Bismillahirrahmanirrahim

Istiqamah Adalah Sebenar-Benar Karamah.

"Istiqamah adalah sebenar-benar karamah."

Demikianlah nasihat para arif billah dalam memperingatkan kepada muridin tentang kepentingan istiqamah dalam perjalanan menuju Allah swt.

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani Hafizahullah di dalam salah sebuah kuliahnya pernah menyebutkan bahawa yang dimaknakan dalam istiqamah bukanlah sekadar pada amalan yg dikerjakan sebaliknya pada hati yang tetap lurus menghadap kepada Allah pada setiap amalan yg dikerjakan. Di sinilah para muridin dituntut untuk melihat kembali niatnya di dalam perjalanannya kepada Allah. Apakah dia benar-benar jujur menginginkan Allah atau apa-apa hal di sisi Allah? Hal ini kerana istiqamah itu tidak mungkin ditemukan tanpa adanya kejujuran dalam menginginkan Allah swt.

Dek kerana menyedari beratnya istiqamah, inilah yang telah membuatkan tumbuhnya uban di kepala Baginda Rasulullah saw. Maka hendaklah para muridin berazam untuk memperbetulkan niatnya agar dianugerahi istiqamah dalam menghadap kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan Istiqamah adalah sebenar-benar karamah.

■■■■■■■■■■

Salah satu surah yang menceritakan tentang istiqamah telah membuatkan tumbuhnya uban di kepala Baginda Rasulullah saw. Wahai para ahbab, apakah surah yang dimaksudkan?

Kongsikan jawapan anda di ruangan komen. Semoga menyemai kecintaan yang tiada tara tandingannya buat al Habib Rasulullah saw.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.