Bismillahirrahmanirrahim

Zakat

Sumber : akuislam.com

ZAKAT FITRAH

  1. Maksud

    • BAHASA: bersih dan suci

    • SYARAK: mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah mencukupi nisabnya dan sampai masanya satu tahun atau setelah sempurna tuaian hasil (bagi tanam-tanaman)

  2. Zakat fitrah juga disebut sebagai zakat badan bagi membezakannya dengan zakat harta.

  3. Jenis zakat ini ialah yang diwajibkan sempena berakhirnya bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

  4. Membayar zakat merupakan salah satu dari lima rukun Islam.

  5. Orang yang mampu dan cukup hartanya setiap tahun wajib mengeluarkan zakat.

  6. Sebaliknya, orang Islam yang tidak cukup hartanya satu nisab, tidak wajib baginya mengeluarkan zakat.

  7. Di samping itu, ia juga bertujuan meringankan bebanan golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

  8. Dengan harapan sumbangan zakat ini dapat membantu mereka merayakan hari lebaran ini dengan lebih meriah dan bermakna.

  9. Waktu Perlaksanaan

    • Zakat fitrah boleh dibayar sejak bermulanya bulan Ramadan atau bulan puasa sehingga sebelum terbenam matahari 1 Syawal.

    • Sesiapa yang membayar zakat dalam tempoh ini, dia dikira telah menunaikan zakat fitrah.

    • Tetapi, jika ia dilakukan selepas terbenam matahari 1 Syawal, ia hanya dianggap sebagai sedekah biasa sahaja.

    • Manakala waktu yang afdal adalah sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya.

HUKUM

WAKTU

Harus

Dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan

Wajib

Apabila terbenam matahari pada akhir Ramadan

Afdal

Selepas solat Subuh sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidilfitri

Makruh

Selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri

Haram

Selepas terbenam matahari 1 Syawal (Pelakunya berdosa dan wajib mengqada dengan segera)

  1. Niat Zakat Fitrah

    • NIAT UNTUK DIRI SENDIRI

      Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku sendiri fardhu kerana Allah Taala.

    • NIAT UNTUK ISTERI DAN ANAK-ANAK

      Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk isteriku/anakku fardhu kerana Allah Taala.

    • NIAT UNTUK ANAK LELAKI

      Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak lelakiku ... (sebutkan nama), fardhu kerana Allah Taala.

    • NIAT UNTUK ANAK PEREMPUAN

      Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk anak perempuanku ... (sebutkan nama), fardhu kerana Allah Taala.

    • NIAT UNTUK SELURUH AHLI KELUARGA

      Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku dan seluruh orang yang nafkahnya menjadi tanggunganku fardhu kerana Allah Taala.

    • NIAT UNTUK ORANG LAIN YANG DIWAKILKAN

      Aku niat mengeluarkan zakat fitrah untuk ... (sebutkan nama spesifik), fardhu kerana Allah Taala.

  2. Orang Yang Tidak Wajib Dibayarkan Zakat Fitrah Untuknya :

    1. Isteri yang derhaka terhadap suaminya

    2. Anak yang sudah besar dan mampu mencari pendapatan sendiri

    3. Anak kecil yang kaya

    4. Hamba yang kafir

    5. Murtad

  3. Orang yang berhak menerima zakat :

    1. Orang Fakir

    2. Orang Miskin

    3. Amil atau Pengutip Zakat

    4. Mualaf

    5. Orang Yang Berhutang

    6. Orang Yang Berjuang di Jalan Allah (Fi Sabilillah)

      • orang yang yang melakukan penyelenggaraan untuk maslahat umum seperti membina jambatan, membina hospital, masjid & sebagainya

    7. Ibnu Sabil

      • Orang yang merantau untuk menyempurnakan tuntutan agama seperti bantu orang dalam bencana

    8. Hamba (al-Riqab)

ZAKAT HARTA

  • Syarat-syarat wajib zakat harta

    1. Islam

      • Diwajibkan keatas orang Islam dan harta orang Islam sahaja.

      • Contohnya, jika memiliki perniagaan perkongsian bersama orang bukan Islam, maka bahagian yang diambil kira untuk pengiraan zakat adalah bahagian orang Islam sahaja.

    2. Merdeka

      • Wajib ke atas orang yang merdeka, bukan hamba.

      • Kini, perhambaan sudah tiada, maka semua orang wajib berzakat.

    3. Sempurna milik

      • Harta yang dimiliki adalah sempurna milik iaitu mempunyai kekuasaan penuh ke atasnya, bukan hutang dan tidak bersangkutan dengan orang lain.

    4. Cukup nisab

      • Nisab adalah kadar jumlah harta minimum yang diwajibkan zakat, iaitu bersamaan 85 gram emas.

      • Nilainya dalam RM bergantung kepada harga emas semasa dan ditetapkan oleh Majlis Agama Negeri masing-masing.

    5. Cukup haul

      • Haul adalah tempoh harta dimiliki, iaitu perlu genap setahun Hijrah (354 hari), bukan setahun Masihi.

      • Sebab itulah digalakkan mengeluarkan zakat harta pada bulan Ramadhan supaya tidak terlupa dan mudah untuk membuat kiraan setahun Hijrah.

  • Kadar Zakat Harta

    • Kadar zakat harta adalah 2.5% daripada jumlah yang diwajibkan atau layak dizakatkan jika dikira haul setahun Hijrah.

    • Tetapi, jika haul dikira setahun Masihi, kadar yang disarankan oleh Accounting and Auditing Organization of Islamic Financial Institutions (AAOIFI) adalah 2.577%.

JENIS-JENIS ZAKAT HARTA

  • Perlu untuk diingatkan disini bahawa zakat merupakan proses penyucian diri dan juga harta.

  • Harta yang kita perolehi berkemungkinan besar bercampur dengan unsur- unsur syubhah dan tidak sepenuhnya halal untuk digunakan.

  • Maka dengan mengeluarkan sebahagian harta untuk berzakat, kita memastikan segala yang kita perolehi itu daripada sumber yang halal dan diredhai oleh Allah.

  1. ZAKAT PENDAPATAN

    • Maksud

      Zakat pendapatan dikenakan ke atas jumlah pendapatan yang diperoleh termasuklah hasil gaji, emolumen, bonus, dividen, hasil sewa, hibdah, pampasan, gratuiti pencen dan lain-lain lagi hasil yang bersumberkan pekerjaan atau perkhidmatan sebagai ahli profesional.

    • Hukum

      • Adalah wajib bagi individu Muslim yang memenuhi syarat wajib zakat pendapatan.

      • Sekiranya seseorang itu lewat dalam menunaikan kewajipannya maka dia dikira berdosa, individu tersebut perlu segera untuk memohon keampunan dan menyelesaikan hutangnya.

    • Kategori

      1. Hasil penggajian dan upah tahunan

        • gaji, elaun, bonus dan tuntutan lebih masa

        • ganjaran pencen, bayaran gratuiti dan keuntungan ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja)

      2. Hasil daripada harta yang mendatangkan pendapatan

        (al-Mustaghallat)

        • hasil sewaan

          tanah/bangunan/kenderaan/pengangkutan

        • hasil pertanian kekal seperti getah, kelapa sawit, durian dan sebagainya yang mana pokok dan tapaknya tidak dijual

        • hasil perusahaan dan ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang mana aset tetapnya atau induk betinanya tidak dijual

      3. Hasil kerja bebas dan profesional tahunan

        • perkhidmatan konsultansi profesional seperti doktor, peguam dan mekanik

        • komisyen dan residual income seperti jualan insuran, takaful, unit amanah, brokeraj dan seumpamanya

        • bayaran royalti dan honorarium seperti penulisan buku, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya

        • hasil projek bermusim seperti bayaran atau keuntungan projek yang diterima daripada kontraktor

        • hasil tunai sekali-sekala seperti hasil pembiayaan semula aset atau hasil jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain

      4. Hasil sumbangan atau pemberian seperti tajaan, derma dan sebagainya

  2. ZAKAT WANG SIMPANAN

    • Maksud

      Zakat ini dikenakan ke atas jumlah wang simpanan yang disimpan dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, ASB serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.

    • pengiraan

      1. Simpanan Tetap

        Sepanjang tempoh haul/setahun dan melebihi kadar nisab, maka jumlah zakat yang dikenakan adalah atas jumlah baki simpanan pada hujung haul tersebut.

        zakat = baki simpanan pada hujung haul x 2.5%

      2. Simpanan Bergerak

        Jika simpanan bergerak keluar masuk sepanjang tempoh haul, maka jumlah zakat wang simpanan dikira atas nilai baki terendah dalam tempoh haul tersebut, dengan syarat baki terendah tersebut adalah melebihi kadar nisab.

        zakat = baki terendah dalam tempoh haul (mesti melebihi nisab) x 2.5%

        **Sekiranya mempunyai lebih daripada satu akaun simpanan, maka pengiraan zakat wang simpanan perlulah dilakukan ke atas jumlah bagi setiap akaun, samaada tetap atau baki terendah.

  3. ZAKAT PERNIAGAAN

    • Maksud

      1. zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.

      2. Dikenakan ke atas semua bentuk perniagaan sama ada persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi, perniagaan saham dan sebagainya.

    • Pengiraan

      • Hanya dikenakan ke atas aset dan hasil daripada harta orang Islam sahaja.

      • Jika sesuatu perniagaan dikongsi atau dipunya milik oleh orang Islam dan orang bukan Islam, maka zakat perniagaan hanya dikira ke atas jumlah yang dipegang oleh orang Islam, lazimnya dalam bentuk peratusan ekuiti.

  4. ZAKAT KWSP

    • Maksud

      1. Perlu dikeluarkan jika melakukan pengeluaran wang daripada akaun KWSP (jika jumlahnya melebihi nilai nisab zakat).

      2. Zakat KWSP perlu dilakukan sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan daripada akaun KWSP tanpa perlu menunggu tempoh haul setahun.

      3. Sekiranya wang yang dikeluarkan itu tidak diguna dan disimpan sahaja selama setahun haul, maka zakat wang simpanan pula akan dikenakan.

      4. Jika diniagakan, maka zakat perniagaan pula akan dikenakan.

    • Pengiraan

      zakat = 2.5% x jumlah pengeluaran yang diluluskan (yang melebihi nilai nisab)

  5. ZAKAT SAHAM

    • Maksud

      Dikenakan ke atas pegangan ekuiti yang diperoleh melalui pasaran modal (saham, unit amanah, ETF, REIT, dana indeks, bon, sukuk, derivatif & produk berstruktur) dan juga ke atas syarikat persendirian dan koperasi.

    • Pengiraan

      1. Ekuiti dipegang sepanjang tahun

        Jumlah zakat saham dikira ke atas nilai ekuiti pada hujung haul (nilainya perlu melebihi nisab zakat)

        zakat = bil. unit/lot x harga seunit/lot x 2.5%

      2. Ekuiti yang dijual beli

        Zakat saham dikira ke atas jumlah keuntungan yang diperoleh bagi setiap transaksi (nilai jual – modal)

        zakat = jumlah keuntungan setiap transaksi x 2.5%

      3. Ekuiti syarikat persendirian dan koperasi

        • Zakat saham tidak perlu dikeluarkan jika zakat perniagaan telah dikeluarkan.

        • Tetapi, jika zakat perniagaan tidak dikeluarkan, maka pemegang ekuiti perlu mengeluarkan zakat saham berdasarkan pegangan ekuiti masing-masing.

          zakat = jumlah zakat perniagaan patut dikeluarkan x pegangan ekuiti x 2.5%

  6. ZAKAT EMAS

    • Maksud

      • Dikeluarkan ke atas emas fizikal (barang kemas, bar emas, syiling emas), emas bukan fizikal (akaun pelaburan emas) dan juga emas dalam gadaian.

      • Zakat emas dikenakan jika jumlah yang disimpan/dimiliki/digadai adalah melebihi 85 gram.

    • Pengiraan

      1. Diguna/Dipakai sekali-sekala atau berterusan

        jumlah zakat dikira ke atas harga semasa berat emas tolak nilai ‘uruf (nilai pemakaian emas masyarakat setempat; mengikut ketetapan Majlis Agama Negeri)

        zakat = (berat emas – ‘uruf) x harga emas semasa x 2.5%

      2. Bukan perhiasan (disimpan)

        Barang kemas yang tidak dipakai, bar, jongkong dan syiling emas; zakat emas ini dikira berdasarkan harga semasa berat emas tersebut sahaja (tiada nilai ‘uruf)

        zakat = berat emas x harga emas semasa x 2.5%

      3. Emas Bercagar

        Emas yang digadai dan masih dianggap sempurna milik; zakat emas ini dikira berdasarkan harga semasa berat emas tersebut tolak nilai pinjaman dan upah simpan.

        zakat = (berat emas x harga emas semasa – nilai pinjaman – upah simpan) x 2.5%

  7. ZAKAT PERAK

    • Maksud

      • Dikira ke atas logam perak yang dimiliki sama ada dalam bentuk jongkong, bar, syiling/matawang, perkakas, barang perhiasan dan barang kemas perak.

      • Nisab zakat perak adalah 200 dirham atau bersamaan 595 gram perak.

    • Pengiraan

      Dikira berdasarkan satu kaedah sahaja tak kira sama ada perak tersebut digunakan sebagai perhiasan, disimpan atau dicagarkan.

      Zakat perak dikira berdasarkan harga semasa logam perak yang dimiliki (jumlah zakat perak = berat perak x harga semasa x 2.5%)

  8. ZAKAT PERTANIAN

    • Maksud

      • Melibatkan hasil tanaman jenis bijirin yang merupakan makanan asasi yang mengenyangkan dan boleh disimpan dalam tempoh lama seperti padi, kurma, jagung dan gandum.

      • Nisab zakat pertanian adalah cukup atau melebihi sukatan 5 Ausuk bersamaan 363 gantang Malaysia atau 907 kg.

      • Hasil tanaman yang bukan makanan asasi seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, tebu, koko dan lain-lain buah-buahan tidak dikenakan zakat pertanian, sebaliknya perlu dikeluarkan zakat perniagaan jika hasil tanaman tersebut diniagakan.

    • Pengiraan

      • Jika penghasilan/siraman/pengairan dilakukan manusia atau binatang ternakan atau menggunakan teknologi moden, maka kadar zakat pertanian adalah

        5% atau 1/20

      • Jika penghasilan/siraman/pengairan menggunakan kaedah semulajadi seperti aliran sungai, parit atau hujan, maka kadar zakat pertanian adalah

        10% atau 1/10

      • Jika menggunakan kedua-dua kaedah, maka kadar zakat pertanian adalah

        7.5%

  9. ZAKAT TERNAKAN

    • Maksud

      • Zakat ternakan dikeluarkan daripada hasil ternakan binatang-binatang yang dijadikan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan unta.

      • Binatang-binatang ini adalah yang diternak untuk mendapatkan hasil sama ada dijual hidup, dagingnya atau hasilnya (contohnya susu), bukan digunakan untuk melakukan kerja seperti membajak sawah dan mengangkut barang.

    • Pengiraan

      Kadar zakat ternakan bergantung kepada jenis binatang, jantina dan bilangan.

  10. ZAKAT TAKAFUL

    • Maksud

      Produk takaful boleh dianggap sebagai salah satu bentuk simpanan atau pelaburan yang mempunyai unsur zakawi, maka zakat perlu dikeluarkan jika memenuhi syarat-syaratnya.

    • Pengiraan

      Secara mudah, zakat takaful dikenakan ke atas:

      • nilai simpanan/pelaburan yang boleh dikeluarkan (cash value)

      • pulangan tunai selepas polisi matang

      • pampasan takaful (selepas ditolak hutang)

      • pulangan tunai dari dana/tabung tabarru’ (jika ada)

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.