832_n
653706755_1527365416057600_694834199035646832_n.jpg

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.