Bismillahirrahmanirrahim

Rukun Iman

Sumber : akuislam.com - Muhamad Naim (website)

Apa itu Rukun Iman?

Rukun Iman bermaksud tonggak atau dasar utama terhadap agama Islam.

Dari Sudut Bahasa : percaya, yakin dan membenarkan.

Dari Sudut Syarak : percaya dengan hati, mengaku iaitu percaya dengan hati, mengaku dengan lidah, dan beramal dengan anggota.

6 Perkara Rukun Islam :

  1. BERIMAN KEPADA ALLAH

    Mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang mencipta alam ini dan Dialah Tuhan yang berhak disembah dan ditujukan segala pergantungan hidup.

    • Kita tidak boleh memperhambakan diri dalam segala amalan dunia atau Akhirat melainkan keranaNya.

  2. BERIMAN KEPADA MALAIKAT

    • Mempercayai bahawa Allah SWT mempunyai pesuruh- pesuruh yang sentiasa patuh dan taat menjalankan segala titah perintahNya.

      Malaikat Yang Wajib Diketahui

      Nama Malaikat

      Tugas

      Jibril a.s

      Menyampaikan wahyu

      Izrail a.s

      Mencabut nyawa

      Mikail a.s

      Mengagihkan rezeki

      Israfil a.s

      Meniup Sangkakala

      Munkar a.s

      Menyoal dalam kubur

      Nakir a.s

      Menyoal dalam kubur

      Raqib a.s

      Menulis kebajikan

      ‘Atid a.s

      Menulis kejahatan

      Ridhwan a.s

      Menjaga Syurga

      Malik a.s

      Menjaga Neraka

  3. BERIMAN KEPADA KITAB

    • Kitab ialah undang-undang dasar yang dijadikan pedoman atau pengajaran kepada manusia yang hendak dipimpin.

    • Kitab diberikan kepada para rasul utusan Allah.

      Pembahagian Kitab

      1. SUHUF

        • Suhuf merupakan pedoman yang mengandungi penjelasan hukum-hakam dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya. Suhuf berjumlah 100 buah.

        • Pembahagian suhuf diberikan kepada:

          • Nabi Syith (a.s) 50 suhuf

          • Nabi Idris (a.s) 30 suhuf

          • Nabi Ibrahim (a.s) 10 suhuf]

          • Nabi Musa (a.s) 10 suhuf

      2. KITAB

        • Kitab ialah satu himpunan dasar lengkap untuk segala peraturan dan dasar ketuhanan yang berhubung dengan dunia mahupun dengan akhirat, yang berhubung dengan zahir mahupun dengan yang batin.

        • Jumlah kitab ini hanya empat buah iaitu:

          1. Taurat -> Nabi Musa a.s

          2. Zabur -> Nabi Daud a.s

          3. Injil -> Nabi Isa a.s

          4. Al-Quran -> Nabi Muhammad SAW

  4. BERIMAN KEPADA NABI & RASUL

    • Allah SWT mewajibkan atas setiap orang Islam supaya beriman kepada semua rasul yang telas diutuskan olehNya tanpa membeza-membezakan antara seorang rasul dengan yang lain.

    • NABI: Seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah tetapi tidak ditugaskan menyampaikan kepada orang lain.

    • RASUL: Seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah dan ditugaskan untuk menyampaikannya kepada orang lain.

    • Tujuan Allah mengutuskan Rasul adalah untuk mengajak umatnya beribadat kepada Allah dan menegakkan agamaNya.

    • Nama-nama nabi dan rasul yang wajib diketahui:

      Adam a.s

      Idris a.s

      Nuh a.s

      Hud a.s

      Soleh a.s

      Ibrahim a.s

      Luth a.s

      Ismail a.s

      Ishak a.s

      Yaakub a.s

      Yusuf a.s

      Ayub a.s

      Syu'aib a.s

      Musa a.s

      Harun a.s

      Zulkifli a.s

      Daud a.s

      Sulaiman a.s

      Ilyas a.s

      Ilyasa' a.s

      Yunus a.s

      Zakaria a.s

      Yahya a.s

      Isa a.s

      Muhammad

      SAW

  5. BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT

    • Masalah yang berhubung dengan Hari Kiamat amat panjang huraiannya tetapi memadailah dalam artikel ini disentuh seimbas lalu.

    • Perkara-perkara yang berhubung dengan Hari Kiamat ialah bertitik tolak daripada kepercayaan kepada :

      • Adanya mati.

      • Pembalasan alam kubur, azab atau nikmat.

      • Hari kebangkitan setelah dunia ini dihancurkan kesemuanya.

      • Padang Mahsyar tempat kesemua manusia dan jin akan dikumpulkan untuk diadili.

      • Dihisab segala amalan dan dilakukan neraca timbangan.

      • Meniti titian (sirat).

      • Ke Syurga atau ke Neraka.

  6. BERIMAN KEPADA QADA' & QADAR

    • QADA': Kejadian, hukum yang terjadi dan yang berlaku pada diri seseorang seperti kaya, miskin, elok, buruk, untung, rugi, hidup, mati dan sebagainya.

    • QADAR: Ukuran dan sukatan yang ditentukan atas tiap-tiap makhluk. Contohnya : Ahmad telah ditentukan akan sakit pada 1 Muharram.

    • Ketentuan pada 1 Muharram itulah yang dinamakan qadar atau takdir dan penyakit yang menimpa Ahmad pada 1 Muharram itu dikatakan qada’

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.