Bismillahirrahmanirrahim
Bagindalah Al Amin - Yang Jujur Lagi Dpercayai
Sebelum diangkat menjadi Rasul, Muhammad saw telah dikenali dengan kejujuran. Baginda saw telah diamanahkan untuk menjaga barangan berharga orang-orang Quraisy. Meskipun mereka tidak menyetujui dakwah Rasulullah saw, keyakinan terhadap kejujuran Baginda tidak diragui.
Sebelum berhijrah, Baginda saw dengan amanah mengembalikan semula semua barang jagaan kaum Quraisy yang diamanahkan meski mereka telah menjadi musuh yang menentang kepada Rasulullah saw.
Sheikhuna Youssef Bakhour al Hasani Hafizahullah pernah menyebutkan hormatnya Rasulullah saw kepada semua makhluk kerana Baginda saw melihat adanya Allah swt pada segala sesuatu.
Bertepatan ianya dengan sabda mulia Baginda Rasulullah saw:
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Hanyasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemulian-kemuliaan akhlak.
■■■■■■■■
Tahniah kepada semua ahbab yang turut serta dalam komentar kepada soalan ke 3 dari 30 Hari Bersama Rasulullah saw.
Semoga Allah swt kurniakan kita walau sedikit cebisan pancaran nur akhlak Muhammadi.
اللهم صل عل سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.