Bismillahirrahmanirrahim

Surah An - Nasr : Ayat 3

Sumber : @notanadia (Instagram)

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Maksudnya :

Maka bertasbihlah dengan memuji Rabb kamu dan beristighfarlah kepadaNya. Sesungguhnya Dia maha Penerima Taubat

Direkodkan oleh: Aisyah R. A

  1. Lepas turun ayat ini, Nabi Muhammad SAW bertasbih & istighfar dalam rukuk & sujud

    سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ، اغْفِرْ لِي

    "Maha Suci Engkau Ya Allah. Rabb kami dan dengan memuji-Mu Ya Allah, ampunillah aku."

    -HR. Bukhari & Muslim

  2. Baginda banyak bertasbih, bertahmid & istighfar di luar solat

    سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

    "Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya, aku mohon ampun kepada Allah & aku bertaubat kepadaNya"

    -HR. Muslim

Tasbih: ُسْبَحاَنهللا

Menyucikan Allah daripada segala kekurangan, kelemahan & perkara yang tidak layak untuk Allah

Pujian: ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ

Allah memang layak dipuji

Istighfar: أستغفر الله

Mohon ampun kepada Allah

Kaitan kemenangan Islam dengan bertasbih, bertahmid & istighfar

  • Baginda berjaya menawan Kota Mekah tanpa pertumpahan darah.

  • Kemenangan paling tinggi.

  • Orang masuk Islam beramai-ramai.

  • Isyarat tugas Nabi sudah selesai.

    • Baginda akan kembali kepada Allah.

    • Kena bertasbih & beristighfar sebelum kembali kepada-Nya.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.