Bismillahirrahmanirrahim
Akhlak Dalam Islam
Sumber : Unit Dakwah Yayasan Ta’lim (AA)
Pentingnya adab sebelum ilmu dalam Islam, ditunjukkan dengan adanya keterangan dari ayat Al-Quran tentang akhlak dan juga hadis tentang perilaku yang baik tersebut.
Akhlak adalah hal yang penting bagi seorang muslim. Sebab, orang yang beradab dan berakhlak mulia jika mempunyai ilmu akan mudah untuk mengamalkan dan tidak sombong dengan ilmunya.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan baiknya akhlak,” (HR Ahmad).
Penjelasan ayat Al-Quran tentang akhlak dicontohkan sendiri oleh Baginda Rasulullah SAW.
Ayat Al-Quran tentang Akhlak
Dalam Islam, akhlak dapat dibagi menjadi akhlak kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan juga kepada sesama manusia. Beberapa ayat Al-Quran tentang akhlak :
Ayat Al-Quran tentang Akhlak dan Aqidah
إِذَا أَرَادَ اللّٰهُ بِعَبْدِهِ الْخَيْرَ عَجَّلَ لَهُ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا، وَإِذَا أَرَادَ اللّٰهُ بِعَبْدِهِ الشَّرَّ أَمْسَكَ عَنْهُ بِذَنْبِهِ حَتَّى يُوَافِيَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Ertinya: “Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi hambaNya, Allah akan menyegerakan balasan dosa-dosanya di dunia. Dan apabila Allah menghendaki keburukan bagi hambaNya, Allah akan menahan balasan dosa-dosanya sehingga Allah akan menyempurnakan balasan dosa- dosanya pada Hari Kiamat.”
(Sahih al-Tirmizi no. 2396, disahihkan oleh al-Albani).
Ayat Al-Quran Tentang Akhlak dan Tawakkal
قُلْ هُوَ الرَّحْمَٰنُ آمَنَّا بِهِ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا ۖ فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Ertinya: “Katakanlah: ‘Dialah Allah Yang Maha Penyayang kami beriman kepadaNya dan kepadaNya-lah kami bertawakkal. Kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata,”
(Sahih al-Tirmizi no. 2396, disahihkan oleh al-Albani).
Ayat Al-Quran tentang Akhlak dan Sabar
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu,”
(QS Al-Baqarah: 45)
Ayat Al-Quran tentang Akhlak Bersyukur
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
Ertinya: “Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku,”
(QS Al-Baqarah: 152)
Ayat Al-Quran tentang Akhlak dan Adil serta Ikhlas
قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ ۖ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ۚ كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ
Ertinya: Katakanlah, “Tuhanku menyuruhku untuk berlaku adil. Dan hadapkanlah wajahmu (kepada Allah) pada setiap solat, dan sembahlah Dia dengan mengikhlaskan ibadah semata-mata hanya kepada-Nya. Kamu akan dikembalikan kepada-Nya sebagaimana kamu diciptakan semula’,”
(QS Al-A’raf: 29).
Ayat Al-Quran tentang Akhlak dalam Perkataan
وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا
Ertinya: “...Serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia,”
(QS Al-Baqarah: 83)
Ayat Al-Quran tentang Akhlak dalam Berdebat
وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ
Ertinya: “Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan
dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara
mereka,”
(QS Al-Ankabut: 46)
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.