Bismillahirrahmanirrahim

Amalan Sunnah Dan Doa Pada Bulan Ramadhan

Sumber : akuislam.com - Muhamad Naim (website)

  1. BERBUKA PUASA DENGAN KURMA ATAU AIR

    Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air. (HR Tirmizi)

  2. MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA

    Umatku akan selalu beroleh kebaikan selama mereka segera berbuka puasa, kerana orang Yahudi dan Nasrani melambat- lambatkannya. (HR Abu Dawud)

  3. DOA KETIKA BERBUKA PUASA

    ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

    Telah hilang rasa haus, dan urat-urat telah basah serta pahala telah tetap, In shaa Allah. [HR Abu Dawud]

  4. DOA LAILATUL QADAR

    اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

    Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta keampunan, maka ampunilah aku. [HR Tirmizi]

PUASA SUNAT

  1. ISNIN DAN KHAMIS

    Puasa dua kali seminggu bukan sahaja sunnah Rasulullah, malah dikatakan sebagai rutin yang menyihatkan tubuh badan anda. Kajian menunjukkan bahawa puasa berselang-seli membolehkan badan menyahtoksik dan meningkatkan kadar metabolisme seseorang, membolehkan pembakaran lebih banyak kalori.

    1. NIAT PUASA ISNIN

      نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمِ الْإِثْنَيْنِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

      Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah Taala

    2. NIAT PUASA KHAMIS

      نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمِ الْخَمِيسِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

      Sahaja aku berniat puasa sunat hari khamis kerana Allah Taala

      1. HARI PUTIH

    • Hari Putih bermaksud hari pada pertengahan bulan Islam, iaitu 13, 14 dan 15 hari bulan Qamariah.

    • Pada tarikh ini, kita disunatkan berpuasa sebagai tambahan kepada amal ibadah yang lain.

    • NIAT PUASA

      نَوَيْتُ صَوْمَ أَيَّامِ الْبِيضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

      Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Taala

    • Dikecualikan puasa pada 13 Dzulhijjah kerana tarikh itu sebahagian daripada Hari Tasyriq. (Berpuasa pada hari tersebut diharamkan).

    • Sebaliknya ia diganti pada 16 Dzulhijjah.

    • *Pada 9 Dzulhijjah disunatkan untuk Puasa Hari Arafah

    • NOTA UNTUK WANITA :

      1. Jika kita tidak dapat puasa pada hari-hari yang pertengahan, tidak mengapa.

      2. Anda boleh sahaja memilih hari apa untuk kita berpuasa asalkan ia 3 hari dalam sebulan.

  1. PUASA ENAM SYAWAL

    • Puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

    • Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah SWT

    • NIAT PUASA

      نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ سُنَّةِ شَوَّالٍ لِلَّهِ تَعَالَى

      Sahaja aku berpuasa sunat syawal pada esok hari kerana Allah Taala

    • Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal.

    • Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal

    • HUKUM MENGGABUNGKAN PUASA QADHA DAN PUASA ENAM :

      1. Sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

      2. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula).

  2. PUASA BULAN SYA'BAN

    • Sya'ban adalah bulan di mana beberapa mukjizat yang paling banyak berlaku, seperti terbelahnya bulan dan perubahan kiblat.

    • Ramai ulama Islam yang menjadikan malam Nisfu Sya’ban sebagai malam keampunan dan keberkatan.

    • Umat Islam akan bermalam dengan solat sunat dan zikir sebagai cara memohon keampunan atas dosa-dosa lampau.

    • NIAT PUASA

      نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ سُنَّةِ شَعْبَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

      Sahaja aku berpuasa sunat sya'ban pada esok hari kerana Allah Taala

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.