Rasulullah ﷺ telah mempercontohkan kepada kita akan kewajipan mencintai tanah air. Sebelum Baginda berhijrah ke Madinah, Baginda ﷺ menzahirkan kecintaannya kepada bumi Makkah. Kalaulah tidak kerana dihalau kaumnya dari tanah air sendiri, nescaya Baginda tidak akan sesekali meninggalkan Kota Suci Makkah.

Alhamdulillah, atas nikmat Allah, kita kini terus diizinkan menyambut kemerdekaan di tanah air tercinta. Moga Allah ﷻ terus melimpahkan rahmat dan kesejahteraan buat negara dan ummah keseluruhannya.

Namun, hakikat kemerdekaan bagi seorang Mukmin sejati bukan sekadar bebasnya sebuah negara, tetapi pada jiwa yang merdeka – jiwa yang tidak lagi terikat dengan hawa nafsu dan penghambaan sesama makhluk, sebaliknya tunduk patuh hanya kepada Rabbnya. Itulah kebebasan yang hakiki, yang melahirkan hamba yang benar-benar merdeka.

Mudah-mudahan merdeka kita adalah merdeka yang hakiki – jiwa yang menghamba hanya kepada Allah ﷻ.

Amin

Mari kita doakan kesejahteraan buat negara tercinta, kesejahteraan buat pemimpin negara kita, semoga diberi taufiq untuk memimpin negara ini dengan rahmat dari hati untuk rakyat.

Salam Kemerdekaan yang ke-68 dari kami, Banaat Yusufi

Malaysia Madani, Rakyat Disantuni.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.