Bismillahirrahmanirrahim

Jangan Berputus Asa Daripada Rahmat Allah

Sumber : Unit Dakwah Yayasan Ta’lim (AA)

  • Seorang hamba tidak akan pernah terlepas daripada perbuatan dosa. Namun hendaklah diketahui bahawa Allah Maha Pengampun, Allah menerima taubat hambaNya yang mahu kembali kepadaNya.

  • Allah SAW berfirman:

    قُلْ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُوا۟ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

    Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba yang telah melampaui batas terhadap mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa (kecuali syirik). Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” [Al-Zumar: 53].

  • Janganlah berputus asa daripada ampunan Allah, Jangan memilih untuk terus berada di dalam kemaksiatan dengan anggapan Allah tidak akan mengampuni dosa.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.