Bismillahirrahmanirrahim
Al-Quran Menjadi Penawar Kepada Mereka Yang Membacanya Dan Beriman Akannya, Serta Mengamalkannya.
Sumber : Unit Dakwah Yayasan Ta’lim (AA)
Allah Ta‘ala berfirman:
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌۭ وَرَحْمَةٌۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًۭا
Ertinya: “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan bagi orang yang zalim melainkan kerugian.” (Al-Israa’: 82)
Syaikh Abdurrahman as-Sa’di rahimahullah berkata tentang ayat ini:
Ertinya: “Al-Quran merangkumi penawar dan rahmat, dan ianya bukan untuk semua orang, akan tetapi ianya diperuntukkan hanya kepada orang yang beriman kepada al-Quran, yang membenarkan ayat-ayatnya, yang beramal dengannya. Adapun orang zalim yang tidak membenarkannya dan tidak mengamalkannya, ayat-ayatnya tidak akan menambahkan kepada mereka kecuali kerugian semata-mata, kerana al-Quran akan menjadi hujah ke atas mereka. (Kesimpulannya) penawar yang terkandung dalam al-Quran adalah penawar yang umum kepada hati yang terkena syubhah, hati yang terkena kejahilan, hati yang terkena pendapat-pendapat yang rosak, hati yang terkena penyimpangan yang buruk, serta hati yang terkena niat-niat yang tidak baik.”
Nota Sebelumnya
Tiada nota sebelumnya.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.