Bismillahirrahmanirrahim

Dakwah Kepada Syahadah Laa Ilaha Illallah

Sumber : Unit Dakwah Yayasan Ta’lim (AA)

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

قُلْ هَذَا سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Ertinya: “Katakanlah, inilah jalanku, aku dan orang yang mengikutiku, menyeru manusia secara umumnya kepada agama Allah berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas lagi nyata, dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i’tiqad dan perbuatan syirik), dan aku bukanlah termasuk dalam golongan yang mensyirikkan Allah.”

[Yusuf: 108]

Daripada Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam ketika mengutus Mu’adz ke Yaman, Baginda berkata kepada Mu’adz:

إِنَّكَ سَتُقْبِلُ عَلَى قَوْمٍ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ، فَلْيَكُنْ أَوَّلُ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ الشَّهَادَةُ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، فَإِنْ أَطَاعُوكَ فِي ذَلِكَ فَبَلِّغْهُمْ أَنَّ اللهَ فَرَضَ عَلَيْهِمُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسَ فِي كُلِّ يَوْمٍ، فَإِنْ أَطَاعُوكَ فَبَلِّغْهُمْ أَنَّ اللهَ فَرَضَ عَلَيْهِمُ الزَّكَاةَ تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ لِفُقَرَائِهِمْ، فَإِنْ أَطَاعُوكَ فَتَعَوَّدْ عَنْ أَمْوَالِهِمْ وَاحْفَظْ نَفْسَكَ مِنْ دُعَاءِ الْمَظْلُومِ، فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَ دُعَائِهِمْ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

Ertinya: “Sungguh engkau akan mendatangi kaum daripada Ahli Kitab, maka hendaklah yang pertama sekali engkau dakwahkan kepada mereka syahadah Laa Ilaha Illallah - dalam riwayat yang lain - dakwah untuk mereka mentauhidkan Allah, jika mereka mematuhimu dalam hal itu maka sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam, jika mereka mematuhimu dalam hal itu maka sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka zakat yang diambil daripada golongan kaya di antara mereka untuk diberikan kepada golongan fakir di antara mereka, jika mereka mematuhimu dalam hal itu maka jauhkanlah dirimu daripada harta-harta mereka, dan jagalah dirimu daripada doa orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya tiada tabir penghalang di antara doa mereka dengan Allah.”

[Al-Bukhari no. 1496]

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda pada hari peperangan Khaibar:

Ertinya: “Sungguh! Aku akan memberikan bendera ini pada esok hari kepada seseorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan Allah dan Rasul-Nya juga mencintainya, semoga Allah memberikan kemenangan melalui tangannya”

Semalam suntuk para Sahabat membincangkan akan siapakah lelaki yang akan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berikan kepadanya bendara itu, apabila tiba waktu pagi, mereka pun bergegas pergi menemui Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, masing-masing berharap akan diserahkan pada mereka bendera itu, kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda seraya bertanya:

Ertinya: “Dimanakah Ali bin Abi Thalib?”

Para Sahabat pun menjawab:

Ertinya: “Dia sedang sakit pada kedua matanya”

Maka Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam mengutus seseorang kepada Ali, dan didatangkanlah Ali kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, lantas Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam meludahi kedua matanya dan mendoakannya, seketika itu juga kedua matanya sembuh seakan akan tidak pernah ditimpa penyakit itu, lalu kemudian Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menyerahkan bendera kepadanya dan bersabda:

Ertinya: “Melangkahlah ke depan dengan tenang hingga engkau sampai ke tempat mereka, kemudian serulah mereka kepada Islam dan khabarkan kepada mereka akan hak-hak Allah yang wajib mereka tunaikan. Demi Allah, jikalau Allah memberi hidayah kepada salah seorang di antara mereka melalui engkau, sungguh hal itu lebih baik bagi engkau daripada unta-unta merah.”

[Al-Bukhari no. 4210]

FAEDAH PENTING

  • Dakwah kepada Allah adalah jalan orang yang mengikuti Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.

  • Peringatan akan niat Ikhlas; kerana kebanyakan orang yang menyeru kepada Allah pada hakikatnya dia sedang menyeru kepada dirinya sendiri.

  • Ilmu di dalam dakwah termasuk di dalam hal yang wajib.

  • Termasuk di dalam baiknya tauhid itu adalah ianya mensucikan Allah daripada segala bentuk perendahan.

  • Termasuk di dalam buruknya syirik itu adalah ianya termasuk di dalam perbuatan merendah-rendahkan Allah.

  • Tauhid termasuk di dalam kewajipan yang pertama.

  • Dan termasuk di dalam permasalahan yang sangat penting adalah; seseorang muslim itu hendaklah dijauhkan daripada lingkungan orang yang berbuat syirik agar tidak menjadi seperti mereka walaupun seorang muslim itu belum pernah melakukan perbuatan syirik.

  • Tauhid termasuk di dalam kewajipan yang pertama.

  • Hendaklah dakwah itu dimulakan dengan tauhid terlebih dahulu sebelum mendakwahkan kewajipan-kewajipan yang lain seperti kewajipan solat.

  • Makna “supaya mereka mentauhidkan Allah” adalah makna syahadah Laa Ilaha Illallah itu sendiri.

  • Boleh jadi seseorang yang termasuk dalam kalangan Ahli Kitab tidak mengetahui akan makna Laa Ilaha Illallah, atau dia mengetahuinya akan tetapi dia tidak mengamalkannya.

  • Peringatan akan pentingnya kaedah pengajaran yang bertahap.

  • Memulakan perkara yang sangat penting baru kemudian perkara yang penting.

  • Pemberian zakat kepada golongan fakir miskin

  • Penjelasan seorang alim terhadap orang yang belajar pada permasalahan yang masih diragukan (syubhah).

  • Larangan pada mengambil harta yang terbaik di dalam zakat.

  • Menjaga diri daripada doa orang yang teraniaya.

  • Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam mengkhabarkan bahawa tiada penghalang antara doa orang yang terzalimi dengan Allah.

  • Di antara tanda-tanda tauhid adalah hal-hal yang dialami oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan para Sahabat daripada kesusahan, rasa lapar yang melampau dan wabak penyakit yang menular.

  • Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:

    Ertinya: “Sungguh! Aku akan memberikan bendera ini... dan seterusnya”.

    Adalah salah satu daripada tanda kenabian Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam.

  • Juga daripada tanda kenabian Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam adalah apabila Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam meludahi kedua mata Ali radhiyallahu ‘anhu.

  • Keutamaan Ali radhiyallahu ‘anhu.

  • Keutamaan para Sahabat radhiyallahu ‘anhum. Hal ini dapat dilihat pada kesibukan mereka pada malam sebelum perang Khaibar dalam membincangkan berkenaan siapakah lelaki yang akan diberikan padanya bendera perang itu dan melalui tangannya Allah memberikan kemenangan.

  • Iman kepada qadar, kerana bendera tersebut diberikan kepada Sahabat yang tidak mampu untuk menjadi pemegang bendera dan para Sahabat yang mampu menjadi pemegang bendera malah tidak memperolehi bendera tersebut.

  • Adab dalam jihad. Hal ini dapat dilihat pada sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:

    َعىَل ِرْسِلَك

    Ertinyanya: “Tenanglah”.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.