Bismillahirrahmanirrahim
Ramadan Ladang Amal
Kuliah Subuh MSSAAS
Ramadan Ladang Amal
AF Ustaz Muhadir Hj Joll
2/4/23
Ramadan tetamu yg datang memberi bukan mengambil, yang membawa kegembiraan bukan kesedihan, yang menambah bukan mengurangkan.
Sheikh Abdul Kadir al Jailani dlm sebuah kitabnya menjelaskan fadhilat Ramadan terkandung dlm setiap 5 huruf hijaiyyah dlm perkataan رمضان
ر
ridhwanullah
م
mahabbatullah
ض
dhomanullah
ا
alfatullah
ن
nurullah
Ridhwanullah هللا رضوان Allah redha hambaNya yg buat taat zahir dan batin.
Bulan Ramadan bulan yang hati cenderung utk buat ketaatan, apatah lagi banyak kelebihan2nya. Sesiapa yang buat 1 sunat, amalan itu digandakan menjadi 1 fardhu. Orang yang hatinya dekat kepada Allah tidak akan tinggal yang sunat sebab takarrubnya kpd Allah.
Antaranya:
Sesiapa yg solat dua solat yang sejuk (bermaksud solat asar dan subuh), dia akan masuk syurga.
Sesiapa yg solat Isyak secara berjemaah (syarat paling kurang 2 orang) seumpama dia telah solat separuh daripada malam (drp maghrib hingga fajar sadiq bukan kazib). Sesiapa yg solat Subuh secara berjemaah seumpama dia telah solat sepanjang malam.
Nabi Musa as memohon beberapa kali kpd Allah agar umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang banyak keutamaan dan kelebihan2nya menjadi umatnya tetapi tidak diperkenankan. Akhirnya Nabi Musa as meminta dirinya menjadi umat Nabi Muhammad, namun tidak diperkenankan Allah.
Bersyukur kita telah dipiih menjadi umat Nabi Muhammad saw. Kita tidak minta tapi telah dipilih Allah sebagai umat baginda dengan sifat qudrah dalam taalluq tanjizi hadith, dengan muafakah sifat iradah dalam taalluq tanjizi qadim berdasrkan ilmu Allah dalam taalluq tanjizi qadim. Semua 3 sifat maani ini qudrah, iradah, ilmu disahkan oleh sifat hayat (4 serangkai maani).
Allah pilih kita sebagai umat Nabi Muhammad saw sebagai satu kemuliaan. Betapa beruntungnya kita. Manifestasi umat ini, buat sedikit amal tapi pahalanya sangat banyak disisi Allah.
Ketika Allah memperakui Nabi Muhammad saw sebagai RasulNya yang paling mulia, kita menjadi umat yang paling mulia.
Jangan tinggal solat sunat ba'diyah Isyak sebab pahalanya lebih besar daripada solat sunat tarawikh. 4 rakaat sebelum solat Zohor sama pahalanya 4 rakaat selepas solat Isyak dan 4 rakaat solat Isyak sama seperti pahala Lailatul Qadar.
Membaca Al-Quran di luar bulan Ramadan, ganjarannya setiap 1 huruf = 1 kebajikan = 10 pahala di luar Ramadan. Jika dalam bulan Ramadan, 1 sunat = fardhu, 1 fardhu = 70 kali ganda.
Sesiapa yang baca 3 ayat dalam solatnya itu lebih baik daripada memiliki 3 ekor unta yang gemuk dan bunting. Apatah lagi jika dibaca lebih.
Mahabbatullah هللا حاباة) kecintaan Allah)
Kepada orang yang melakukan maksiat sehingga mereka meninggalkan maksiat di bulan Ramadan. Bulan Ramadan, bulan yang dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan betul-betul dirantai. Pendapat kedua majazi bukan betul-betul dirantai tetapi syaitan-syaitan rasa dibelenggu sebab tidak boleh menggoda orang-orang yang berpuasa.
Dhomanullah هللا ضمان) jaminan Allah)
Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan, maka Allah ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Puasa adalah ibadah yang istimewa yang disandarkan kepada diriNya, maka Allah sahaja yang membalasnya.
Alfatullah هللا لفة) kelembutan Allah)
Orang yang berpuasa, bau mulutnya lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah. Kenapa? Sebab kehebatan puasa, ibadat yang khusus yang dibalas oleh Allah sendiri dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.
Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang yang berpuasa.
Tidur orang yang berpuasa itu ibadah dan mendapat pahal tapi perlu berniat. Sebab setiap sesuatu yang harus mesti diniatkan untuk mendapat pahala.
Perbanyakkan niat sebab setiap amalan bergantung kepada niatnya.
Nota Sebelumnya
Tiada nota sebelumnya.
Nota Seterusnya
Tiada nota seterusnya.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.