Bismillahirrahmanirrahim

Kandungan Hadis

Kredit: Al-Ahkam.net

Sumber : Unit Dakwah Yayasan Ta’lim (UM)

  1. Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam menyamakan Islam dengan bangunan yang kukuh dan tegak di atas tiang-tiang yang kuat.

  2. Pernyataan tentang keesaan Allah dan keberadaan-Nya, membenarkan kenabian Muhammad sallallahu`alaihi wa sallam, merupakan hal yang paling mendasar bebanding rukun-rukun yang lainnya.

  3. Selalu menegakkan solat dan menunaikannya secara sempurna dengan syarat rukunnya, adab-adabnya dan sunnah-sunnahnya agar dapat memberikan buahnya dalam diri seorang Muslim iaitu meninggalkan perbuatan keji dan munkar kerana solat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan munkar.

  4. Wajib mengeluarkan zakat dari harta orang kaya yang sudah memenuhi syarat-syarat zakat lalu memberikannya kepada orang-orang fakir dan yang memerlukan.

  5. Wajibnya menunaikan ibadah haji dan puasa (Ramadhan) bagi setiap Muslim.

  6. Adanya keterkaitan rukun Islam satu sama lain. Siapa yang mengingkarinya maka dia bukan seorang Muslim berdasarkan ijma’.

  7. Nas di atas menunjukkan bahawa rukun Islam ada lima, dan masih banyak lagi perkara lain yang penting dalam Islam yang tidak ditunjukkan dalam hadis ini. Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

    الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ شُعْبَةً

    (“Iman itu memiliki tujuh puluh lebih cabang”)

  8. Islam adalah aqidah dan amal perbuatan. Tidak bermanfaat amal tanpa iman demikian juga tidak bermanfaat iman tanpa amal.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.