Bismillahirrahmanirrahim
Terjemahan Hadis
Sumber : Unit Dakwah Yayasan Ta’lim (AHMD)
Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radhiallahuanhu beliau berkata: Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam menyampaikan kepada kami dan baginda adalah orang yang benar dan dibenarkan:
Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setitis mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setitis darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagianya.

Demi Allah yang tidak ada ilah selain-Nya, sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya di antara kalian ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
KANDUNGAN HADIS
Allah ta’ala mengetahui tentang keadaan makhlukNya sebelum mereka diciptakan dan apa yang akan mereka alami, termasuk masalah bahagia dan celaka.
Tidak mungkin bagi manusia di dunia ini untuk memutuskan bahawa dirinya masuk syurga atau neraka, akan tetapi amal perbuatan merupakan sebab untuk memasuki keduanya.
Amal perbuatan dinilai di akhirnya. Maka hendaklah manusia tidak terpedaya dengan kondisinya ketika ini, justeru harus selalu mohon kepada Allah agar diberi keteguhan dan pengakhiran yang baik (husnul khotimah)
Disunnahkan bersumpah untuk mendatangkan kemantapan sebuah perkara dalam jiwa.
Tenang dalam masalah rezeki dan qanaah (menerima) dengan mengambil sebab-sebab serta tidak terlalu mengejarnya dan mencurahkan hati kerananya.
Kehidupan berada di Tangan Allah. Seseorang tidak akan mati kecuali dia telah menyempurnakan umurnya.
Sebagian ulama dan orang bijak berkata bahawa dijadikannya
pertumbuhan janin manusia dalam kandungan secara beransur-ansur adalah sebagai rasa belas kasih terhadap ibu. Kerana sesungguhnya Allah mampu menciptakannya sekaligus.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.