Hari Kedua Kami Bersama Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi. Banyak sekali faedah yang diperoleh, khususnya apabila Syeikh menekankan betapa pentingnya sanad dan berguru dalam menuntut ilmu — bukan sekadar mengambil ilmu, tetapi memastikan ia bersambung, terpelihara, dan sampai kepada hati dengan adab. Seperti kata para masyaikh: "Barangsiapa tidak mempunyai guru, maka syaitannya adalah gurunya." Dan kata para sufi lagi: "Ilmu tanpa sanad adalah seperti jasad tanpa roh." Dalam tradisi para salihin, sanad bukan sekadar rantaian nama, tetapi jalan keberkatan — menghubungkan kita dengan Rasulullah ﷺ melalui hati-hati yang hidup dengan zikrullah. Moga Allah kurniakan kita kefahaman, adab dalam berguru, dan rezeki untuk sentiasa berada dalam rantaian ilmu yang sahih lagi diberkati. Dr UMAY 5 April 2026 Manchester Fail video WhatsApp Video 2026-04-10 at 09.54.04 Pelayar anda tidak menyokong pemain video. Muat turun 0 0 Kongsi Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya Kuliah Am Dr Umay Buka paparan penuh