Bismillahirrahmanirrahim
Larangan, Dosa & Maksiat
(Sumber: Tafsir as-Sa'di)
Sifat-sifat Orang yang Munafik
(١)إِذَا جَآءَكَ ٱلْمُنَـٰفِقُونَ قَالُوا۟ نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُۥ وَٱللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ ٱلْمُنَـٰفِقِينَ لَكَـٰذِبُونَ
(٢)ٱتَّخَذُوٓا۟ أَيْمَـٰنَهُمْ جُنَّةًۭ فَصَدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّهُمْ سَآءَ مَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ
(٣)ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ ءَامَنُوا۟ ثُمَّ كَفَرُوا۟ فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ
وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ ۖ وَإِن يَقُولُوا۟ تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ ۖ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌۭ مُّسَنَّدَةٌۭ ۖ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ ۚ هُمُ ٱلْعَدُوُّ فَٱحْذَرْهُمْ ۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُ ۖ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ
Ertinya: “Apabila orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa engkau adakah Rasul Allah”. Dan Allah mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya dan Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan orang munafik itu adalah dusta. Mereka menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) daripada jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka telah lakukan. Demikian itu kerana mereka telah mengaku beriman, kemudian mereka menjadi kafir, lalu hati mereka dikunci. Maka mereka tidak dapat memahami. Dan apabila engkau memerhatikan mereka, engkau kagum dengan tubuh badan mereka, dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga mendengar tutur kata mereka. Mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka menyangka setiap jeritan adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenarnya, maka waspadalah terhadap mereka. Semoga Allah membinasakan dan menyingkirkan mereka daripada rahmatNya. Bagaimana mereka dapat dipalingkan (daripada kebenaran)?” [Al-Munafiqun: 1-4]
Syaikh Abdurrahman as-Sa’di rahimahullah berkata tentang ayat ini:
اعْلَمْ أَنَّ النِّفَاقَ هُوَ إِظْهَارُ الْخَيْرِ وَإِبْطَانُ الشَّرِّ، وَيَدْخُلُ فِي هٰذَا التَّعْرِيفِ النِّفَاقُ الِاعْتِقَادِيُّ وَالنِّفَاقُ الْعَمَلِيُّ، كَمَا قَالَآيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ.
Ertinya: “Ketahuilah bahawa nifaq itu adalah menzahirkan kebaikan dan menyembunyikan keburukan, dan termasuk di dalam takrif ini nifaq i’tiqadi dan nifaq ‘amali, sepertimana yang disabdakan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam: “Tanda orang munafik ada tiga, iaitulah: ketika berkata-kata dia berdusta, ketika berjanji dia memungkiri, ketika dipercayai dia mengkhianati.”
CARA MENOLONG ORANG YANG BERBUAT KEZALIMAN
Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Ertinya: "Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim dan yang dizalimi." Kemudian ada seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, saya menolongnya jika dia dizalimi, lalu bagaimana cara menolong orang yang berbuat zalim?” Baginda menjawab, “Kamu cegah dia dari berbuat zalim, maka sesungguhnya engkau telah menolongnya.” (HR. Bukhari, no. 6952; Muslim, no. 2584)
Nota Sebelumnya
Tiada nota sebelumnya.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.