Bismillahirrahmanirrahim

Tanda Cinta Allah Kepada Hamba-Nya

Sumber : Unit Dakwah Yayasan Ta’lim (LS)

Allah SWT memiliki caranya sendiri dalam memberikan kebaikan atau apapun kepada hamba yang dikendaki-Nya. Seperti contoh dua kebaikan ini:

  1. Memperoleh kefahaman agama

    Nabi SAW bersabda :

    مَنْ يُرِدِ اللّٰهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

    Ertinya: “Jarang siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah memberikannya kefahaman dalam agama”

    (HR. Bukhari, 69 & Muslim, 1719)

    • Seseorang yg faham agama, mudahlah dia beramal, maka semakin faham agama semakin banyak pahala yang diperolehi jika ia beramal dengan ilmunya.

    • Orang yang berilmu dan faham agama akan mendapat kedudukan/darjah yang mulia di sisi Allah.

      Firman Allah SWT :

      "Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada

      sesiapa yang dikehendakiNya. Dan siapa yang diberikan

      hikmah, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan

      yang banyak."

      (QS.Al-Baqarah : 269)

  2. Hidupnya Zuhud

    • Zuhud itu bukanlah pakai baju lusuh dan kusut. Orang yang zuhud, meletakkan dunia sekadar tempat laluannya bukan sepenuhnya di dalam hati.

    • Imam Nawawi menyebut: “Zuhud adalah meninggalkan urusan dunia yang tidak diperlukan, sekalipun perkara itu halal serta mencukupkan diri dengan perkara yang perlu sahaja.

    • Dari Sahl bin Sa'd As Sa'idi dia berkata, "Seorang laki-laki datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan berkata :

      "Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang jika aku kerjakan maka Allah dan seluruh manusia akan mencintaiku." Rasulullah bersabda: "Berlakulah zuhud dalam urusan dunia nescaya kamu akan dicintai Allah, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki orang lain nescaya kamu akan dicintai oleh manusia."

      (HR. Ibnu Majah, 4092)

    • Maka dari itu, marilah kita sebagai hamba-Nya untuk sentiasa mencintai Allah dengan sebenar2 nya agar Allah pun cinta pada kita hingga di akhirat kelak.

    • Semoga Allah menjadikan kita termasuk golongan yang mendapat kebaikan dan mempunyai sifat zuhud.

      اللَّهُمَّ اجْعَلِ الدُّنْيَا فِي أَيْدِينَا وَلَا تَجْعَلْهَا فِي قُلُوبِنَا

      “Ya Allah, jadikanlah dunia pada tangan-tangan kami dan jangan jadikan dunia pada hati-hati kami, (yang membawa kepada cinta dunia)”

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.