Bismillahirrahmanirrahim

Misi Kehidupan

Kuliah Dhuha, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong

Khamis, 20.10.2022.

9.30-10.30pagi

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

  1. Seperti mana syarikat-syarikat/organisasi kecil dan besar mempunyai Visi dan Misi yang dirancang sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang diimpikan, Visi dan Misi Peribadi seseorang muslim mukmin adalah yang paling penting.

  2. Kemenangan dan Kejayaan Peribadi perlu dicapai terlebih dahulu sebelum dapat mencapai Visi dan Misi lain seperti keluarga, syarikat, organisasi, pertubuhan, kejiranan dan lain-lain.

  3. Matlamat/Visi Kehidupan memerlukan kita untuk :

  • Faham

  • Ingat

  • Mengambil Tindakan.

  • Sebagai contoh, kita menanam pokok yang tak berbuah/bunga, adakah itu yang kita kehendaki? Begitu juga ilmu, kalau ilmu yang ada tidak dizahirkan melalui tindakan yang sewajarnya, ia tidak akan memberi makna.

  1. VISI – ‘Our Future State Desire’. Contoh ‘Gambaran’ pada masa akan datang dalam kehidupan kita :

    1. Visi Dunia (Jangka Panjang – Yang Pendek)

    2. Visi Akhirat (Jangka Panjang – Yang Panjang)

  2. 5. DUNIA – mempunyai 2 VISI iaitu :

    1. Kesenangan Dunia

  • Physical & Material Wealth (hardware)

  • Kuantiti Harta yang dimiliki (rumah, kenderaan, asset, tanah, makanan dll) – mesti Halalan Toyibban.

  • Menjaga harta adalah penting seperti diterangkan dalam maqasid syariah**

**Al-daruriyat yang asasi ini ada lima iaitu :

  • memelihara agama

  • memelihara nyawa

  • memelihara akal

  • memelihara keturunan

  • memelihara harta benda


Setiap urusan agama dibina atas perkara-perkara ini dan hanya dengan memeliharanya

sahajalah, maka segala urusan individu dan masyarakat akan berjalan dengan baik.

  1. Ketenangan pada Hati

  • pada aspek Mental dan Spiritual (software).

  • Qalbun Salim

  • Hati yang Tenang Sejahtera. Kualiti Jiwa yang baik.

Visi ini adalah lebih utama dari visi Kuantiti Harta. Keduanya adalah visi yang perlu ada dalam kehidupan dunia, namun tidak boleh memburu Kuantiti Harta ‘at the expense of’ Ketenangan pada Hati. Ini adalah Hati yang sentiasa dekat dengan Allah, sentiasa berusaha mendekati perkara/benda yang mendekatkan hatinya pada Allah, termasuk pergi masjid, hadir majlis ilmu (taman taman syurga), membaca buku ilmiah dll.

HATI

  • HATI yang bila dikurniakan nikmat, dia sangat bersyukur, apabila diberi ujian/musibah dia sabar. Apabila di beri rezeki/nikmat – sikit atau banyak kita akan sentiasa Qanaah (sentiasa rasa cukup atau rasa lebih). Apabila diberi ujian, seseorang itu akan redha, dengan kelebihan yang dia ada, dia pemurah.

  • Mencapai syurga didunia – apabila hati tenang dan sejahtera (Qalbun Salim)

  • Hati yang terkawal sifat-sifat mazmumahnya, tidak akan :

  • berkata sia sia

  • marah yg tak terkawal

  • hasad dengki & iri hati

  • kasih pada harta ( sampai jadi tamak, bakhil membazir)

  • takbur, Riyak, Ujub

  • kasih pada dunia dan takut mati

  • gemar makan dan minum berlebihan

  • berprasangkan buruk dan lain-lain


Malangnya, manusia lebih pada mencari kesenangan dunia ‘at the expense’ of

ketenangan hati


Amalkan doa yang kita doa bila lihat cermin

“Allahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.”


"Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku."

[Hadith Sahih -Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban].


Di kala ini, antara kita (remaja purba/orang berumur) banyak ditimpa penyakit ‘Emptiness’. Jadi, kita kena usaha isikannya dengan ketenangan. BURULAH sesuatu yang lebih baik.


Pada umur kini, kita patut dah masuk gear 5 (pecut) dalam mencari ketenangan.


Imam Syafie pada umur 40 Tahun sudah pakai tongkat walaupun dia terkenal sebagai seorang yang sihat, kuat (athlete pemanah). Bila ditanya beliau berkata, sudah tiba masa untuk membuat pecutan untuk kehidupan akhirat.


Orang yang kuat akan mengambil keputusan dan tindakan, manakala orang yang lemah

akan memberi alasan


Gambaran masa di dunia berbanding dengan masa di akhirat – Dunia hanyalah 1.5jam

masa di akhirat


  1. AKHIRAT – 2 VISI

    1. Keredhaan dan Keampunan Allah

Antara cara untuk mendapatkan keampunan Allah adalah dengan memaafkan orang lain, masa untuk memaafkan semuanya, lepaskan segala marah dan dendam, tidak berbaloi menyimpan dendam kerana ianya sangat meletihkan dan melewatkan kita. Kita nak berjumpa dengan Allah dalam keadaan RINGAN seringannya

  1. Dimasukkan ke dalam Syurga.

Kenapa visi kita untuk masuk dalam syurga dan kita berdoa untuknya?

  • Kerana Allah SWT memerintahkan kita untuk berdoa meminta syurga, malah Rasulullah SAW suruh minta syurga paling tinggi iaitu Syurga Firdaus.


Jangan tinggalkan Dua Doa

  1. Doa untuk mati dalam khusnul khatimah

  2. Doa untuk masuk syurga tanpa hisab ( Kenapa? Hisab sangat sangat lama di padang mahsyar). Kita mohon pada syafaat Rasulullah SAW untuk dipercepatkan hisab.


Kenapa kita tidak dapat apa yang kita idamkan? Apakah sebabnya? :

  • Tidak benar benar inginkan/no burning desire/iltizam yang lemah

  • Perlu pada rancangan dan strategy yang rapi. Kena ada rancangan dari semua aspek, solat kita, sedekah kita, menuntut ilmu kita, menjaga kesihatan, taat dan khidmat pada suami, anak-anak dan ummah, pekerjaan/ekonomi/muamalah kita

  • perlu ada task list.

  • Kita tidak ‘pay the price’ tak sanggup lalu yang pahit. Harga syurga amat mahal, dan sebab itulah mujahadah (melawan nafsu) itu pahit. Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis.


No Pain No Gain!

Padahal Ujian dan Musibah yang diberikan, kita perlu :

SABAR – ada pedih dihati, tapi tidak dizahirkan dengan perkataan dan kelakuan

REDHA – dalam hati tak ada apa, terima dan diluar boleh senyum.


Ujian adalah ‘mehnah’ didikan dari Allah SWT yang sangat berharga dan diterima dengan sabar dan redha. Lihatlah pada Nabi kita, yang telah kehilangan ramai orang yang disayangi - ayah, ibu, datuk, pakcik, isteri, anak (6 dari 7).


Jalan menuju pada Allah penuh dengan ranjau dan duri. Hanya Amal Ibadah tak akan membawa kita masuk syurga. Kita beramal untuk mengundang Rahmat Allah SWT. Kita hanya bersandar pada Allah bukan kerana amalan kita. Namun amalan kita yang bertungkus lumus mengamit betapa kita idamkan syurga dengan rahmat Allah.


Jadi Bagaimana ?

MISI untuk capai visi kesenangan dunia, ketenangan hati, keampunan dan syurga.

(Cara) – Beribadat pada Allah SWT 24jam sepanjang hayat (Menjadi Hamba Allah sepanjang masa)


Firman Allah Ta’ala:

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”

(QS. Adz –Dzariyat:56)


Jadi Hamba Allah tiada istillah part time, wajib fulltime dan termasuk Overtime!

So macam mana nak jadi hamba Allah 24jam tiap hari? :

DIMANA?

  • Everywhere

  • at home, office, on the road, at school, at park, at shopping mall, while travelling

BILA?

  • Setiap masa

KENAPA?

  • niat untuk dapat redha dan keampunan Allah dengan menjadi hamba yg taqwa (menjalankan segala perintah dan meninggalkan segala larangan)

SIAPA?

  • husband, parents, kids, neighbour, boss, staff, leader, ummah, masyarakat

APA?

  • bekerja, belajar beriadah, bermuamalat, bermajlis dll


Segalanya dalam kehidupan kita mesti dalam kerangka ibadah pada Allah.

Hakikatnya- Menjadi hamba Allah adalah SELARI/SESUAI dengan fitrah semulajadi manusia, dan apabila kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ini (menjadi hamba), kita pasti akan menderita.

JENIS IBADAH :

  1. ASAS/POKOK/FOUNDATION

  2. Mempelajari, Memahami dan Meyakini 6 Rukun Iman - percaya tidak semesti bermaksud meyakini

  3. Mempelajari, memahami dan mengamalkan 5 Rukun Islam


Keyakinan akan berperanan dalam seluruh kehidupan kita. Contohnya kita percaya akan

Malaikat.

Kisah Nabi dan Saidina Abu Bakar As Siddiq, didatangi seorang lelaki yang mengecam Saidina Abu Bakar, kali pertama, saidina senyap, lelaki itu beredar. Kemudian dia datang kali kedua dan terus mengecam, saidina masih senyap dan dia beredar. Kemudian dia datang mengecam lagi. Kemudian saidina pun membalas kecaman – lalu Nabi terus meninggalkannya. Beliau tanya kenapa Nabi kenapa meninggalkannya? Nabi berkata, pada kali pertama dan kedua, kamu yakin malaikat ada dan mencatit, pada kali ketiga kamu sudah lupa ada malaikat.

Penting untuk kita sedar, pada setiap saat dan masa ada Malaikat dan Syaitan dekat dengan kita. Kisah syaitan gemuk dan syaitan kurus(**). Sepertimana dalam rumah tangga apabila ada pergaduhan/selisih faham, kita mesti SEDAR ada syaitan yang laju dan tangkas untuk memberi kita hujahan, makin lama, makin tinggi suara. Bila kita sedar , kita akan tekan PAUSE, duduk, baring, ambik wuduk dll.

KEYAKINAN ada perbezaannya dengan hanya percaya – cerita pasal sharp shooter.


  1. IBADAH SUNAT/Taqqarub – aqrab dan dekat.

Ialah ibadah tambahan/extra yang dibuat untuk menampung kekurangan ibadat asas.

  • Untuk solat fardhu, kita tampung kekurangan dengan solat sunat dhuha, isra, tahajjud, baghdiah, qabliyah.

  • Puasa Ramadhan dgn puasa 6 syawal, Zakat dengan sedekah, dll

Kalau kita malas dan berat untuk buat amalan sunat, seolah-olahnya kita rasa dah sempurna, tak perlu lagi tampungan.

Cuba untuk buat lebih banyak sebagai pecutan berbanding buat benda lain seperti masak sampai berjam jam dengan mcm mcm resipi, tengok sinetron drama dll, main game dll.

Mengapa kita perlu lakukan Ibadah Sunat?

  1. Menampung segala kekurangan cacat cela dalam Ibadah asas.

  2. Untuk cuba mendapatkan kasih sayang Allah – tak penatkah kita memburu kasih manusia? Kadang buat mcm mana pun tetap tak dapat apa yang kita inginkan. Sekarang ni masa untuk terima apa sahaja kekurangan. Kenanglah budi bukan body!! Haha.


Pesan juga pada anak dan orang muda mudi, hapuskan stigma ibadah sunat adalah amalan orang tua. Itu salah!! Allah inginkan hambanya pada PRIME time (waktu muda), Lagi awal lagi bagus. Sebenarnya amalan waktu tua adalah momentum kesinambungan pada waktu muda. Kalau masa muda tak mula, bila tua lebih berat nak buat. Cuba didik anak kita buat yang sunat walaupun mereka mungkin tak memahami.

Rumi mengatakan,

Berilah pada Allah SWT walaupun dengan wang/cinta palsu. Kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang, dia akan terima kita. Dia MAHA sayang pada kita walaupun wang cinta kitab boleh diibaratkan sebagai palsu.

Kenapa?

Setelah kita ditinggalkan, suami/anak/sahabat ke dah tak endahkan kita, atau menyakiti kita. Apabila duit dah kurang, keringat dan kesihatan kurang, segala kurang. Apabila kita kosong, kita baru mula mencari cinta Allah. Tetapi Allah tetap TERIMA. Bukan seperti manusia yang hanya akan cakap... “oohh sekarang dah takde apa baru nak cari cinta saya”. Allah terima kerana besar kasih sayang-Nya pada kita.


Lazimilah Istighfar dan Selawat


  1. IBADAH UMUM atau dinamakan AMAL SOLEH – adalah segala yang kita lakukan selain daripada ibadah asas dan sunat yang khusus.

  • Bekerja, berniaga didik anak, berumahtangga, masak, kemas rumah, bersenam, beriadah, melancong, berpolitik, bermuamalah, berpersatuan, berkebajikan DLL dan semuanya kena ada SYARAT!!

2 Syarat ASAS dan di perincikan pada 6 Syarat.

Ibadah adalah 24 jam, hidup kita adalah putaran ibadah asas ke sunat ke umum kemudian ke asas sunat dan umum dan seterusnya.


”IBADAH LAKSANA SEBATANG POKOK”


  • Akar Tunjang di dalam tanah – Asas Rukun Iman dan perlu teguh dan kukuh

  • Batang Pokok – Rukun Islam (Ibadah Asas)

  • Dahan Dahan Besar – Amal Soleh (Ibadah Umum)

  • Daun Daun – Ibadah Sunat

  • Buah/Bunga – Tamadun/Kejayaan Rohani & Tamadun/Kejayaan Fizikal/Material (Ekonomi, Takaful, Muamalat, sistem hidup, politik.

KESEMUANYA perlu diamalkan sekaligus. Bukan satu atau dua.

  • Kalau pokok sekadar akar dan batang – dipanggil ‘TUNGGUL’ tiada value.

  • Kalau pokok banyak bunga dan dahan, tapi akar dimamah anai anai – pun tak boleh sebab hanya tunggu masa untuk tumbang dan rebah.

InsyaAllah kelas seterusnya, akan membahaskan mengenai tajuk :

”IBADAH LAKSANA SEBATANG POKOK”

Moga bermanfaat..Aamiin

Llmu Am

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.