Bismillahirrahmanirrahim
Berkata Baik Atau Diam?
Sumber : Unit Dakwah Yayasan Ta’lim (AA)
Prophet Muhammad ﷺ bersabda:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Ertinya: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka
hendaklah dia berkata baik atau diam.” (Muttafaqun 'Alaihi)
Hadis ini sangat jelas dalam menerangkan bahawa hendaklah seseorang itu untuk tidak berkata-kata kecuali jika kata-katanya itu ada kebaikan, yang mana kata-katanya membawa kepada kemaslahatan. Jika sekiranya suatu kata-kata itu tidak dapat dipastikan sama ada membawa kepada kemaslahatan atau kemudaratan, maka hendaklah seseorang itu diam.
Hendaklah seseorang itu mengetahui bahawa semua yang dikatakannya pasti akan dicatat oleh malaikat, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Ertinya: “Tiada sebarang perkataan yang dilafazkan kecuali ada di sisinya malaikat yang mengawasi lagi sentiasa bersedia (menerima dan menulisnya).”
[Qaf: 18].
Maka hendaklah seseorang itu berhati-hati dan mengamati serta berfikir dua kali sebelum mengatakan sesuatu. Jika bermanfaat maka berkata-katalah, jika sebaliknya maka diam adalah lebih baik.
Nota Sebelumnya
Tiada nota sebelumnya.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.