Maksud Haji dan Umrah
HAJI
Bahasa: Tujuan dan maksud
Istilah: Mengunjungi Baitullah al-Haram pada bulan Haji untuk mengerjakan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
UMRAH
Bahasa: Ziarah
Istilah: Mengunjungi Baitullah al-Haram pada pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
Hukum Haji dan Umrah
Wajib: sekali seumur hidup
Syarat Wajib Haji dan Umrah
Islam: TIDAK WAJIB bagi orang kafir
Baligh: Cukup umur & TIDAK WAJIB bagi kanak-kanak
Berakal: Waras & TIDAK WAJIB bagi orang gila
Merdeka: TIDAK WAJIB bagi hamba
Berkemampuan: Mampu dari segi kesihatan, kewangan dan keselamatan
Ciri-Ciri Berkemampuan :
Cukup perbelanjaan haji & umrah, pergi dan balik.
Cukup keperluan nafkah asa bagi orang yang ditinggalkan.
Ada kenderaan pergi dan balik.
Aman perjalanan pergi dan balik.
Sihat tubuh badan.
Rukun Haji dan Umrah
HAJI | UMRAH |
|---|---|
Niat mengerjakan haji | Niat mengerjakan umrah |
Wukuf di Arafah | Tawaf di Kaabah |
Tawaf di Kaabah | Sa'ie |
Sa'ie | Bergunting @ Bercukur rambut |
Bergunting @ Bercukur rambut | Tertib (berturutan) |
Tertib (berturutan) |
Perkara Wajib Haji dan Umrah
HAJI | UMRAH |
|---|---|
Niat ihram di Miqat | Niat ihram di Miqat |
Bermalam di Muzdalifah | Menjauhi larangan ihram |
Melontar 7 biji anak batu di Jamrah Kubra | |
Bermalam di Mina | |
Melontar 7 biji anak batu di ketiga-tiga Jamrah | |
Menjauhi larangan ihram |
LARANGAN DALAM IHRAM
Kecantikan (Lelaki/Perempuan)
Menyapu minyak (rambut/janggut/kening/misai/jambang)
Mencabut bulu @ rambut
Memotong kuku
Wangi-Wangian (Lelaki/Perempuan)
Berwangi-wangian pada pakaian, badan @ menghidunya
Memakai pakaian berjahit @ bercantum (lelaki)
Pakaian
Menutup kepala (lelaki)
Menutup muka (perempuan)
Memakai sarung tangan (lelaki & perempuan)
Alam Sekitar (Lelaki/Perempuan)
Memburu binatang buruan
Memotong @ merosakkan tumbuhan
Berhubungan (Lelaki/Perempuan)
Berkahwin @ mengahwinkan @ wakil untuk menerima nikah
Melakukan perbuatan merangsang syahwat
Persetubuhan suami isteri
Sunat Haji dan Umrah
Mandi sunat ihram
Solat sunat ihram
Membaca talbiah
Mengutip anak batu di Muzdalifah (haji sahaja)
Solat sunat selepas melakukan tawaf
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.