← Kembali ke Selawat

9 Jenis Selawat

  1. SELAWAT IBRAHIMIYAH

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ،
    كَمَا صَلَّيْتَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آلِ إِبْرَاهِيمَ،
    إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
    اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ،
    كَمَا بَارَكْتَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آلِ إِبْرَاهِيمَ،
    إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

    Maksudnya:

    Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

  2. SELAWAT TAFRIJIYAH

    اللَّهُمَّ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً، وَسَلِّمْ سَلَامًا تَامًّا،
    عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ،
    وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ، وَتُقْضَىٰ بِهِ الْحَوَائِجُ،
    وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيمِ،
    وَيُسْتَسْقَىٰ الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ،
    وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ،
    فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ،
    بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ

    Maksudnya:

    Ya Allah, limpahkanlah salawat yang sempurna dan curahkanlah salam kesejahteraan yang penuh kepada junjungan kami Nabi Muhammad, yang dengan sebab beliau semua kesulitan dapat terpecahkan, semua kesusahan dapat dilenyapkan, semua keperluan dapat terpenuhi, dan semua yang didambakan serta husnul khatimah dapat diraih, dan berkat dirinya yang mulia hujanpun turun, dan semoga terlimpahkan kepada keluarganya serta para sahabatnya, di setiap detik dan hembusan nafas sebanyak bilangan semua yang diketahui oleh Engkau.

  3. SELAWAT MUNJIYAT

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ،
    وَتَقْضِي لَنَا بِهَا جَمِيعَ الْحَاجَاتِ،
    وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ السَّيِّئَاتِ،
    وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ،
    وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيعِ الْخَيْرَاتِ فِي الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ،
    إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

    Maksudnya:

    Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang melaluinya Engkau akan menyelamatkan kami dari semua keadaan yang menakutkan dan membahayakan, dengan rahmat itu Engkau akan mendatangkan semua hajat kami dan membersihkan semua keburukan kami, mengangkat kami pada derajat tertinggi, menyampaikan kami pada puncak tujuan, dari semua kebaikan di waktu hidup dan sesudah mati.

  4. SELAWAT FATIH

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ،
    وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ،
    نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ،
    وَالْهَادِي إِلَىٰ صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ،
    وَعَلَىٰ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ

    Maksudnya:

    Ya Allah rahmati dan berkati penghulu kami Nabi Muhammad, pembuka apa yang tertutup, penamat bagi yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk kejalan yang lurus. Selawat dan salam ke-atas nya juga keluarga dan sahabatnya..sebagaimana yang selayaknya..dengan darjat dan kedudukan yang tinggi dan mulia.

  5. SELAWAT SYIFA

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوبِ وَدَوَائِهَا،
    وَعَافِيَةِ الْأَبْدَانِ وَشِفَائِهَا،
    وَنُورِ الْأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا،
    وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

    Maksudnya:

    Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.

  6. SELAWAT NUR

    اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَىٰ نُورِ الْأَنْوَارِ، وَسِرِّ الْأَسْرَارِ،
    وَدَوَاءِ الْأَغْيَارِ، وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيُسْرِ،
    الْمُخْتَارِسَيِّدِنَا ،
    وَعَلَىٰ آلِهِ الْأَطْهَارِ، وَأَصْحَابِهِ الْأَخْيَارِ،
    بِعَدَدِ نِعَمِ اللَّهِ وَأَفْضَالِهِ

    Maksudnya:

    Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas cahaya bagi segala cahaya, rahsia bagi segala rahsia, penawar bagi segala perkara yang lain, kunci bagi pintu kesenangan, (iaitu) penghulu kami, Nabi Muhammad yang terpilih, ahli keluarga Baginda yang suci, para sahabatnya yang baik, dengan sebanyak nikmat-nikmat Allah dan kelebihanNya.

  7. SELAWAT BADRIYAH

    صَلَاةُ اللَّهِ سَلَامُ اللَّهِ
    عَلَىٰ طٰهَا رَسُولِ اللَّهِ

    صَلَاةُ اللَّهِ سَلَامُ اللَّهِ
    عَلَىٰ يٰسِينَ حَبِيبِ اللَّهِ

    تَوَسَّلْنَا بِبِسْمِ اللَّهِ
    وَبِالْهَادِي رَسُولِ اللَّهِ

    وَكُلِّ مُجَاهِدٍ لِلَّهِ
    بِأَهْلِ الْبَدْرِ يَا اللَّهُ

    Maksudnya:

    Selawat dan Salam dilimpahkan Tuhan Atas Nabi Muhammad Pesuruh Allah. Selawat dan Salam dilimpahkan Tuhan Atas Nabi Muhammad Kekasih Allah. Kami Bertawassul dengan Bismillah Dan Pembawa Petunjuk, Utusan Allah. Cukup banyak kemampuan yang Engkau beri selama ini. Cukup banyak kenikmatan Engkau rasakan pada yang berhajat. Cukup banyak kesalahan Engkau maafkan pada yang berdosa. Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah. Sesungguhnya bumi yang luas terasa sempit. Dalam dada orang yang tertimpa bala. Lepaskan kami dari cubaan yang menyusahkan. Dengan berkat pejuang badar, Ya Allah.

  8. SELAWAT JALILAH

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ،
    صَلَاةً تُنْجِينَا بِهَا مِنْ جَمِيعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ،
    وَتَقْضِي لَنَا بِهَا جَمِيعَ الْحَاجَاتِ،

    Maksudnya:

    Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan dan penghulu kami Muhammad. Mudah-mudahan dengan limpahan rahmat ke atas baginda itu akan terhurailah segala simpulan (kekusutan), akan lenyaplah segala duka cita, akan terselamatlah daripada segala kecemaran(dosa), akan terkawallah segala penyelewengan dan akan terlaksanalah segala hajatku.

  9. SELAWAT UMMI

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ،
    وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

    Maksudnya:

    Ya Allah, limpahkan rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW sebagai hamba-Mu, Nabi-Mu dan Rasul-Mu, Nabi yang ummi; Dan ke atas keluarga dan para sahabatnya kesejahteraan.