Bismillahirrahmanirrahim
Keutamaan Membaca Al-Quran
Sumber : Unit Dakwah Yayasan Ta’lim (UA)
Orang yang selalu membaca al-Quran akan menambah keimanan dan ketaatan kepada Allah serta akan mendatangkan ketenangan dan etenteraman dalam jiwanya.
Allah sudah menjelaskan bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Sebagaimana dalam firman-Nya:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Ertinya: "(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."
(QS. Ar-Ra’d Ayat 2)
Sahabat yang mulia Utsman radiyallahu anhu berkata :
لَوْ طَهُرَتْ قُلُوبُكُمْ مَا شَبِعَتْ مِنْ كَلَامِ رَبِّكُمْ، وَإِنِّي لَا أُحِبُّ أَنْ يَأْتِيَ عَلَيَّ يَوْمٌ لَا أَنْظُرُ فِيهِ إِلَى الْمُصْحَفِ
Ertinya: “Andai saja hati kita suci dari dosa maka kita tidak akan pernah merasa kenyang (merasa puas) dari membaca al-Quran, sesungguhnya aku tidak suka terlewatkan satu hari pun tidak melihat mushaf (membaca Quran)”
(Syuabul iman no. 2149 juz 5 hal. 237)
Maka, tidak ada yang lebih baik yang keluar daripada lisan kecuali ayat-ayat al-Quran.
Ketika seseorang membaca al-Quran dengan tartil, kemudian dia menghayati serta mentadabburi ayat-ayat yang dibacanya.
Maka pada waktu itu hati dan jiwanya akan merasakan getaran kerana ada rasa takut dan iman.
Inilah yang disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّٰهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal”
(QS. Al-Anfal Ayat 2)
Dalam al-Quran diceritakan tatkala bangsa jin mendengarkan lantunan ayat suci al-Quran mereka begitu takjub dan berkata :
أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا
Ertinya: “Sesungguhnya kami telah mendengarkan al-Quran yang menakjubkan (yang) memberi petunjuk kapada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seseorang pun dengan Tuhan kami”.
(Syuabul iman no. 2149 juz 5 hal. 237)
Begitu agung isi dan kandungan al-Qur’an dapat memberikan jalan dan ketenangan.
Marilah bersama-sama menjaga al-Quran dengan cara membaca dan mengamalkannya.
Jadikan kesempatan yang luas untuk berinteraksi dengan al-Quran. Kerana ianya akan menjadi hujjah bagi pembacanya di hari kiamat.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.