Bismillahirrahmanirrahim

Syarat Sah Solat Berjemaah (Imam Dan Makmum)

31 Oct 2022 Ustaz Johari Mohd Som

Kuliah Dhuha, Masjid Negeri Selangor

Isnin, 31.10.2022. 9.00-10.30pagi

Ustaz Johari Mohd Som – Kitab Idaman Penuntut

Cara Solat Yang Sejajar/Sama antara Imam dan Makmum :

  • bermaksud tatacara solat yang sama walaupun solat lain

  • kalau cara solat tak sejajar/berbeza

= Tidak Sah, sebagai contoh imam solat gerhana, makmum solat fardhu.

  • Apabila cara solat sama tapi berbeza niat solat

= Sah, contohnya Imam solat fardhu, makmum solat sunat/qada atau sebaliknya.

  • Contoh yang lain, Imam solat sunat, makmum solat fardhu.

  • Imam solat sunat terawikh, kita baru sampai dan belum isyak, boleh isyak dengan berimamkan imam yang solat sunat terawikh (Solat terawikh bermula selepas solat Isyak, spt juga witir. Tak boleh witir sebelum isyak)

  • Haram - Ikut Imam semasa Rukun Takbiratul Ihram

  • Sunat - Apabila ‘Aamiin’ tunggu imam mula, jangan kalut nak cepat sampai dahulukan, inilah adab solat berjemaah.

  • Makruh pergerakan bersama Imam

  • iaitu setiap pergerakan sama timing ie rukuk sujud.

  • Tunggu imam habis dulu, contohnya lepas habis Allahu Akbar. Baru kita gerak. Itu lebih tertib.

  • Selalunya Imam patut ikut pergerakan dengan alunan takbirnya. Jadi makmum buta atau perempuan di belakang pun boleh tahu pergerakan Imam melalui alunan takbirnya.

  • Wajib - Apabila Imam cepat/laju/ekspress baca

  • makmum membaca Al-Fatihah sekali bila imam membaca (takut tak sempat).

  • Baca lewat satu dua ayat. Macam solat zuhur dan asar yang bacaan tak dengar, kita tahu imam laju, terus baca alfatihah.

** Kalau makmum masih baca Al-Fatihah bila Imam dan masuk sujud kedua, apabila Imam angkat kepala lepas sujud kedua, ianya dikira BATAL.

** Jangan lewat sampai tertinggal 3 rukun Panjang. Ada pengecualian kalau ada keuzuran. Kalau kita nak kejar imam sebab dah lewat, cukup tomakninah (tak perlu baca ) atau baca dgn cepat.

** Jangan lah nak baca dgn tajwid.

Nasihat Ustaz ;

  • Berazamlah untuk menghafal makna/maksud bacaaan dalam solat, sekurangya terlintas maknanya apabila membaca dan ada penghayatan.

  • Cuba ingat/hafalkan makna

  • sebab kita bukan Ahli Al Quran yang hafal dan faham seluruh makna Al Quran. Apa yang penting, beramal dengan penuh keikhlasan demi mendapat redha Allah.

————————————————————------------------------------------------------------

  • Jangan mendahului Imam dengan 2 rukun fiqli (perbuatan)

  • BATAL solat, kalau terdahului dengan satu perbuatan tak batal, tapi HARAM.

  • Kalau serentak, seperti yang dinyatakan di atas adalah MAKRUH.

  • Sunat, apabila Imam mendahului pergerakan.

  • Sekiranya tiada keuzuran – Jangan tertinggal/lewat dari Imam 2 rukun.

  • BATAL jika lebih 2 rukun terlewat.

  • Rukun Pendek ada 2

  • Iktidal (jangan lebih Panjang dari bacaan Alfatihah) dan duduk diantara 2 sujud (jangan lebih Panjang dari tahiyat)

  • Kalau lebih, BATAL, kecuali pada iktidal terakhir dimana Qunut Nazilah di baca.

  • Sunat baca qunut nazilah pada setiap fardhu 5 waktu, sebagai doa untuk saudara lain.

  • Uzur

  • Antara contohnya orang gagap - dimaafkan kalau kelewatan lebih 2 rukun.

  • selain tu orang bisu atau orang yang ada penyakit ulang ulang/was was teruk (dipermainkan syaitan)

  • Apakah hukum Imam yang mengalami penyakit WAS WAS?

  • Hukumnya adalah makruh. Kalau tiada lain, maka tiada pilihan. Ramai yang takut jadi imam kerana terlalu cuak/gabra.

  • Bagi yang Uzur

  • sekiranya imam dah mendahului 3 rukun, makmum masih Al Fatihah, Imam dah naik dari sujud kedua, makmum yang uzur itu perlu terus ikut imam masuk rakaat baru dan setelah imam selesai dia kena tambah rukun dan rakaat yang tertinggal (seperti solat masbuk).

  • Tapi kalau dah 5 rukun tertinggal, jatuh BATAL.

  • Bagaimana bila Imam tak boleh didengari (speaker rosak , takde elektrik dll)?

  • Kita boleh ikut makmum depan , makmum boleh ambil peranan sebagai mubaligh.

  • Lafaz Takbir dengan niat zikir bukan niat menyampaikan, dan orang saf belakang boleh ikut hingga sah terakhir.

  • Kadang speaker rosak, TV screen ada, blh tengok pergerakan Imam, dibolehkan.

  • Apa yang boleh/atau sesuatu yang menunjukkan pergerakan Imam untuk makmum ikut.

  • Soalan : Apabila kita ada baki 2 ayat dari surah dan Imam dah takbir, habiskan atau ikut?

  • Lebih afdhal untuk ikut imam, sebab khuatir tak sempat.

  • Namun, boleh juga habiskan dengan cepat sekiranya mahu.

  • Makmum perlu pandai pilih surah pendek/baca ayat pendek. Jangan pula baca satu ayat dalam surah al Baqarah (mengenai hutang) yang satu muka surat. Pilh surah yang sesuai agar tak ketinggalan.

  • Soalan : Kalau tidur dalam solat batal ke?

  • Ya Batal. Mengantuk lain, mengantuk dengar tapi tak paham/blur.

  • tidur memang tak dengar apa dah. Tapi kita sendiri tak pasti kita tidur ke tidak, tak perlu fikir sampai pening, kalau tiada bukti.

  • kalau ada bukti baik contohnya - bau kentut bila berseorangan, atau ada yang perhatikan dan tegur), kita lupakan sahaja.

  • Soalan : Apabila Imam mazhab lain, makmum mazhab lain (spt di Makkah), kalau tertinggal/terlupa sesuatu dalam solat, sunat utk melakukan sujud sahwi.

  • Tapi jangan buat di Makkah, takut gaduh/fitnah bila orang lain Nampak yg tak sama mazhab.


Doa Qunut – Apakah Intipati?

  1. DOA

  2. PUJIAN

  3. SALAWAT

  4. SALAM

Boleh buat yang pendek.


Sekian.

Moga Bermanfaat.


Tujuan Majlis Ilmu :

  • Supaya lebih akrab dengan Allah SWT

  • Jadi, untuk dekat dengan Allah, kita perlu rasa kebesaran Allah (Yang Maha Penyayang).

  • Perlu lenturkan atau buang rasa takbur, ego dan sombong.

  • Perlu rasa hina dan tawaduk di hadapan Allah SWT.

Tujuan Menuntut Ilmu :

Kita mesti ingat dosa pertama makhluk atau hamba kepada penciptanya adalah : bukan kerana tidak menunaikan solat atau bukan kerana berzina tetapi, Dosa Pertama adalah takabur, rasa diri lebih baik dari orang lain, mengamalkan sifat- sifat mazmumah, melakukan dosa hati, merasakan kisah iblis itu lebih baik dari kisah Nabi Adam A.S.


**Seseorang hamba perlu merasa hina dan rendah diri pada Allah SWT. Oleh itu, Ilmu patut menjadi cahaya bagi hati kita. Jangan ILMU jadi hijab untuk menutup perilaku kita. Jangan hanya disebabkan adanya hasutan syaitan, kita rasa takbur dan lebih baik kerana mempunyai ilmu yang lebih dari orang lain.

Imam Shafie

Kita sepatutnya merasakan yang “semakin aku belajar, semakin rasa sangat banyak tidak tahu.” Kita perlu terus rasa kerdil dan hina dihadapan Allah SWT sebagai pencipta.


Islam/Ibadah laksana sebatang pokok yang ada tamsilan/perumpamaan tertulis di dalam Al Quran

Seperti :

Surah Ibrahim 24

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًۭا كَلِمَةًۭ طَيِّبَةًۭ كَشَجَرَةٍۢ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌۭ وَفَرْعُهَا فِى ٱلسَّمَآءِ (٢٤)

Maksudnya : Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

Surah Ibrahim 25

تُؤْتِىٓ أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍۭ بِإِذْنِ رَبِّهَا ۗ وَيَضْرِبُ ٱللَّهُ ٱلْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ(٢٥)

Maksudnya : Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Kalimantan Toyinsn

Kalimantan Syahadah

Ada 2 bahagian :

Pertama - Tujuan

Tiada tuhan yang aku abdikan diri selain daripada Allah SWT. Tujuan seseorang manusia itu diciptakan.

Kedua - Manhaj atau Jalan melalui Nabi

Para ulama mentafsirkan Manhaj sebagai, “Satu jalan yang terang lagi jelas”. Sebagai contoh manhaj Rasulullah SAW di Madinah bertujuan untuk membina keyakinan dengan apa yang akan baginda sampaikan kepada umatnya.

**Tidak mungkin dapat sampai tujuan untuk mengabdikan diri pada Allah melainkan dengan dua tujuan di atas.


Pohon yang baik mempunyai :

Akar tunjang yang teguh

Rukun Iman – Sesuatu Iman yang perlu diyakini dengan hati dan wajib percaya.

Selain itu, sesuatu/ajaran yang disampaikan oleh nabi dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar.


Batang pokok - Rukun Islam

Dah nampak tindakan dari aspek luaran.

Iman yg dibuktikan dengan syahadah, solat, zakat, puasa dan haji.

**Kedua-dua perkara di atas adalah Fardhu Ain


Dahan Besar dan Kecil

Fardhu Kifayah (kewajipan kelompok masyarakat)

  • Amalan yang sangat luas , mencakupi seluruh kehidupan.

  • Sebagai contoh : ekonomi, sistem kewangan , muamalah, munakahat

  • Mesti ada sekumpulan orang Islam melaksanakannya. Kalau tidak semua akan berdosa.

  • Contoh lain : Makanan asas yang tidak mencukupi seperti ayam, telur perlu ada yang

mengerjakannya.


Ranting Besar dan Kecil

Besar - Sunat Kifayah

  • Diberatkan untuk kita buat

    • Contohnya : Ibadah korban dan menjawab apabila ada orang bersin

Kecil

  • zikir, wirid, sedekah

  • fadhilat untuk melakukan sesuatu amalan


Daun

Segala sunat-sunat yg lain

Buah 1

Tamadun Rohaniah, Masyarat yang baik, keluarga yang sakinah, Adab dan Akhlak.

Buah 2

Tamadun Fizikal dan Bahan(Material)

  • Contoh : Ekonomi, Perundangan

Semua tamadun bermula dari tamadun Islam

  • Contoh : Bani Abbasiyah – mempunyai perpustakaan terbesar

Bidang fizik, matematik, kimia (semua bermula dari islam)


**Jadi tiada istilah meminggirkan kemajuan yang ada di dunia.

  • ISLAM merupakan agama atau sistem hidup yang menyeluruh atau disebut juga dengan istilahnya syumul. Islam adalah satu sistem hidup yang lengkap iaitu setiap aturan berkaitan dengan semua aspek dan bidang kehidupan umat manusia, daripada sebesar- besar perkara hinggalah sekecil-kecilnya


Allah SWT menegaskan bahawa :

  • Masuklah Islam secara keseluruhan sampai dapat buah

  • Maksudnya :

”Masuklah ke dalam Islam secara Kaffah”

  • Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 208 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةًۭ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَـٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّۭ مُّبِينٌۭ (٢٠٨)

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.

  • Tak boleh ambil satu bahagian dan tinggal yang lain.

  • Allah menegur sifat orang yang hanya ambil sebahagian kitab dan meninggalkan serta menafikan sebahagian yang lain.

Maksudnya :

Tanya pada diri

Akar iman dah jaga?

Batang dan semua, dah jaga?

Ranting?

Daun?

Buah?


**Hari-hari fikir bagaimana pohon dalam Islam dibina dengan sangat baik.

Namun, kita perlu muhasabah diri

  • Adakah ada antara orang Islam fikir tentang rukun iman dan rukun islam sahaja.

  • Iaitu, merujuk kepada akar dan batang sahaja. Yang biasanya kita akan panggil tunggul.

  • Tanya balik pada diri, adakah Islam itu tunggul?


Ada satu lagi pihak pula :

  • Cuma mahukan ekonomi.

  • Bank Islam atau bank yang lain-lain, tetapi solat tak jaga.

**Kebanyakan Industri Makanan Halal di Malaysia - 70% dimiliki/diusahakan oleh orang bukan Islam.

  • Ini terbukti bahwa system ekonimi Islam lebih baik dan menguntungkan.

  • Suatu masa terjadinya krisis ekonomi

  • Sistem riba boleh jatuh secara domino.

  • Namun sistem ekonomi Islam lebih selamat.

Walau bagaimanapun :

  • Contohnya, kalau kita tak jaga akar dan batang, lama-lama akan menjadi reput dan tumbang.

  • Kajian tak rasmi - 80% umat Islam tak jaga solat. 80% pesakit hospital tak solat.

**Oleh itu, kita perlu tegakkan diri, keluarga dan negara dengan ajaran-ajaran Islam serta Ibadah yang syumul.

**Nabi bersabda ketika 300 tahun dahulu, bahwa generasi salafusoleh

  • Salaf Al-Soleh adalah golongan umat Islam generasi dahulu yang hidup dalam kurun pertma sehingga kurun ketiga hijrah.

  • Mereka berpegang kepada al-Quran, hadis dan kata-kata yang diriwayatkan daripada sahabat Nabi SAW

  • Mereka ini berjaya tegakkan Islam bagai pohon yang kukuh.


  1. Nabi & Sahabat

  2. Tabiin

  3. Ahli Sunah Waljamaah


Tamadun Islam secara rohani dan fizikal telah menguasai uasai 2/3 dunia.

  • Pada Ketika itu, Eropah masih dalam Zaman Gelap (dark ages).

  • Baghdad dan Asia Tenggara – Uzbekistan


Keindahan Islam boleh dilihat dari 2 sudut :

  1. Ilmiah - Quran Hadis dan Kitab

  2. Amaliyah secara praktikal

**Jika 2 sudut ini digabungkan akan menjadi - Islam yg Syumul.


**Ajaran Kristian takda ilmu atau cara untuk takbir ekonomi dan kehidupan, hanya rohani.

  • Dimana, paderi jaga agama.

  • Lebih bersifat sekular – yang hanya berkaitan dgn keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan dgn keagamaan. Dalam erti lain, memisahkan rohani dan fizikal.


Namun, dengan adanya 2 sudut itu pun dah boleh menarik orang masuk dalam Islam.


Setelah peristiwa 9.11.2001.

Apa jadi ?

  • Orang barat mengkaji bagaimana militan boleh mengorbankan nyawa mereka sendiri.

  • Mereka mula mengkaji Al Quran, Hadis dan Kitab.

  • Dengan alasan untuk cari keburukan dan kelemahan

  • Namun lain jadinya, sebaliknya mereka telah menemui keindahan dan kebaikan

  • Jadi, ramai yang masuk Islam. (termasuk ahli pemikir, saintis yang mengkaji mengenai agama Islam).

Sekarang ini :-

  • Ramai orang cerdik dari luar negara nak masuk Islam

  • Di Amerika, ramai yang masuk Islam dan terus belajar ilmu Arab serta pelbagai lagi ilmu.

  • Mereka pecut lebih laju dan hebat dalam pelbagai ilmu.

  • Ramai orang bodoh dalam Islam nak keluar dari Islam.


Arwah Yusuf Al-Qaradawi

  • ada sahabatnya mengatakan - Maha Suci Allah yang mengenalkan aku dgn Islam melalui Al-Quran, Hadis dan Kitab.


**Islam telah dikotori oleh orang Islam sendiri.


Kisah Ulama Muhammad Abduh

  • Pada Kurun ke 18 telah pergi ke Perancis Barat

  • Dia melihat Islam (bersih, berilmu dan menepati masa) tapi malangnya tiada orang Islam disitu.

  • Apabila balik ke Mesir – keadaan disana kotor, tidak menepati masa dan tidak nampak cara hidup Islam tapi semuanya adalah orang Islam.


Silap Faham, Silap Amal


  • Di German - Betul betul jaga masa, 9.37 mula mesyuarat. Takde nak bundarkan supaya semua menjaga dan menepati masa.

  • Kisah keretapi Jepun - mengikut masa

  • Kisah pelanggan Arab di Hotel. Ada Hotel tak nak ambil.


**Tulisan paderi - Islam is a living religion with dead followers, Christian is a dead religion with life followers

Umat Islam dalam keadaan Lalai Ghaflah (Bukan tak tahu, tapi lalai)

  • Ghaflah itu adalah satu penyakit lalai yang akan mematikan hati sehingga tidak lagi dapat melihat kebaikan dan kejernihan dalam sudut pandang yang penting dalam hidup


Justeru Allah SWT menegaskan dalam al-Quran menerusi surah An-Nahl ayat 108 :

أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصَـٰرِهِمْ ۖ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَـٰفِلُونَ (١٠٨)

Maksudnya : Mereka itulah orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai.

Contoh lain :

Budak baling batu kat pohon yang kuat, besar dan berbuah. Apa jadi?

  • Baling batu dibalas dengan buah.

  • Maksud disini ialah : Tetap buat baik dengan orang yang buat jahat dengan kamu

  • Macam mana? – Tak lain tak bukan. Kita perlu sentiasa kuat dan teguh walau dalam ujian yang berat sekali pon.


**Sebagai seorang ibu, perlu mendidik satu generasi. Fahamkan kepada anak, bahawa Islam itu laksana pohon.

Tamsilan/Perumpamaan :

  • Orang bukan Islam tidak masuk Islam sebab kita yang sememangnya beragama Islam yang menjadi penghalang. Duduk depan pintu.

  • Contoh Politik orang Islam di Malaysia - Bergaduh dan bersengketa.


Bertitik tolak dengan Ilmu.

1968

Gajah hebat sarkas datang. Orang buta pergi tengok pertunjukan. Dia tak dapat lihat, tetapi dia boleh rasa, dan boleh pegang sahaja. Dapat pegang, ekor, badan dan telinga. Dia rasa gajah itu tidak hebat.

Kenapa?

Kerana dia hanya ‘melihat’ bahagian yang khusus sahaja. Bukan dari sudut pandangan yang menyeluruh (whole view).


Al-Quran

Nur – bermaksud menyuluh jalan yang benar dan baik (lampu suluh)

Roh - yang menghidupkan nyawa (bateri). Yang menjelaskan dengan terperinci dan tiada keraguan.

**Perumpamaan seperti Lampu Suluh yang memerlukan Bateri untuk menerangkan sesuatu dengan lebih terperinci.


Tamsilan - terima surat saman untuk bayar denda. Adakah kita baca, belek dan ulang banyak kali?

Tujuan Al Quran untuk diamalkan.

Bila kita tidak memahami akan berlakunya salah faham/amalan.

Faham

Ingat

Amal


Muhasabah Diri :

Bagaimana pohon Islam aku? Macam mana? Muhasabah diri dan keluarga

Adakah kita masih ragu-ragu dengan Iman kita?


Llmu Am

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.