Rasulullah saw mengingatkan kepada kita terdapat 4 tanda yang mana jika ada pada seseorang salah satu dari tanda ini, maka ia telah memiliki ciri-ciri munafiq pada dirinya.

1. Apabila berbicara, dia berdusta.

2. Apabila berjanji, dia mungkiri.

3. Apabila diberi amanah, dia khianati.

4. Apabila berselisihan, maka dia berlebih-lebihan.

Semoga Allah menyelamatkan kita daripada keburukan sifat ini, merezekikan kita dengan kemuliaan akhlak Penghulu Ummat, Sayyiduna Muhammad saw.

■■■■■■■■■■■■■

Para ahbab dijemput untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan komentar jawapan di posting ini, semoga menjadi asbab lebih mengenal kepada keperibadian mulia Rasulullah saw.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.