Bismillahirrahmanirrahim

Apabila Engkau Membaca Al Quran, Maka Berakhlaklah Dengan Akhlak Al Quran.

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani di dalam salah satu kuliahnya pernah menyebutkan:

Apabila engkau membaca al Quran, maka berakhlaklah dengan akhlak al Quran.

Tahukah engkau apakah akhlak al Quran? Itulah akhlak Baginda Rasululullah saw.

Al Quran menceritakan kepada kita tentang segala kebesaran Ilahi. Membaca al Quran adalah sebahagian daripada jalan untuk menzahirkan ketaatan kepada Allah swt.

Namun apalah ertinya segala ketaatan atau bacaan al Quran yang dikerjakan jika lisanmu atau perbuatanmu masih sahaja menyakiti orang lain?

Hal ini kerana ketaatan yang dikerjakan sudah menjadi adat kebiasaan sehingga nilainya adab dan akhlak dalam ketaatan.

Fafham.

■■■■■■■■■■■

Terima kasih buat semua ahbab yang berkomentar dalam posting berkenaan mukjizat Baginda Rasulullah saw yang kekal sehingga ke hari ini.

Semoga Allah swt melindungi kita dari golongan yang mana al Quran hanya lalu pada tenggorokan mereka, namun tidak sampai ke hati-hati mereka.

اللهم صل على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا محمد صلى الله عليه وسلم.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.