Bismillahirrahmanirrahim

Amalan Bulan Rejab

sumber: @notanadia(instagram)

Niat Puasa Sunat Rejab

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِي شَهْرِ رَجَبٍ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksudnya :

"Sahaja aku puasa esok hari di bulan rejab sunat kerana Allah Ta'ala"

Dibaca sepanjang bulan Rejab (70 kali pagi dan petang)

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, dan terimalah taubatku.."

Dibaca antara waktu Zohor dan Asar bulan Rejab (70 kali)

أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ، تَوْبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لِنَفْسِهِ، لَا يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا، وَلَا مَوْتًا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا.

"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Aku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan."

Membaca “Sayyidul Istighfar” (3 kali pagi dan petang)

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلٰهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَىٰ عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ.

"Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, tiada tuhan melainkan Dikau sahaja; Dikau yang menjadikan diriku dan aku hanyalah hamba-Mu. Aku seberapa daya untuk setia memegang janji terhadap-Mu. Aku berlindung kepada-Mu daripada segala kejahatan yang telah aku lakukan. Aku mengakui segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan aku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampinilah aku kerana tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau."

Amalan Zikir di Bulan Rejab

  1. Dibaca pada 10 hari yang PERTAMA bulan Rejab (100x)

سُبْحَانَ اللّٰهِ الْحَيِّ الْقَيُّومِ

  1. Dibaca pada 10 hari yang KEDUA bulan Rejab (100x)

سُبْحَانَ اللّٰهِ الْوَاحِدِ الصَّمَدِ

  1. Dibaca pada 10 hari yang KETIGA bulan Rejab (100x)

سُبْحَانَ اللّٰهِ الرَّؤُوفِ

Surah An-Nasr : Ayat 3

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Maksudnya :

Maka bertasbihlah dengan memuji Rabb kamu dan beristighfarlah kepadaNya. Sesungguhnya Dia maha Penerima Taubat

Direkodkan oleh Aisyah R.A.

  • Lepas turun ayat ini, Nabi Muhammad SAW bertasbih & istighfar dalam rukuk & sujud

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

"Maha Suci Engkau Ya Allah. Rabb kami dan dengan memuji-Mu Ya Allah, ampunillah aku."

-HR. Bukhari & Muslim

  • Baginda banyak bertasbih, bertahmid & istighfar di luar solat

سُبْحَانَ اللّٰهِ وَبِحَمْدِهِ، أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

"Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya, aku mohon ampun kepada Allah & aku bertaubat kepadaNya"

-HR. Muslim

  • Tasbih

سُبْحَانَ اللّٰهِ

Menyucikan Allah daripada segala kekurangan, kelemahan & perkara yang tidak layak untuk Allah

  • Pujian

الْحَمْدُ لِلّٰهِ

Allah memang layak dipuji

  • Istighfar

أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ

Mohon ampun kepada Allah

  • Kaitan kemenangan Islam dengan bertasbih, bertahmid & istighfar

  1. Baginda berjaya menawan Kota Mekah tanpa pertumpahan darah.

  2. Kemenangan paling tinggi.

  3. Orang masuk Islam beramai-ramai.

  4. Isyarat tugas Nabi sudah selesai.

- Baginda akan kembali kepada Allah.

- Kena bertasbih & beristighfar sebelum kembali kepada-Nya.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.