Bismillahirrahmanirrahim

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

03 Nov 2022 Ustaz Syed Norhisyam

Kuliah Dhuha

3 November 2022 bersamaan 8 Rabiulakhir 1444H

Dewan Solat Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong

JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA - Ustaz Syed Norhisyam

Jalanilah Kehidupan anda dengan Sabar.

Sabar memang senang di sebut tapi bila sampai masa, tak semudah itu.

Sabar ada 4

1. Sabar untuk taat

2. Sabar untuk tinggalkan maksiat

3. Sabar daripada marah

4. Sabar ketika di uji.

Sabar untuk taat. Contoh sabar ketika sembahyang, puasa dll.

Sabar ketika tinggalkan maksiat. Cth Orang maki kita sabar.

Sabar daripada marah. Cth bila suami buat sesuatu sedangkan kita rasa nak marah, maka sabar. Bila rasa nak marah sebut lah Aqu'zubillah himina syaitonirojim.

Nabi pun suruh sebut perkataan yang sama. Kerana marah ini daripada syaitan. Hormone Adrenalin akan dirembis bila kita marah. Ustaz teringin orang buat kajian ketika betul2 hendak marah dan baca ayat itu, minta ukur kadar rembisan hormone adrenaline ini.

Sabar ketika diuji. Contoh- di uji sakit. Kehilangan insan yang tercinta iaitu suami. Difitnah dan lain2 lagi ujian. Selepas subuh hadapkan diri ke arah kiblat selama 10 minit atau 15 minit, kemudian lanjut kan lah dengan zikir dan berdoa. Minta kepada Allah hari yg indah, hari yg baik dan penuh keberkatan, hari berbahagia dan serta rezeki kejayaan, kesolehan dan keberuntungan.

Minta lah hr tanpa mara bahaya, krisis dan masalah. Dan hari rezeki yang melimpah. Kebaikan yg byk perlindungan yg luas dan hari yg tiada kekeluhan, kesusahan dan kesedihan didalamnya.

Pada suatu hari Rasulullah ingin ke masjid, isteri berada di tikar sejadah dan menunggu untuk sembahyang subuh. Maka Rasulullah pun keluar rumah dan pergi ke masjid hingga lah waktu Dhuha baru beliau balik. Semasa balik, Rasulullah melihat isterinya masih duduk berzikir di atas sejadah.

Maka Rasulullah berkata hendak tak ku beri doa yang hanya 3x dibaca dan pahalanya sama dengan sepanjang waktu isterinya berzikir dari subuh hingga sekarang.

Zikirnya bermaksud "Maha Suci Allah dan segala puji bagi-mu sebanyak bilangan ciptaan nya dan dan keredaannya seberat timbangan Arasynya dan sebanyak dakwat yang terpakai untuk menulis kalimahnya." dibaca 3x.

Rujuk Al-Ma'thurat yang diberi Dal pada muka surat 42, doa no. 21.

Kongsi lah ilmu yang kita perolehi supaya Sama2 dapat keberkatan.

Tiap2 hari minta lah hari yg indah, bahagia, keberkatan dan rezeki yang melimpah.

Orang yang diuji dengan Covid adalah orang yang disayangi oleh Allah. Orang yang meninggal kerana wabak dikira mati Syahid.

Allah uji kita dengan kesenangan hingga lupa untuk minta kepada Allah. Jangan sampai kita lupa Siapa yg memberi kita rezeki. Rezeki tidak semestinya duit, sihat juga rezeki.

Nikmat majlis ilmu untuk ingati kita kepada Allah. Dengar orang mengaji ketika duduk2 sahaja juga pahala. Dengar lah dengan khusyuk akan menjadikan hati kita bersih. Tak kisah kita dengar melalui mana2 media yang ada. Cth : YouTube, fb, kaset, CD dan apa shj.

Cth ustaz Minsyari, Sudais, Tarmizi, Tirmizi, Syukri, Farkhrul dan ramai lagi.

Hendaklah kita belajar mengaji dengan berguru supaya ada 2 hala komunikasi. Supaya dia dpt menegur kita.

Sebelum tidur dengar lah Alquran yang boleh menenangkan jiwa. Selepas subuh dengar lah org baca Alquran, Kuliah subuh.

Hendaklah kita fokus pada yang kita boleh perolehi dan tingkat kan kualitinya. Bukan mengejar atau fokus kepada yang tak boleh.

Nabi Muhammad pernah berkata sebelum datangnya Dajal akan datang zaman atau tahun yang penuh tipudaya. Maka "Tabayyun - selidik, siasat" jangan percaya membabi buta.

Wanita wajib menyambut suaminya dalam keadaan yang baik. Amik tahu keadaan suami. Sakit ke tidak dan sebagainya.

Berdoalah "Ya Allah kurniakan aku pasangan yang boleh nasihat dan terima salah silap kita. Hati yang boleh terima bila di tegur pasangan. Kekal kan rumah tangga kami hingga ke Jannah. "

Berilah doa ini kepada anak yang belum kahwin dan menantu supaya rukun dan damai rumah tangga.

Note :

Maaf jika ada kekurangan dalam nota ini. Yg baik dari Allah. Yang buruk dari saya, hamba yang masih mencari ilmu.

Llmu Am

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.