Ketika mencintai, maka kita pasti suka untuk mendengarkan apa pun yang datang dari yang dicintai.

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani Hafizahullah pernah memperingatkan kepada kita untuk seringkali meneliti al Quran, kalamullah yang merupakan risalah cinta dari Allah swt. Ketika kita mencintai Allah, tidak selayaknya untuk kita mengabaikan bahkan meninggalkan kalamNya kerana di situlah terkandung segala bicaraNya kepada kita.

Ketika membaca al Fatihah di dalam solat, kita membacakan " إياك نعبد وإياك نستعين " - Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan Hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Adakah kita benar-benar telah menjadikan Allah sebagai tempat pergantungan atau hanya dicari saat terputus sudah segala harapan kepada asbab yang kita usahakan?

Semoga Allah swt rezekikan kita faham dariNya dan tentangNya. Amin.

***************

Rasulullah saw telah datang dengan pelbagai mukjizat, namun ada satu mukjizat agung yang kekal sehingga ke hari ini. Apakah mukjizat tersebut duhai ahbab yang dikasihi?

Jemput tinggalkan jawapan di ruangan komen, semoga menjadi asbab tersebarnya ilmu, cinta, dan kefahaman kepada ummat Muhammadiah saw.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.