Bismillahirrahmanirrahim

Sinopsis 114: Juz 1-3

Sesi 1 02 May 2024 Ustaz Fazrul Ismail

Sinopsis 114 Siri 1 (2/5/2024) : Juz 1-3

1. Surah Al-Fatihah : 3 bahagian :-

a. Ketauhidan (Akidah kepada Allah dan Akhirat) Ayat 1-4

b. Ibadah (Mengikut Syariat) Ayat 5

c. Akhlak sesama makhluk dan kepada Allah Ayat 6-7

2. Kesan memuji Allah, akan sentiasa bersyukur bila diri sendiri atau orang lain mendapat nikmat

3. Tema Surah Al-Baqarah : Menjadi Pemimpin yang Teguh. Modul ini asas kepada Rasullullah SAW menjadi pemimpin yang baik di Madinah. Modul yang perlu diterapkan kepada anak-anak muda sebelum menjadi pemimpin.

4. Ayat 1 : “Sikap Alif Lam Mim” - sikap saya tak tahu merupakan salah satu sikap pemimpin yang selalu kerdilkan diri di depan Allah

5. Peringatan kepada 3 golongan manusia : hati hidup orang yang bertaqwa (ayat 1-5), hati mati orang kafir (ayat 6-7), hati sakit orang munafik (ayat 8-15). Perlu selalu ingat yang jangan cuma bercakap, tetapi perlu diselami dengan hati dan perbuatan. Selalu berdoa kepada Allah untuk jauhkan sifat orang munafik.

6. Ayat 16-20 : Perumpamaan orang munafik. Contoh perumpamaan di ayat 17 : Unggun api tetapi Allah tarik cahaya. Panas ada terapi tiada cahaya. Bayangkan di padang pasir yang gelap dan tiada cahaya, waze pun tak berfungsi.

7. KISAH 1 : Nabi Adam menjadi Khalifah (Ayat 30-39). Rahsia jadi pemimpin :-

a. Boleh belajar dan mengajar

b. Melalui ujian dan mungkin gagal

c. Kembali bertaubat (silap sendiri atau belajar dari kesilapan orang lain)

8. KISAH 2 : Bani Israel (ayat 40-123). Perangai Yahudi di Madinah hampir sama dengan Bani Israel (Umat Nabi Musa)

9. Ayat 40 : Ingat nikmat sebab manusia mudah lupa. Elakkan penyakit 3 serangkai : kufur, sombong, dengki.

10. Bila ingat nikmat Allah, tak akan sombong dan dengki

11. Ambil iktibar jangan jadi perangai macam Bani Israel dan bersedia yang pengikut kita akan ada perangai seperti Bani Israel.

12. Ayat 45 : Sabar dan solat - Orang yang sabar puncaknya ialah solat

13. Ayat 46 : Minta tolong dengan Allah. Bila rasa berat, bina kerinduan kepada Allah.

14. Ayat 61 : Bila tak capai standard, didik diri kita supaya lebih dekat dengan Allah. Allah tegur cara berfikir kita. Pengikut kita memang akan ada banyak perangai.

15. Ayat 67 : Asas kepada nama Surah (Al-Baqarah)

16. Ayat 122 : kesimpulan kepada cerita Bani Israel. Permulaan ayat sama seperti ayat permulaan, ayat 40. Penting sebab manusia mudah lupa dan lalai.

17. KISAH 3 : KISAH NABI IBRAHIM (ayat 124-141). Flying colors dan lulus 👍. Apa yang kita boleh belajar ? Suka berdoa (Allah tak tinggalkan kita). Sensitif dialognya dengan Allah (selalu dalam hati dan kehidupan). Doa nabi Ibrahim bersifat visionary

18. KISAH 4 : KISAH KITA. Recap : Juz 1 berkenaan Quran dan Hati, Juz 2 berkenaan Solat dan Sistem-sistem kehidupan

19. Ayat 143 (ayat pertengahan Surah al-Baqarah). Cerita berkenaan umat pertengahan (tak terkesan dengan kata-kata orang. Cuma terkesan dengan kata-kata Allah)

20. Ayat 144 : bila hayati, rasa amat terkesan bila membaca ayat ini di mekah dan madinah

21. Ayat 152 : kita mungkin akan selalu ingat idola, content creator etc, adakah mereka akan ingat kita ? Yang tak buang masa, bila kita ingat Allah, Allah akan ingat kita. Jangan terlampau bergantung kepada manusia. Puncak kepada ingat Allah : Solat

22. Ayat 156 : Ada ujian, ingat Allah

23. Ayat 177 : walau tak ada perkataan Haji, perlu gunakan untuk jadi senarai semak kemabruran : Iman, sukan memberi, sabar.

24. Strategic planning : Haji sebagai puncak kepimpinan dan modul kepimpinan.

25. Juzuk 3 : Infaq dan perjuangan

26. Surah Ali Imran : Tema - Kebenaran/Prinsip (Teguh dalam berprinsip)

27. Juz 3 Surah Ali Imran : Al-Quran dan cabaran-cabaran berada dalam kebenaran

28. Ayat 35 : permulaan cerita keluarga Imran

Catatan

Suhaila Shably ❤️

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.