Bismillahirrahmanirrahim

Perkongsian Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani Berkenaan Sheikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah Dan Pembukaan Ruhaninya

Perkongsian Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani berkenaan Sheikh Mutawalli Sya'rawi rahimahullah dan Pembukaan Ruhaninya

sumber: https://www.facebook.com/share/p/1E2MkMNYRC/

كثيراً ما كنت أعتقد أن الفتح الكبير على الشيخ الشعراوي وما وصل إليه من مكانة علمية وخُلقية في قلوب الناس كان بسبب أمر عظيم غير العلم وتمكنه فيه حتى أكرمني الله بالتعرف على سر الفتح عليه من محبيه والمقربين إليه في السعودية ، ونستطيع أن نقول إن خلاصة هذا الأمر هو شدة التعلق بسيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم ،

_ والحكاية أن سيدنا الشيخ الشعراوي لما كان يعمل في السعودية في مكة المكرمة ذات يوم أراد زيارة سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم فخرج من مكة قاصدا المدينة المنورة ولما جاء إلى المدينة دخلها بعد العشاء ولما أراد دخول المسجد النبوي وجد الحراس يغلقون المسجد وكانوا يغلقونه بعد العشاء فطلب منهم الدخول فقالوا يا مولانا : ممنوع لا بد من غلق المسجد الآن ولكن إن أردت الدخول فلك ذلك لكننا سنغلق عليك المسجد ولن نفتحه إلا عند صلاة الفجر ، فلن تخرج إلا بعد الفجر

ففرح مولانا وقال: لكم ذلك أغلقوا عليّ المسجد ، وبالفعل دخل المسجد النبوي وأصبح داخل المسجد وحده بمفرده كرم عظيم وفضل كبير لسيدنا الشيخ الشعراوي أن يظل وحده كل هذه المدة في حضرة سيدنا رسول الله _ دخل مولانا المسجد واتجه لزيارة سيدنا رسول الله وظل يتعبد ويدعو في الروضة الشريفة حتى قبل الفجر ثم أخذته سنة من النوم فرأى رؤيا جميلة خلاصتها ما يلي:

_ رأى أن الحجرة الشريفة التي يوجد فيها سيدنا رسول الله قد فّتحت وارتفع سقفها وخرج منها نور عظيم أضاء المسجد ثم خرج سيدنا رسول الله في مشهد مهيب ونور كبير وهيبة عظيمة جلال وجمال حتى جاء للشيخ الشعراوي ووضع يده على رأسه ، قال الشيخ الشعراوي فأحسست ببرد مس يده الشريفة في كبدي هكذا قال : (في كبدي)، وظل هذا الإحساس معه فترة وامتلأ كل الجسم بالنور.

ثم استيقظ وبعد ذلك بدأ فتح الله الكبير عليه.

_تحدث الشيخ الشعراوي بهذا الأمر مع أحد تلامذته يسمى الشيخ نعمان وأوصاه ألا يخبر أحدا بذلك إلا بعد وفاته. وبالفعل ظل الشيخ نعمان رحمه الله محافظا على هذا السر ولم يخبر أحدا إلا بعد وفاة الشيخ حتى تلامذته المقربين له في السعودية.

رحم الله مولانا الشيخ الشعراوي ونفعنا به.

Penulis (tidak diketahui namanya) telah bercerita:

Aku selalu meyakini bahawa pembukaan ruhani yang luas ke atas Sheikh Sya'rawi — dengan segala kedudukan ilmu dan akhlak yang telah memaut hati manusia kepada beliau — adalah disebabkan satu perkara yang cukup besar. Ia bukan sekadar penguasaan beliau dalam lapangan ilmu semata-mata.

Di atas keyakinan ini, Allah SWT telah memuliakanku dengan anugerah untuk mengetahui rahsia pembukaan ruhani beliau daripada para ahbab (sahabat) dan mereka yang dekat dengan Sheikh di Saudi. Dapat kusimpulkan bahawa perkara besar yang dimaksudkan adalah betapa kuatnya keterikatan jiwa beliau kepada Sayyiduna Rasulullah SAW.

Kisahnya bermula ketika Sheikh Sya'rawi rahimahullah sedang mempunyai urusan rasmi di Makkah Al-Mukarramah. Suatu hari, beliau berhajat untuk menziarahi Baginda Nabi SAW, lalu beliau pun bertolak dari Makkah menuju ke Madinah.

Beliau tiba di Madinah selepas waktu Isyak. Namun, sebaik sahaja ingin memasuki Masjid Nabawi, beliau mendapati para pengawal sedang menutup pintu masjid sebagaimana kebiasaan mereka yang akan mengunci masjid setelah selesai solat Isyak.

Sheikh Sya'rawi memohon izin untuk masuk, namun pengawal tersebut menjelaskan: "Wahai Maulana, sekarang sudah waktunya masjid dikunci dan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Namun, jika engkau tetap ingin masuk, kami akan mengunci engkau di dalam masjid ini dan hanya akan membukanya semula apabila masuk waktu solat Subuh nanti. Jadi, engkau tidak boleh keluar melainkan sesudah Subuh."

Mendengarkan itu, Sheikh Sya'rawi merasa sangat gembira lantas berkata: "Kalian boleh berbuat demikian. Kunci sahaja aku di dalam masjid."

Akhirnya, Sheikh Sya'rawi benar-benar masuk ke Masjid Nabawi dan berada di dalamnya bersendirian. Satu kemuliaan yang cukup besar dan kurniaan yang agung bagi beliau untuk duduk bersendiri dalam satu tempoh waktu di hadrah Sayyiduna Rasulullah SAW.

Beliau terus melangkah masuk dan langsung menuju ke Raudhah al-Syarifah untuk memberi salam dan berziarah kepada Baginda SAW. Beliau terus duduk beribadah dan berdoa di Raudhah sehinggalah beberapa ketika sebelum Subuh, beliau mengambil sunnah untuk tidur seketika. Di saat itulah, beliau telah bermimpi indah yang ringkasnya:

Beliau melihat ruangan mulia yang menempatkan jasad Rasulullah SAW telah terbuka, penutupnya terangkat, kemudian keluarlah cahaya agung yang menerangi seluruh masjid. Dari situ jua, munculnya Rasulullah SAW dalam keadaan yang penuh wibawa, membawa cahaya keindahan dan kewibawaan yang agung, sehinggalah Baginda SAW mendekati Sheikh Sya'rawi lalu meletakkan tangan mulia Baginda SAW di atas kepalanya.

Sheikh Sya'rawi menyatakan: "Aku merasakan kesejukan yang mengalir ke hatiku ketika tangan Baginda SAW menyentuhku."

Rasa sejuk ini dirasakan dalam beberapa ketika sehinggalah seluruh tubuh beliau dipenuhi cahaya. Setelah itu, beliau terbangun dan semenjak saat itulah bermulanya pembukaan ruhani (fath) yang besar berlaku ke atas diri beliau.

Sheikh Sya'rawi menceritakan hal ini kepada salah seorang muridnya yang dikenali sebagai Sheikh Nu'man, dan beliau berpesan agar rahsia ini tidak diceritakan kepada sesiapa pun melainkan setelah beliau wafat.

Maka Sheikh Nu'man rahimahullah telah menyimpan rahsia ini dengan rapi, malah tidak menceritakannya kepada para murid yang dekat dengan Sheikh Sya'rawi di Saudi, hinggalah selepas kewafatan gurunya itu.

Semoga Allah merahmati Sheikh Sya'rawi dan kita semua mendapat manfaat serta keberkatan daripada kisah beliau. Amin.

....................................

■ Khidmah Terjemahan: Banaat Yusufi (AR01)

Lampiran Nota

1 fail
Nota Imej
657160126_1533359032124905_8476256877291215479_n
657160126_1533359032124905_8476256877291215479_n.jpg

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.